Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

RIDE PASCA BANJIR (BAH KUNING) KELANTAN 2014


RIDE PASCA BANJIR 2014: 31 DEC 2014- 04 JAN 2015

Ride kali ini agak berbeza motifnya dari biasa, ianya lebih kepada misi kemanusiaan. Ibubapaku di kampung (Tanah Merah, Kelantan) sudah seminggu tidak dapat dihubungi, panggilan terakhir yang ku buat adalah pada 25 Dec 2014. Entah apakah nasib mereka?. Setelah laluan Gua Musang - Kuala Krai telah dibuka kepada semua kenderaan, aku terus persiapkan diri untuk pulang ke kampung halamanku di Kelantan. RT ku telah dipilih dan diturunkan untuk menyempurnakan misi kemanusiaan kali ini.

Persiapan

Pada 30 Dec 2014, aku telah membuat satu persiapan yang lengkap dari segi bekalan bantuan; pakaian, makanan, bahan asas dan lain-lain lagi. Kerja mengemas (packing) barang-barang mengambil masa yang agak lama; semuanya siap jam 1 pagi. Ketiga-ketiga pannier penuh dengan bekalan makanan dan pakaian, ditambah pula dengan 5 dry bags. Aku juga membawa bekalan minyak petrol (reserve fuel) (2 x 5 liter - Cukup untuk jarak 150km), kerana aku mendapat tahu, bekalan petrol terputus di daerah Gua Musang dan Kuala Krai. Hanya daerah Machang sahaja yang station minyaknya masih beroperasi (Padang Tengku, Kuala Lipis - Machang, Kelantan, lebih kurang 300km). Aku menganggarkan berat motorku dengan muatan lebih kurang 500-550kg (Setengah Tan!)




Aku membuat satu "Load Test" (Motor + Muatan + Pillion) di sekitar Semenyih untuk membiasakan diri dengan muatan yang berat. Agak sukar


Day 1: 31 Dec 2014 (Semenyih - Gua Musang, Kelantan)(290 km)

Harini aku mengambil cuti separuh hari untuk mengelakan kesesakan jalanraya kerana ramai yang pulang sempena cuti tahun baru. Setelah bersiap-siap, akhirnya kami memulakan perjalanan pada pukul 3 petang (agak lewat). Perjalanan telah diuji, apabila kami sampai di Cheras (kawasan pembinaan MRT) hujan turun dengan selebat-lebatnya ditambah lagi dengan kesesakan jalanraya yang begitu teruk. Kami berhenti sekejap ditepi jalan untuk menyarungkan baju hujan.

Pada mulanya agak sukar untuk mengimbangi motorku yang berat tapi lama kelamaan ianya menjadi biasa. Aku hanya memecut motorku pada kelajuan 80 -100km/jam sahaja sepanjang highway Karak.

Perjalanan diteruskan lagi sehingga Bentong, Pahang. Jambatan berhampiran Maahad Tahfiz Al-Quran, Bentong rosak teruk menyebabkan satu laluan ditutup dan berlakukan kesesakan yang teruk disitu.

Kami berhenti berehat di Restaurant Lemang To'Ki, Bentong (N 3.55484, E 101.89491). Begini lah rupa RT dari pandangan belakang dan sisi. Setelah makan dan bersolat asar, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang.



Perjalanan Bentong - Kuala Lipis (110km) agak lancar tetapi waktu sudah senja. Laluan paling mencabar adalah dari Padang Tengku - Merapoh (60 km) dengan corner-corner yang mendaki dan menuruni bukit ditambah pula dengan lubang-lubang yang silih berganti. Aku menghidupkan keenam enam foglight ku; cukup selesa untuk meredah laluan ini. Hujan rintik-rintik masih lagi tidak henti -henti dari Kuala Lipis lagi. Terdapat tanah runtuh (landslide) di Merapoh, yang menutupi separuh jalan, berlaku kesesakan disini. Aku memberi perhatiaan sepenuhnya pada pemanduaanku. Aku mengisi penuh minyak di Caltex Merapoh sebelum memasuki Gua Musang.


Alhamdullilah, akhirnya kami selamat sampai di Gua Musang jam 9 malam. Kesemua station minyak disini tidak beroperasi kerana terputus bekalan minyak. Malam ini kami menginap di rumah adik iparku di Gua Musang. Terima kasih buat Hj Wan Johan dan Cikgu Hjh Ariza di atas hospitality yang diberikan kepada kami. Rumah mereka Alhamdullilah tidak terlibat dengan banjir tetapi terkesan jugak impak banjir dimana bekalan air terputus hampir seminggu. Mereka hanya menggunakan air hujan yang ditadah di luar rumah untuk kegunaan domestic. Bekalan electric pula menggunakan generator yang akan ditutup pada pukul 11 malam (Tutup: 11malam - 5 pagi).


Day 2: 01 Jan 2015 (Gua Musang - Laloh - Manek Urai - Sg Nal - Temangan - Tanah Merah)

Kami meminta tolong tuan rumah untuk membawa kami ke kawasan yang terjejas dengan banjir di sekitar Gua Musang. Kami ke Kg Kundur, Kg Kerinting dan Kg Batu Papan yang terletak berhampiran dengan Sungai Galas.
Kami keluar seawal jam 8 pagi ke kawasan tersebut untuk menyempurnakan misi ini.

Kami melawat sebuah rumah yang hampir-hampir dibawa arus sungai yang deras tapi terselamat kerana tersekat pada barisan pokok-pokok dibelakang rumah. Hanya bahagian depan rumah sahaja yang terselamat. Kami menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka berupa roti, ikan sardin, lilin dan pakaian.
Seorang kakak, menghampiri kami untuk meminta kain sembahyang, Alhamdullilah kami memang membawa 3 pasang kain sembahyang wanita. Kami memberi beliau kain sembahyang dan kain sarung. Kebanyakan pakaian mereka telah dihanyutkan air.





Berhampiran kawasan tersebut terdapat 2 buah keluarga yang menginap dibawah kanvas. Rumah mereka keseluruhannya telah dihanyutkan air yang tinggal hanyalah tapak dan tangganya sahaja.





Setelah selesai di Gua Musang, kami memulakan perjalanan menuju ke Manek Urai, Kuala Krai jam 10 pagi.

Kami juga singgah sebentar di Bandar Gua Musang Lama yang lumpuh sepenuhnya. Jalan terlalu licin dengan lumpur menutupi jalanraya. Peniaga-peniaga sibuk membersihkan kedai-kedai masing, yang paling teruk terjejas adalah kedai runcit dan kedai alat-alat electric dan electronic. KESEDAR Inn juga turut terjejas dalam banjir kali ini.

Laluan Gua Musang - Kuala Krai, terlalu sesak dengan kenderaan misi bantuan banjir. Kenderaan 4x4 memenuhi jalan utama ini. Kami dapat perhatikan kesan air banjir di jambatan Sg Lebir, 1 km sebelum simpang ke Laloh.

Kami singgah di Laloh seketika untuk melihat dengan lebih dekat kemusnahan disebabkan oleh banjir. Terlalu ramai sukarelawan disini, pakaian sudah berlonggok membentuk bukit di masjid kawasan ini.

Sungai Kelantan adalah gabungan 2 batang sungai iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir yang kedua-duanya bertemu di Kuala Krai. Manek Urai dan Laloh terkesan dari Sungai Lebir manakala Gua Musang dari Sungai Galas. 

Manek Urai, Kuala Krai

Manek Urai boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru yang disempadani oleh Sungai Lebir. Manek Urai Lama yang lebih teruk dilanda banjir kerana kedudukannya berhampiran dengan sungai dan kedudukannya lebih rendah jika dibandingkan dengan Manek Urai Baru.

Station Keretapi Manek Urai


Masjid Mukim Manek Urai


Runtuhan rumah-rumah


Masjid berhampiran Keretapi Manek Urai


Penduduk Tempatan


Mereka berdua menceritakan kepada kami bagaimana dasyatnya banjir yang telah melanda Manek Urai, tetapi mereka tetap bersyukur kepada Allah kerana diselamatkan nyawa mereka sekeluarga walaupun rumah mereka habis di hanyut air.


Pak cik ini pula menceritakan kami tentang pengalamannya berada diatas Bukit Kajang (Belakang) selama beberapa hari bersama cucu-cucunya dan penduduk-penduduk berhampiran. Bekalan makanan terputus ditambah pula hujan tidak berhenti-henti. Keadaan bertambah buruk kerana binatang berbisa seperti ular, pacat dan lain-lain jugak berada disitu.





Jambatan baru yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin pada 1 Mei 2013. Alhamdullilah jambatan ini masih utuh.



Semasa banjir kebanyakan penduduk Manek Urai Lama meletakkan kenderaan mereka diatas jambatan ini. Beberapa buat kenderaan jatuh kedalam sungai dibawa arus yang laju. Sebagai langkah keselamatan, mereka mengikat rim kenderaan mereka pada railing jambatan tersebut. Kami dapat perhatikan masih lagi ada kenderaan yang bergantung di jambatan ini.





Kampung Kerilla / Temangan 

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Tanah Merah melalui Jalan Sungai Nal (D219) melalui Kampung Kuala Hau dan Kampung Kerilla yang teruk dilanda banjir. Jalan ini baru sahaja dibuka untuk lalu lintas. Keadaan jalan masih lagi diselaputi lumpur setebal 2 inchi. Jalannya terlalu licin. Kami beberapa kali tergelincir, tetapi Alhamdullilah aku dapat mengawal keadaan.

Penduduk kampung baru sahaja pulang ke rumah masing-masing dari pusat-pusat pemindahan. Mereka masih lagi bergelap.

Rumah-rumah mereka tidaklah seteruk di Manek Urai, hanya ditenggelami air. 

Akhirnya kami sampai di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah jam 6:00 petang. Gembira hatiku, Alhamdullilah apabila mendapati kedua-dua ibubapa dalam sihat (Hj Ali & Hjh Kamariah). Mereka menceritakan kepada kami pengalaman semasa banjir di Tanah Merah. Rumah kami tidak dilanda banjir tetapi terperangkap umpama sebuah pulau yang besar; bekalan makanan, letrik dan air terputus. Mereka survive dengan memakan hasil tanaman dibelakang rumah dan pucuk-pucuk kayu.

.
Day 3: 02 Jan 2015 (Tanah Merah)

Kami mengambil kesempatan untuk meninjau-meninjau kesan banjir di Tanah Merah. Bandar Tanah Merah lumpuh sepenuhnya semasa banjir. Kebanyakkan kedai-kedai masih lagi ditutup. Pasar Besar  / Market Tanah Merah masih lagi ditutup. Menurut ayahku, Pasaraya Pantai Timur dan Pasaraya 1 Malaysia dipecah masuk pencuri semasa banjir, bukan untuk mengambil bekalan makanan tetapi barang-barang lain.













Semasa meninjau di sekitar Bandar Tanah, kami ternampak NGO-NGO sedang membahagikan pakaian-pakaian kepada mangsa banjir. Ibubapaku mencadangkan kami untuk mengambil pakaian-pakaian tersebut untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir disekitar kampung kami.










Memang sungguh penat tapi apabila melihat riak wajah gembira mangsa banjir terasa hilang penat ini serta merta.

Pada sebelah malamnya, abangku, Mohd Ridhzuan, anaknya, Amirun Aqil dan temannya pulang dari Muar, Johor dengan membawa pulang barang-barang keperluaan yang ditaja oleh penduduk di Muar memenuhi sebuah trailer 5 axles. Kagum aku melihat usaha mereka. Tahniah!



Day 4: 03 Jan 2015 (Kota Bharu)

Harini aku bertolak lebih awal menuju ke Kota Bharu jam 9 pagi. Sesi fotografi sebelum bertolak dari Kg Bukit Gading.


Keadaan di Kota Bharu seumpama zaman 60-an, setiap lorong-lorong di Kota Bharu berdebu dan timbunan sampah sarap di mana-mana sahaja. Penduduk tempatan mengambil inisiatif, memakai mask. Terdapat lelongan besar-besaran di sana untuk menghabiskan stok-stok barangan yang terkena banjir.

Kota Bharu adalah bandar terakhir sebelum air banjir dialirkan ke laut.


Pasar Buloh Kubu


Gerbang Sultan Ismail Petra


Station Bas SKMK


Tambatan Di Raja


 Tambatan Di Raja


Tambatan Di Raja

 

Tambatan Di Raja


Kg Salor


Pasar Buloh Kubu


Tambatan Di Raja


Kami mengambil kesempatan ini untuk melawat pak saudara, Pak Muda Mi (M Sohaimi) ku di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUSM),  Kubang Kerian. Beliau dimasukkan ke hospital kerana lelah dan demam yang berpanjangan.


Pada peringkat awalnya, kami bercadang untuk meneruskan perjalanan harini jugak tetapi disebabkan hari sudah lewat petang, kami mengambil kesempatan untuk bermalam di rumah adik iparku Hj Azman dan Hjh Nik Anita di Kota Bharu.

Day 5: 04 Jan 2015 (Kota Bharu - Kuala Krai - Gua Musang - Semenyih)

Kami memulakan perjalanan pulang ke Semenyih jam 7.00 pagi selepas bersarapan pagi.


Bandar Kuala Krai

Kami singgah sebentar di Bandar Kuala Krai untuk melihat sendiri keadaan di sini. Suasana disini sungguh suram, umpama bandar yang diserang garuda. Sampah sarap berlonggokan disemua kawasan dan meninggal bau yang tidak menyenangkan. Bandar ini totally lumpuh, bekalan air dan electric terputus. Namun ramai badan-badan sukarela yang datang ke sini untuk meringankan bebanan mangsa banjir.








Perjalanan diteruskan lagi sehingga kami sampai di Semenyih jam 6 petang. Alhamdullilah.


------------------------------------------- TAMAT------------------------------------------------

Comments