Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

KEMBARA MENCARI DIRI - (BOSNIA HERZEGOVINA - MONTENEGRO - CROATIA)


KEMBARA MENCARI DIRI

"Dari satu pengembaraan ke pengembaraan yang lain, sebenarnya aku sedang mengenali diriku dan Sang Penciptaku yang Maha Agong serta tanda-tanda keagonganNya melalui ciptaan-ciptaanNya yang Maha Sempurna".

Aku mengambil kesempatan sempena cuti Hala February, iaitu cuti sempena kemerdekaan Kuwait yang di sambut pada 25-26 February setiap tahun. Aku mengambil cuti selama 2 minggu dalam misi kami menjelajah di tiga negara Balkan iaitu Bosnia Herzegovina, Montenegro dan Croatia dengan memandu kereta yang kami sewa di Bosnia.

Pengembaraan ini sungguh bemakna buat kami. Waktu berlalu terlalu pantas. Pengalaman kami mengembara selama 11 hari.

Pengembaraan kami adalah seperti di bawah:
    
 

Perkataan-perkataan yang sempat aku catch dalam perjalanan:
  • Skola – Sekolah
  • Huala – Terima kasih
  • Pekara – Kedai Roti
  • Izlaz – Keluar
  • Ulazna – Masuk
Pemerhatianku terhadap negara-negara tersebut:

Bosnia Herzegovina:
  • Pemandangannya memang superb.
  • Dia org macam tak suka tawar menawar bila beli barang.
  • Hotel murah dan selesa - Anda boleh booking melalui Booking.com. Aku selalu booking on the way ke tempat tersebut bimbang takut tak sempat sampai.
  • Masjid ada dimana tetapi ada juga masjid yang dikunci. Tidak semua masjid digunakan untuk solat jemaah setiap hari. Ada yang digunakan hanya untuk solat Jumaat sahaja contoh Masjid Mehmed Pasha, Mostar.
  • Tasik Jablanica semakin semakin mengering.
  • Masyarakat Konjic kebanyakan warga tua
  • Matawang Bosnia (KM) - 1 Euro = 2 KM. Wang Euro boleh digunakan dimana mana.
  • Apartment paling best disepanjang trip ni adalah Apartment Tara Villa, Bihac dan Royal Town Apartment di Jajce. Highly recommended.
  • Restoren best dan murah di Old Town Sarajevo - Chipas

Kotor, Montenegro:
  • Tak banyak yang boleh komen sebab sekejap sangat berada di sana tapi apa yang boleh kami perhatikan mereka berjimat cermat dalam penggunaan electric kerana kami perhatikan rumah-rumah dan taman-taman di tak berapa terang pada waktu malam.

Croatia:
  • Matawang Croatia, Kuna (KN) - 1 Euro = 7.5 KN. Wang Euro boleh digunakan dimana-mana.
  • Makan halal agak susah di Dubrovnik, satu sahaja Taj Mahal, yang sangat mahal.
  • Negara Croatia berada di persisiran pantai macam Vietnam tapi banyak pantainya berada di bawah tebing yang tinggi.

Ikuti pengembaraan kami seterusnya






DAY 01
SELASA, 18 FEB 2020
KUWAIT

Terlebih dahulu aku telah menempah mini bas dari Apps GoCity sehari sebelum kami bertolak. Teksi biasa tidak boleh memuatkan bagasi kami yang agak banyak. Surprising harganya sangat murah dengan harga 7.5 KD dari Mangaf ke Kuwait International Airport. Ianya mampu memuatkan 12 orang penumpang tapi kami hanya berempat sahaja. Tampang teksi ke airport biasanya berharga 5.0 KD.


Perjalanan kali agak tenang kerana kami solat Maghrib dan Isyak siap-siap di rumah sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Bas sampai tepat pada pukul 8.00 malam dan kami sampai di Kuwait International Airport 45 minit kemudian. Apa-apa pun kami harus mengisi perut dahulu tambahan pula kaunter masih belum dibuka lagi. Kami memperkenakan nasi mutton bryani di Royal Restaurant yang terletak di tingkat Mezzanine di bangunan utama Airport. Alhamdullilah kenyang.


Usai makan kami bergerak menuju ke kaunter Pegasus Airline pada pukul 10:30 malam. Kami terpaksa menunggu di situ sebelum kaunter Pegasus dibuka untuk check in pada pukul 11:15 malam. Penerbangan kami ke Sarajevo, Bosnia akan transit di Istanbul (Sabiha Gokcen Airport) selama 8 jam, lama tu. Urusan di Immigration dan Kastam di Airport Kuwait berjalan lancar kerana bilangan penumpang di airport tidak terlalu ramai.

Sekali lagi aku berhenti di Canes, sebuah restaurant kegemaranku. Seperti biasa aku akan memesan ayam goreng dan French Fried dengan Sweet Tea. Aku mengambil masa untuk berbual-bual dan berbincang mengenai jadual program kembara kami kali ini.

Cost:
Taxi – 7.50 KD
Meal – 4.05 KD
Total = 11.55 KD

DAY 02:
RABU, 19 FEB 2020
KUWAIT – SARAJEVO, BOSNIA & HERZEGOVINA
TOTAL DISTANCE: 11 KM

Kami boarding pada pukul 1:00 pagi melalui Gate No.4 dan take off sejam selepas itu. Kami menaiki penerbangan PC859 ke Istanbul yang mengambil masa selama 4:00 jam. Waktu di Istanbul dan Kuwait adalah sama (3 GMT). Aku menempah ticket yang lebih mahal sedikit untuk mendapatkan tempat duduk yang lebih selesa dan kouta berat bagasi yang lebih sedikit (20KG). 

Pegasus Airlines merupakan penerbangan tambang murah milik Turkey. Sebetulnya aku agak cuak juga menaikinya kerana 2 minggu lepas telah berlaku satu insiden di mana sebuah kapal terbang Pegasus telah terputus 3 gara-gara hard landing yang telah meragut 3 nyawa dan mencederakan 179 orang penumpang yang lain. Anda boleh ikuti beritanya di: https://www.businessinsider.com/turkey-plane-crash-pegasus-airlines-istanbul-2020-2. Kami berserah kepada Allah, tuhan pemilik langit dan bumi.


Di Kuwait International Airport


Aku tidur di sepanjang  penerbangan kerana terlalu mengantuk kerana sehari sebelum itu aku tidur agak lewat untuk menguruskan segala persiapan yang masih belum selesai lagi.

Kami sampai di Istanbul tepat pada pukul 6:00 pagi. Alhamdullilah waktu solat subuh di Turkey pagi ini adalah pada pukul 6:30 pagi. Aku mengambil keputusan untuk keluar Airport kerana kami akan transit di sini agak lama. Kami seterusnya bergegas ke Masjid yang terletak di ground level (sebelah kanan) bangunan utama airport yang berhampiran dengan sebuah mini market. 



Setelah usai solat, kami ke Café Karafirin untuk berehat-rehat sambil bersarapan pagi.


Kami bersiar-siar di bahagian luar airport untuk menikmati suhu dingin dan nyaman diluar. Suhu pada pagi sekitar 7 degree C. Apabila kami berbual-bual, asap berkepul-kepul keluar dah macam isap vape. 



Kami bergambar di kawasan sekitar. Jam 10:30 pagi kami masuk kembali ke dalam airport dan menuju ke kaunter check-in di Kaunter “D”. Gate untuk penerbangan ke Sarajevo, Bosnia belum lagi dipastikan sehingga jam 12:30 tengahari, jadi terpaksa lah kami berehat di food court yang terletak di tingkat M. Kami memesan sekeping pizza.


Kami terusnya menuju ke Gate 307B untuk ke Bosnia. Penerbangan delayed selama 10 minit. Kami menaiki penerbangan PC291 pada pukul 2:00 petang yang mengambil masa selama 2 jam (Perbezaan waktu antara Istanbul dan Bosnia adalah 2 jam)(1 GMT).


Airport Sarajevo agak kecil dan simple sahaja. Urusan immigration dan kastam berjalan lancar dan kami terus mengambil bagasi. 




Dalam masa yang sama, Zenar dan isterinya telah berada diluar untuk menyerahkan kunci kereta sewa yang kami telah tempah dari beliau. Harga sewa kereta Volkswagen Auto adalah 100 KM sehari. Anda jangan sesekali konfius kerana symbol matawang Bosnia adalah KM. Aku terlebih dahulu menukarkan wang sebanyak 1000 Euro ke KM (1 Euro = 1.955 KM).


Setelah Zenar menerangkan serba sedikit mengenai kereta sewa, kami meneruskan perjalanan ke homestay kami
  yang terletak berhampiran Old Town Sarajevo.
 

Kami sampai di sini pada pukul 3:30 petang. Kawasan di sini agak berbukit dan jalannya agak sempit. Gerun dibuatnya apabila hendak parking kereta di kawasan Homestay. Aku meminta pemilik homestay itu, Nihad untuk membantuku meletakkan kenderaan di parking yang sempit itu. Isteri beliau, Nejra telah membawa kami ke bilik kami yang terletak di tingkat 2, agak tercungak juga dibuatnya untuk mengangkat beg-beg kami yang agak besar. Setelah selesai solat jamak takhir zohor dan asar kami berjalan kami menuju ke Old Town Sarajevo yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami.


Masjid Bark-babina

Kami melewati masjid Bark-babina yang terletak seberang jalan utama. Terdapat sebuah kawasan perkuburan di sekitar masjid.


At Mejdan

Kami melalui sebuah taman kecil iaitu, taman  At Mejdan. Di tengah-tengah At Mejdan terdapat sebuah bangunan kayu yang dipanggil Music Pavillion. Ianya telah dibina oleh kerajaan Austro-Hungarian pada tahun 1911 yang ilhamkan oleh arkiteknya Josip Pospisil. Dahulunya yang terletak berhampiran dengan kawasan tentera. Ianya telah digunakan sebagai tempat persembahan music oleh angkatan tentera pada hari cuti. Bangunan ini telah terbakar pada tahun 1941 dan telah dibina kembali pada tahun 2004.


Latin Bridge

Jambatan ini menyaksi pergolakan di masa silamnya. Apa awalnya ianya dibina menggunakan kayu dan ditukar kepada jambatan batu pada tahun 1565 yang telah didana oleh Ajnibey. Jambatan yang dapat dilihat sekarang telah dibina pada tahun 1798 yang telah ditaja oleh Haji Abdullah Briga. Ianya dinamakan Latin sempana namanya “Sarajevo borough Latinluk” ataupun “Frenkluk” yang bermaksud “Di sebelah tebing kanan Miljacka”. Dahulunya ia telah didiami oleh pedagang Catholic dari Dubrovnik, Croatia. Berhampiran dengan Latin Bridge ini berlaku pembunuhan anak raja Austro-Hungarian iaitu Franc Ferdinand dan isterinya, Sofia oleh Gavrillo Princip (orang Serbia) pada tahun 1914 dan lepas itu berlakulah peperangan dunia pertama.


Muzej Sarajevo 1878-1918

Musium ini telah menyimpan sejarah mengenai kejadian pembunuhan anak raja Austro-Hungarian iaitu Franc Ferdinand dan isterinya, Sofia oleh Gavrillo Princip (orang Serbia) pada tahun 1914.



Old Town Sarajevo

Masjid Muslihudin Cekrekcija

Kami menyusuri lorong-lorong dan jalan-jalan di sekitar Old Town Sarajevo. Aku membeli fridge magnet dan cenderamata di sini. Setelah azan Maghrib dikumandangkan kami terus bergegas ke Masjid Muslihudin Cekrekcija untuk solat Maghrib dan jamak Isyak. Hanya aku seorang yang solat disini dan yang lain ini bersolat di bilik sahaja nanti.



Masjid ini merupakan masjid berkubah yang kedua terawal dibina di kawasan Bascarsija pada tahun 1526 yang telah diwakafkan oleh Haji Mustafa Ishakov.




Bascarsija

Bascarsija telah dibina pada kurun ke-15th oleh Isa-Beg Isakovic, pengasas bandar ini. Perkataan “Bascarsija” berasal dari bahasa Turkey dari gabungan “bas” yang bermaksud “utama/pusat”dan “carsi” bermaksud “bazaar” atau “market”. Pada kurun ke-19 berlaku kebakaran besar disini yang telah meranapkan hampir separuh bahagian bazaar ini yang kita dapat perhatikan sehingga sekarang. Bascarsija terletak di sebelah utara tebing sungai Miljacka, terletak dibawah municipality of Stari Grad. Di Bascarsija terdapat beberapa bangunan-bangunan bersejarah seperti Masjid Gazi Husrev-beg dan sahat-kula. Ianya merupakan tarikan utama pelancong di Sarajevo.



Ronda-ronda Old Town


Buregdzinica Restaurant

Burek adalah satu makanan yang famous di Bosnia, ianya dibawa dari Turki ke negara-negara Balkan semasa zaman kegemilangan kerajaan Uthmaniyah. Ianya seumpama murtabak yang berintikan daging ataupun ayam yang digaulkan bersama bersama-sama cheese. Sungguh enak di makan panas-panas dalam kedinginan malam musim dingin. Harganya agak murah, 3 potong burek bersama 2 cawan hot chocolate dan Bosnia Coffee berharga 3KM (1.5 Euro). Kalau anda mengunjungi Old Town jangan lupa dapatkan.


xxxxx

Bosnia Coffee

Sarajevo Meeting of Cultures

Merupakan tanda pertemuaan dua budaya yang menghubungkan Timur dan Barat di mana kawasan ini menyatukan masyarakat Islam, Yahudi dan Kristian. Ada boleh perhatikan disini terdapat Masjid Gazi Husrev (1531), The Old Orthodox Church (1539), Old Jewish Temple (1581), Latin Bridge (1565), Brusa Bezistan (1551), Cathedral of Nativity of Theotokos (1863), The Sacred Heart Catheral (1889) dan City Hall (1894). 




Masjid Gazi Husrev-beg

Merupakan sebuah masjid terbesar di Sarajevo yang dibina bercirikan architecture Kerajaan Uthmaniyah. Ianya merupakan "Heart of Old Town". Ianya dibina pada tahun 1531. Kawasan skitar masjid sungguh cantik dengan tempat mengambil wuduk yang sangat unik sama seperti Masjid Blue Mosque di Istanbul, Turkey. Anda boleh perhatikan Clock Tower dan beberapa lagi tempat ibadat masyarakat Kristian dan Yahudi disini. Tandas yang terletak diluar pagar masjid (sebelah kiri)

Masjid Ferhadija

Sebuah masjid kecil yang terletak di Old Town Sarajevo. Masjid ini juga dikenali sebagai Ferhat-Pasha Mosque. Ia juga dibina pada abad ke-16 yang dibina berasaskan senibina Kerajaan Uthmaniyah. Terdapat sebuah menara, sebuah kubah besar dan 3 buah kubah kecil dihadapannya. Yang dapat aku perhatikan kebanyakan masjid-masjid di sini terdapat kawasan perkuburan di dalam pagar masjid. Aku sempat perhatikan ada yang berhenti diluar pagar sambil berdoa sambil berdiri di sini. Aku rasa masjid negara kita harus dibuat seperti ini. Mengingatkan masyarakat dengan kematian ini tidak asalkan kubur mesti dikaitkan dengan hantu.


Taslihan

Ianya merupakan sebuah inn lama ataupun caravansarai yang telah dibina oleh Datuk Bandar Bosnia iaitu Gazi Husref-bey pada tahun 1543. Taslihan bermaksud batu, dimananya dibina oleh Senibina dari Dubronik, Croatia. Bangunan 2 tingkat ini mempunyai kandang kuda di ground level yang boleh memuatkan 70 ekor kuda. Di tingkat satu pula menempatkan 30 buah bilik dimana setiap biliknya mempunyai corong asap (chimney) dan sistem pemanasannya sendiri. Ianya adalah percuma. Kini yang tinggal hanyalah dinding-dinding yang masih utuh.



Semasa kami sedang meninjau-ninjau kawasan ini, kami telah disapa oleh seorang Melayu. Terkejut dibuatnya. Kami telah di sapa oleh Duta Malaysia di Bosnia Herzegovina, TYT Zakri Jaafar. Beliau sempat berpesan kepada kami supaya berhati-hati dengan pick pocket di kawasan tersebut. Beliau menghadiri mesyuarat di Hotel Europe yang berhampiran Taslihan. Aku terlupa untuk mengambil gambar bersama-sama beliau.


Morica Han

Morica Han merupakan sebuah lagi inn di Old Town yang masih lagi diperlihara (well-preserved) dengan sangat baik. Ianya dibina semasa zaman kegemilangan Uthamaniyah. Sekarang ia ditukarkan menjadi bazar yang menempatkan coffee shop, kedai menjual karpet dan lain-lain lagi. Terdapat ramai penduduk tempatan terutamanya golongan muda menghabiskan masa minum kopi bersama-sama teman mereka. Kopi Bosnia dipanggil "cejf" memang sungguh enak diminum ditambah pula suasana taman di malam yang dingin

Kami ke tandas Masjid Ghazi Beg yang terletak diseberang jalan.

Kami balik ke homestay pada pukul 9:00 malam

Cost:

Car Rental – 1,000 KM
Meal (Istanbul) – 5 TL + 32 TL + 65.5 TL = 102.5 TL
Meal (Bosnia) – 12 KM + 4 KM = 16 KM
Goodie – 26 KM + 6 KM = 32 KM
Hotel – 80 Euro

DAY 03:
KHAMIS, 20 FEB 2020
SARAJEVO, BOSNIA & HERZEGOVINA
TOTAL DISTANCE: 82 KM

Kami bersarapan pagi di bilik sahaja. Menunya cukup menarik, nasi berlaukkan sambal ikan bilis yang kami bawa dari Kuwait. 


Hari cuaca agak mendung dan suhu jugak agak rendah. Kami boleh perhatikann puncak gunung yang berhadapan dengan bilik kami memutih. Jelas kelihatan salji di puncak gunung tersebut. 


Setelah bersiap-siap dan kami turun ke bawah untuk mengambil kunci kereta dari Nihad kerana semalam kami telah menyerahkan kunci kereta kepadanya kerana kereta kami menghalang kereta mereka. Kawasan parking homestay ini terlalu kecil dan berada di kawasan lereng kaki bukit. Agak lama juga, kami cuba menghubungi Nihad dan isterinya Najra tapi gagal, akhirnya aku meneleponnya dengan menggunakan talian Zain Kuwait kerana Whatsapp call tidak dijawab. Alhamdullilah berjaya menghubungi mereka.

Aku memberitahu Nihad tentang program kami pada hari ini. Pada mula-mula, aku bercadang ini menaiki kereta cable di Sarajevo untuk menaiki gunung Trebevic untuk melihat pemandangan indah Sarajevo dari gunung tersebut. Station Cable Car hanya beberapa ratus meter berjalan kaki dari Old Town Sarajevo.

Aku juga bertanya samaada di puncak tersebut terdapat salji atau tidak. Beliau memberitahu kemungkinan ada tetapi terlalu sedikit. Dia mencadangkan kami ke Bjelasnica yang terletak 30 km dari Sarajevo sambil menunjukan aku video live pemandangan dari internet handpon ku.

Tunnel of Hope (Butmir) / Tunnel Spasa.

Kami bertolak dari homestay menuju ke Tunnel of Hope yang terletak berhampiran lapangan terbang Sarajevo pada pukul 9:00 pagi. Kami berhenti seketika untuk mengisi penuh minyak (Diesel) kereta ku (2.16 KM per liter)(95.9 KM).

Pemandangan dari station Minyak Neskovic yang terletak dilereng bukit dan menghadap ke Vraca Memorial Park yang sungguh cantik. Aku mencadangkan untuk kami berehat seketika di sini untuk melihat pemandangan. Kami memesan minuman panas; hot chocolate dan Coffee Latte di sini sambil menyaksikan pemandangan indah di sini.





gopro3170

Kami meneruskan perjalanan ke Tunnel of Hope dan sampai di sana pada pukul 10:00 pagi. Bayaran parking dikenakan sebanyak 2 KM per entry. Kami bergambar dihadapan bangunan rumah 2 tingkat yang ditukarkan menjadi sebuah museum. Bayaran masuk dikenakan sebanyak 10 KM per person. Anda boleh perhatikan kesan tembakan pada dinding rumah tersebut.


gopro3213

Kami menuju ke bilik tayangan video dibangunan baru di belakang museum. Video tersebut menayangkan sejarah pembinaan terowong yang sejauh 800m. Peperangan di Bosnia Herzegovina berlaku pada 06 April 1992 sehingga 14 December 1995 selama 3 tahun 8 bulan 1 minggu 6 hari (1425 hari) yang telah mengorbankan seramai 11,541 orang penduduk Bosnia. Ianya tercetus setelah tumbangnya Kesatuan Yugoslavia membentuk negara-negara merdeka iaitu Slovenia, Croatia, Bosnia & Herzegovina, Serbia, Montenegro, Kosovo dan Macedonia. Keadaan menjadi parah apabila kerana demografik penduduk Bosnia yang agak runcing di mana terdapat 3 kaum berbeza walaupun raup wajah mereka sama iaitu Muslim Bosniak (44%), Orthodox Serbs (32.5%) dan Catholic Croats (17%) yang menyebabkan berlakunya pergeseran dalaman.

Negara Serbia telah melancarkan peperangan terhadap Bosnia dalam usaha mereka untuk mendapatkan bahagian utara Bosnia dan dibantu juga dengan Kaum Serbs Bosnia (Orthodox Serbs). Manakala di Selatan Bosnia pula Croatia cuba merampas bahagian selatan dengan bantuan Bosnia Croat (Catholic). Bosnia telah diserang dari atas dan bawah serta dalaman. Berlaku juga situasi berat sebelah dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usaha mereka meredakan peperangan tersebut.

Terowong ini telah dibina di dalam rumah dua tingkat milik keluarga Kolar. Pengalian bermula pada March sehingga June 1993 yang menghubungkan kawasan Butmir dengan Dobrinja sepanjang 800m melalui bawah tanah landasan kapal terbang UN yang digezekkan sebagai Zon Hijau. Bantuan perubatan, makanan, ketenteraan dan sebagainya telah disalurkan melalui torowong ini

 

Setelah tayangan berakhir kami menuju ke kawasan pameran jerangkap samar. Kami kemudiaan ke bangunan  utama untuk masuk ke dalam terowong.



Kami memasuki museum dibahagian atas terowong yang menyimpan koleksi-koleksi barang-barang yang terlibat semasa terowong ini beroperasi. 



Kami seterusnya ke kedai cenderamata yang terletak berhampiran tayangan video tadi. Seperti biasa aku akan membeli buah buku mengenai sejarah tempat-tempat yang aku kunjungi. Di samping itu juga aku membeli poster yang menunjukan kedudukan tentera Serbia yang telah mengepung Sarajevo dan kedudukan terowong Tunnel of Hope.


Kami sempat menemubual cashier kedai mengenai tuan rumah, keluarga Kolar yang telah mewakafkan rumahnya untuk dijadikan terowong. Tuan rumahnya masih hidup dan sekarang ini beliau berusia 90 tahun. Rumah ini telah dijual kepada kerajaan Bosnia Hezgorvania untuk dijadikan museum.

Tanpa kami sedari 2 jam telah berlalu begitu pantas meninggalkan kesan yang mendalam buat kami sekeluarga.

Bjelasnica Mountain

Ianya terletak 22km dari Tunnel of Hope. Demi melihat salji yang memutih, aku memandu naik ke Bjelasnica. Pada pertengahan jalan ketika mendaki gunung tersebut kami dapat perhatikan salji di kiri dan kanan jalan. Salji mulai turun. Kami sampai di sana pada pukul 12:30 tengahari. Fathiha dan Fairuz terlalu gembira dapat melihat dan memegang salji.




Aku mengajak semua untuk menaiki cable car. Terdapat ramai pengunjung yang datang ke sini untuk bermain ski. Kami tercari-cari kaunter menjual ticket, rupa-rupanya ia terletak di bawah iaitu berhampiran parking kereta. Anda boleh perhatikan sebuah bangunan kayu berhampiran parking kereta yang tertulis “Ski Kasa”.  Ticket untuk menaiki kereta cable agak murah iaitu 10 KM seorang (5 Euro). Fathiha dan Fairuz agak excited dapat menaikinya. Isteriku pulak agak berdebar-debar dan bimbang dengan kesejukan yang melampau di puncak nanti.



Kereta cable ini bergerak perlahan-lahan menaiki Bjelasnica. Video pemandangan dari cable car adalah seperti berikut. Kami sampai di puncak dalam masa 10 minit. Di puncak sangat sejuk, cuba anda bayangkan di parking sahaja suhu sudah mencapai -2 degree C, aku rasa di puncak mungkin dalam -5 degree C. Salji turun sangat lebat dan berangin apabila kami sampai. Muka terasa kebas.

 

Kami tidak berhenti di puncak. Kami hanya membuat u-turn dan terus turun. Secara jujur menuruni gunung lebih menyeramkan dari mendakinya. Penghilangan agak kabur kerana angin bertiup kencang dan sajli turun dengan lebatnya.

Alhamdullilah kami dibawah dengan selamat. Aku mengajak semua untuk memanaskan badan di sebuah café bersebelahan dengan kaunter menjual ticket tadi. Aku memesan bosnia coffee dan yang lain hot chocolate sambil makan france fries yang dibeli dari kedai sebelah. Kami menikmati pemandangan salji yang putih dengan gelagak pemain ski yang meluncur laju di sini.


Setelah berehat di restaurant beberapa ketika. Fathiha memberitahuku untuk merasai (makan) salji. Aku bilang..go head jer. Terus di ngap dengan bismillah. Payau dia kata. Tergelak aku melihatnya. 


Kami bersama-sama membuat Olaf, iaitu satu karaktor di cerita kartun kanak-kanak yang agak famous iaitu “Frozen”.








Semasa kami menuju ke parking kereta, kami telah disapa oleh seorang wanita tempatan yang berusia dan begitu ramah. Sebetulnya beliau begitu teruja apabila melihat kami sebagai warga Malaysia yang merupakan negara terawal yang telah membantu Bosnia semasa dalam peperangan pada tahun 1992-1995. Beliau adalah Dr. Ferida Cengic Hukovic merupakan doctor pakar yang bertugas di Sweden. Beliau menceritakan pengalaman ngeri semasa peperangan, dimana beliau telah tercedera dan dibawa ke Sweden untuk mendapatkan rawatan.



Beliau meneruskan pelajaran Medic di Sweden dan mendapat 2 kerakyatan iaitu Bosnia dan Sweden. Dari perbualan kami, aku dapat rasai semangat patriotic didalam jiwa. Beliau sangat berharap dapat bertemu apabila kami pulang ke Sarajevo nanti. Beliau akan pulang ke Sweden pada 5 March nanti.

 

Vrelo Bosne

Kami bergerak menuruni Bjelasnica pada pukul 2:40 petang menuju ke Velika Aleja. Kami sampai disana agak lewat dan disitu jugak sunyi. Aku pun membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan menuju ke Vrelo Bosne. Vrelo Bosne merupakan sebuah taman awam (Public Park) yang mana merupakan punca Sungai Bosna. Ianya terletak di kaki Bukit Igman.

Kami sampai pada pukul 3:25 petang. Bayaran parking dikenakan sebanyak 2KM sejam ataupun 5KM untuk tiada had waktu. Aku bayar 5KM sebab tidak tahu berapa lama kami akan berada di sini. Bayaran masuk ke taman ini adalah 2KM seorang.

Kawasan taman sangat redup kerana dipenuhi pokok-pokok yang tumbuh tinggi. Pemandangan di sini sungguh cantik.

Kami segera mengambil wuduk untuk bersolat jammak asar-zohor di sini kerana hari pun dah semakin gelap. Tiada kemudahan surau dan keadaan tandas di sini juga kurangkan memuaskan. Kami bersolat di bawah pohonan kayu.

Setelah solat kami bersiar-siar di Taman ini. Sungainya cetek tapi mengalir laju. Keindahannya ditambahkan lagi dengan pemandangan jambatan-jambatan kayu menyebarangi sungai. Terdapat sebatang sungai yang kehijauan disebabkan dasarnya ditumbuhi sejenis pokok paku pakis yang hijau.






Terdapat beberapa ekor angsa bermain-main di sungai. Terdapat rumah angsa ditengah pulau.

xxxx

Terdapat sebuah restaurant di sini tapi sudah ditutup semasa kami sampai di situ.

Kami bergerak pulang pada pukul 5:00 petang.

Chipas Restaurant

Kami sampai di homestay pada pukul 6:00 petang. Waktu maghrib telah masuk. Kami terus menemui Nihad dan Isteri yang sedang sibuk menyiapkan bilik homestay mereka yang dalam proses renovation. Aku menyerahkan kunci kereta kepadanya kerena kedudukan kereta kami menghalang kenderaan yang lain.

Aku meminta pandangan Najra mengenai restaurant yang terbaik di sini yang ada menyediakan nasi. Dah nak buat macam mana dah lidah Melayu, tak sah kalau tak makan nasi sehari. Beliau mengcadangkan kami ke Chipas yang terletak di tepi Cathedral.


Ruang makannya terletak di tingkat 1 dan agak luas dan selesa. Pada pemikiranku harga makanan di sini pastinya mahal tapi terkejut aku melihatnya harganya sangat murah iaitu kebanyakan makanannya berharga 4.50 KM sahaja.





Aku dan Fathiha memesan Piletina Diablo, isteri Piletina Alfredo dan Fairuz pula dengan Rizoto sa Piletino

Buregdzinica

Aku mengajak semua untuk pekena Bosnia Coffee yang best kat sini sampai menghirup udara dingin malam. Kami sampai di hotel pada pukul 9:00 malam. Nihad telah menyerahkan kunci keretaku. Aku bersalam-salaman dengannya kerana kemungkinan besar kami tak bertemu esok kerana kami akan bergerak awal esok.
XXXX
Malam ini aku tidur agak lambat kerena menyiapkan travelog harian ku. Aku melelapkan mata pada pukul 2:30 pagi.

Cost
1.      Fuel – 95.9 KM
2.      Meal – 11.0 KM + 2KM + 6 KM+ 14 KM + 18 KM + 12 KM = 63 KM
3.      Entrance Fee – 40 KM + 40 KM + 8 KM = 88 KM
4.      Buku/ goodies – 34 KM
5.      Parking – 2KM + 5 KM = 7KM
Total = 287.9 KM

DAY 04:
JUMAAT, 21 FEB 2020
SARAJEVO – MOSTAR
TOTAL DISTANCE: 135 KM

Harini kami semua bangun awal kerana kami harus bersiap sedia untuk check out homestay dan meneruskan pengembaraan kami ke Mostar yang terletak di selatan tanahair iaitu dalam jajahan Herzegovina. Seperti biasa, kami bersarapan di bilik dengan menu nasi putih dan sambal ikan bilis.

Mostar  merupakan sebuah negeri yang paling panas dalam seluruh Bosnia. Ia mempunyai klimak Mediterranean. Suhu  summernya agak panas mencecah 45 degree C dan salji turun di sini agak mustahil.

Kami memulakan perjalanan pada pukul 7:30 pagi. Suhu pada pagi ini adalah -2 degree C.

Old Stone Bridge, Konjic

Kami bergerak keluar ketika ramai diantara warga Sarajevo bergegas ke tempat kerja masing-masing. Trafik teruk juga kerana terdapat banyak traffic light. Keluar dari pusat Bandar Sarajevo kami menaiki Highway A1. Kami telah dihidangkan dengan pemandangan desa-desa sepanjang jalan. Rumahnya mempunyai kawasan yang agak luas. Mereka mengusahakan pertanian.

Kami berhenti seketika di station minyak Holdina untuk mengisi angin tayar kerana aku perasan dari Sarajevo tayarnya agak kempis. Alhamdullilah tak bocor. Aku mengajak semua untuk minum terlebih dahulu di sini. Coffee Latte dan Hot Chocolate menjadi pilihan kami.

Bayaran tol dikenakan sebanyak 2.5 KM.

Kami meneruskan perjalanan melalui lereng-lereng gunung dan melalui beberapa buah torowong. Ada sesetengah kawasan di situ, terdapat tompokan-tompokan salji yang putih.  Kami sampai di Bandar Konjic pada pukul 9:40 pagi. Kami berhenti dan parking kenderaan di kawasan berhampiran dengan Old Stone Bridge, Konjic.


Mengikut catatan pada yang terdapat pada jambatan. Ianya telah dibina pada tahun 1682 semasa ianya terletak dibawah jajahan kerajaan  Islam Uthmaniyah semasa pemerintahan Sultan Mehmet’a IV. Kami bergambar di atas jambatan.

xxxx

Kami berhenti dan minum di restoren hotel Konak kerana café ini kerana dapat melihat pemandangan jambatan yang jelas dari sini. Aku memesan Bosnian Coffee, Coca Cola dan jus. Sungguh indah pemandangan jambatan dengan Sungai Neretva yang mengalir jernih. Setelah selesai minum kami bergambar di gigi-gigi air.

Kami dapat perhatikan penduduk Bandar Konjic kebanyakan adalah warga tua. Anda boleh perhatikan.

xxxx

Lake of Jablanica

Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di tepi jalan untuk mengambil gambar. Aku dapat perhatikan paras air tasik tersebut menurun terlalu drastic. Banyak rumah-rumah tumpangan/ homestay yang telah ditutup. Kami bergambar.


Jamek Gradska, Jablanica

Kami sampai di Jablanica pada pukul 12:00 tengahari. Aku berhenti di masjid ini untuk bersolat Jumaat dii sini. Ahli keluargaku yang lain menunggu ku di taman kanak-kanak bersebelahan dengan masjid. Kami terus mengerjakan solat jammak asar selepas solat jumaat di masjid ini. 



Restaurant Kovacevic

Kami berhenti di sini untuk makan tengahari. Menu utama kami adalah Kambing golek dan Kebab. Kami makan sambil memerhatikan sungai Neretva yang agak kehijauaan airnya. Bayarannya adalah 79.0 KM.


Apartment Solis

Aku telah menempah bilik yang berhampiran Old Town Mostar semasa makan di Restoren Kovacevic. Antara criteria yang aku highlight semasa memilih bilik adalah hotel/apartment yang mempunyai parking yang khusus.

Setelah menempahnya melalui Booking.co, aku terus menghantar email dan Whatsapp kepada pemiliknya iaitu Narcis Micijevic, seorang Muslim Bosniak untuk sahkan bilik buat kami. 


Kami sampai pada pukul 3:15 petang. Keluarga ku terus bersolat jamak kerana masa terlalu panas. Kebanyakan kedai-kedai old town Mostar akan ditutup pada pukul 5:00 petang. Semsa kami melaluinya, pekedai-pekedai sedang sibuk untuk mengemas barang-barang dan menutup gerai masing-masing.



Stari Most

SeteJarak di antara hotel dengan center of Old Town adalah 550 meter. Kami bergerak menuju ke Museum of War and Genocide Victims yang terpapar dipintu utama mengenai waktu perkhidmatannya adalah 9 pagi – 9 petang. Malangnya museum ditutup pada waktu ini.



Kami meneruskan perjalanan menuju ke Stari Most. Stari Most merupakan sebuah jambatan yang dibina pada tahun 1557 (9 tahun pembinaannya) oleh Sultan Uthmaniyah ketika itu iaitu Suleiman the Magnificent oleh murid architect Uthmaniyah yang terkenal iaitu Mimar Sinan iaitu Hajruddin. Jambatan ini telah dihancurkan semasa peperangan Bosnia pada tahun 1993 dan dibina semula pada tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada 23 July 2004 dengan menelan kos sebanyak 15.5 juta USD.







Sungai Neretva

Kami menuruni tangga untuk sampai kebawah untuk melihat dengan lebih jelas Sungai Neretva yang berwarna kehijauan. Sungguh cantik. Terdapat anak-anak penduduk tempatan yang sedang bermain-main di gigi-gigi air. Pemandangan senja yang sungguh menarik. Aku bergambar di sini.



Crooked Bridge

Ianya telah dibina pada pertengahan kurun ke-16 (1558). Dulunya ianya agak penting kerana menghubungkan Utara,  Selatan, Timur dan Barat. Ianya menjadi menjadi pusat keselamatan untuk mengawal lalu-lintas ke Jambatan Stari Most. Ianya dibina sepanjang 8.43m  dengan ketinggian 4.21m dengan menggunakan "Teneja" iaitu batu yang dengan menggunakan tangan. Jambatan ini juga runtuh akibat peperangan dan kemudiaannya dibina semula oleh UNESCO pada tahun 2002.




Masjid Nesuh-Aga Vucjakovic

Hari sudah mulai gelap. Kedengaran suara azan bergema dengan jelas semasa kami berjalan pulang ke Homestay. Aku mengambil keputusan untuk singgah dan solat Maghrib-Isyak Jamak di Masjid Nesuh-Aga Vucjakovic yang terletak berhampiran jalan utama di Bandar Mostar.


Setelah solat, kami meneruskan perjalanan pulang. Kami berhenti seketika di sebuah pasaraya untuk membeli beras, French fried dan air sebagai bekalan dalam perjalanan kami.

Cost:
1.      Fuel – 23.90 KM
2.      Meal – 11.6 KM + 9 KM + 10 KM + 8 KM = 38.6 KM
3.      Hotel – Euro 50.00
4.      Entrance Fee – 0 KM = 00 KM
5.      Buku/ goodies – 25 KM
6.      Parking – 0.00 KM = 0 KM
7.      Tol – 2.5 KM
Total = 90 KM

 

 DAY 05:

SABTU, 22 FEB 2020
MOSTAR - KRAVICE
TOTAL DISTANCE: 68 KM

Kami bersarapan pagi di bilik dengan menu sardine dan sambal ikan bilis. Cukup menyelerakan. Kami bersiap-siap dan memasukkan semua bag kedalam kereta. Kami keluar rumah pada pukul 7:30 pagi, kebetulan kami bertemu dengan Narcis, aku terus menyerahkan wang bayaran bilik dan menyerahkan terus kunci kerana bimbang kami akan terlewat nanti. Beliau menghadiahkan kami fridge magnet dengan logo Solis Apartment. Kami berjalan kaki menuju ke Museum of War and Genocide Victims untuk mencuba nasib sekali lagi, ternyata memang museum tidak dibuka buat masa sekarang.

Kami bergambar di kawasan sekitarnya

xxxxx

Pasar Sayur-sayuran Mostar

Kami terlihat sebuah pasar sayur-sayuran semasa menuju ke museum. Kami singgah sebentar di sini untuk memerhatikan apa yang dijual disini. Terdapat beberapa buah gerai yang menjual sayur, madu, buah-buahan, madu, teh dan sebagainya. 



Aku berhenti di gerai Pak Ali untuk membeli madu berbagai perisa pelbagai pilihan (3 botol dengan harga 10 KM) dan buah tin (2 KM). Aku bergambar dengan beliau dan tiba-tiba dia tukar pakai topi untuk matching kan dengan bajunya..hehehe.



Kami membeli buah limau kecil sekilo (2 KM) dengan mak cik gerai sebelah.


Koski Mehmed Pasha Mosque

Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Mehmet Pasha yang terletak 100m sebelum jambatan Stari Most. Masjid ini dibina pada tahun 1617. Nama masjid ini diambil sempena nama pengasasnya Mehmet koski Pasha. Ianya terletak ditebing sungai Neretva.




Bayaran masuk untuk pelawat adalah 6 KM (3 Euro) dan 12 KM bagi yang ingin menaiki menara masjid hingga ke kemuncaknya. So saya beli 2 untuk lawatan biasa dan 2 lagi untuk panjat menara tersebut dengan harga 30 KM (dia bagi discount).


Kami telah di bawa ke ruangan dalam masjid oleh Acir iaitu penjaga masjid. Mengikut beliau dekorasi dalaman dikekalkan dari asal kerana bahagian dalam tidak terkesan dari peperangan. Ia diletakkan di UNESCO dan digunakan untuk solat dan juga dibuka untuk kunjungan pelawat. Tiada solat berjemaah di sini kecuali gunakan untuk solat jumaat sahaja.

Dahulunya ia merupakan sebuah kompleks dimana terdapatnya masjid, madrasah, kawasan perkuburan, perpustakaan, rumah imam dan didirikan rumah-rumah sekitarnya. Masjid akan bina apabila bunyi azan tidak didengari pada satu-satu kawasan kerana pada masa itu system pembesar suara belum lagi wujud. Menurut beliau terdapat lebih kurang 36 buah kompleks masjid sebelum peperangan dan hanya 25 buah kompleks sahaja yang berjaya dipulihkan selepas peperangan.

Beliau menceritakan mengenai Sungai Neretva yang suhunya adalah sama 16 degree C semasa winter ataupun summer. Sungai ini telah menjadi satu sempadan di antara kaum muslim dan kristian Catholic. Mengikut beliau Presiden akan dilantik setiap 12 tahun mengikut giliran di antara masyarakat Islam Bosniak, Christian Catholic Croatian dan Christian Ortordox Serbian. Beliau menceritakan kesusahan yang dihadapi oleh mereka pasca perang.

Peperangan 1992-1995 adalah peperangan 3 penjuru. Peperangan yang menguatkan iman-iman mereka merupakan suatu hikmah yang tak terhingga.

Kami bergambar bersama-sama.

Kami menaiki sebanyak 89 anak tangga untuk sampai kemuncak menara. Laluaan agak sempit. Anda harus berhati-hati lebarnya hanya 1.3m. Dahulunya muezzin akan menaikinya untuk melaungkan azan.

Pemandangan yang cukup menarik apabila berada di puncak menara. Aku merakamkan video untuk tontonan anda semua. Sekiranya anda berkesempatan kesini, jangan lepaskan peluang untuk menaikinya.

Setelah turun ke bawah, kami ke gerai jualan cenderamata yang terletak di perkarangan masjid. Kami membeli sedikit barangan cenderamata sebagai kenangan buat kami berada di sini dan membantu masyarakat muslim di sini. Aku membeli satu set teko kopi Bosnia, selendeng dan lain-lain lagi sebanyak 45 KM.

Bosnaseum

Semasa kami berjalan-jalan, isteriku ternampak sebuah museum berhampiran masjid Koski Mehmet Pasha iaitu Bosnaseum yang mempunyai ruangan pameran seluas 775m2 dengan menghimpunkan sebanyak 2,350 bahan pameran. Bayaran dikenakan sebanyak 10 KM seorang.



Sebuah video berdurasi 7 minit telah dipertontonkan buat kami. Ianya menunjukkan suasana peperangan yang berlaku pada tahun 1992-1995 yang mengorbankan ramai penduduk muslim di sini dan meruntuhkan rumah-rumah, masjid-masjid dan bangunan. Jambatan Stari Most juga tidak terlepas dari bahana peperangan tersebut, ianya runtuh dan terjunam ke dalam sungai Neretva. Hanya 9 tahun kemudian (2004) jambatan digantikan yang baru dengan mengekalkan keasliannya.

Terdapat juga pameran pakaian traditional kaum-kaum di Bosnia & Hezgorvenia.
Gambar-gambar mengenai peperangan juga disimpan di sini.



Terdapat buah replica rumah, masjid dan gereja yang mirip bangunan di Old Town Mostar.



Suasana peperangan.


Disini juga terdapat gerai menjual cenderamata.


Restaurant Misal

Kami agak kelaparan juga setelah melawati masjid dan museum. Apa lagi mengajak semua untuk makan di Restaurant Misal yang terletak bersebelahan dengan masjid. Aku memesan Bosnian Cevapi iaitu kebab daging yang di grill dihidang bersama somun (Roti Pita Bosnian) dan bawang dan mix grilled. Seperti biasa aku akan minum Kopi Bosnia. Harga makanan tersebut adalah 39 KM.



Aku sempat bergambar dengan Osman, pelayan di restaurant tersebut.


Kami berjalan pulang ke Solis Apartment pada pukul 12:00 tengahari. Sebelum sampai ke apartment kami singgah di supermarket KOZUM untuk membeli sedikit barang makanan.

Kami bersalam-salaman dengan Narcis sebelum meneruskan perjalanan kami ke Blagaj yang terletak 20 minit perjalanan daripada apartment kami.

Blagaj Tekija (Tekke)

Kami sampai pada pukul 1:15 petang. Bayaran parking dikenakan sebanyak 2 KM. Terdapat sebuah kawasan parking yang luas 300m belum tempat tersebut tapi aku meneruskan perjalanan sehingga pintu masuk. Masalahnya tiada satu parking pun yang ada, tak kan nak reverse semula dan jalan bukan straight dan luas. Alhamdullilah mujurlah ada Ade dan isterinya, Maidah yang merupakan salah seorang peniaga di situ yang membantu kami meletakkan kenderaan.


Kami berjalan kaki menuju ke kaunter ticket. Bayaran sebanyak 5 KM seorang dikenakan.


Kami dihidangkan dengan pemandangan Sungai Buna yang sungguh cantik. Airnya berwarna kebiruan yang mengalir laju menghasilkan bunyi yang mengasyikan. Kawanan itik-itik berenang bebas di sungai ini menghidupkan lagi lanskap alam ciptaan Allah.


Anda boleh menyaksikan kaligraphy arab  "هو"digantung dipagar.


Anda akan terlihat sebuah rumah berwarna putih tersergam indah ditebing sungai Buna. Anda akan melalui kedai jualan cenderamata dan pintu masuknya terletak di sebelah kanan lepas tandas lelaki.

Blagaj Tekke (Dervish House) telah dibina pada awal kurun ke-15 oleh ahli-ahli Tarikat dengan message “Love creatures for the Sake of Creator’. Dahulunya rumah ini didiami oleh ahli tarikat Kadiri, Rufai, Khalwati dan Nakhshibendi sehinggalah sekarang. Majlis zikir diadakan 3 kali seminggu sepanjang tahun.


Aktiviti tarikat di sini telah diharamkan selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 70an. Sejak tahun 1974 ianya berada dibawah seliaan National Museum B&H
Terdapat kubur Sari-Saltuk dan Acik-pasha Sheikh, ruang solat, bilik tetamu, dapur, hammam dan abdesthabe (washroom).

Terdapat sebuah tangga menuju ke Sungai Buna. Aku ke sana dan mengambil kesempatan untuk berwuduk di sini. Terdapat sebuah gua pada dinding gunung  yang dikatakan terdapat sumber mataair di situ yang menjadi punca kepada Sungai Buna.


Aku mendiri solat zohor dan asar secara jammak di sini. Ruangan solat lelaki agak kecil dan ruangan solat wanita di tingkat atas.


Setelah solat kami bergerak keluar dan singgah untuk membeli sedikit cenderamata di kedai kompleks ini.

Perut mulai rasa lapar, kami singgah di sebuah restaurant berhampiran dengannya iaitu Restoran Mlinica. Lokasinya memang cantik, restoren yang pertama dari Blagaj Tekke. Kami memesan ikan “Blagajska Trout” bakar (14 KM per set) yang agak famous di sini dan nasi kuning (3 KM). Memang tak sah kalau tidak disatukan dengan kopi Bosnian.


Setelah makan kami berjalan kaki menuju ke parking sebelum itu aku mengajak semua untuk bergambar diatas jambatan besi. Setelah bergambar, entah tiba-tiba clip-on spek Fathiha terjatuh ke dalam Sungai Buna dan tinggal ia kekal selama-lamanya di situ. Inalilah… Dia agak frust kerana baru dia pakai tapi aku tenangkan dia. Dah nak buat macam mana tak der rezeki orang kata.

Kami berjalan sehingga ke gerai Ade. Kami membeli sebuah dulang tembaga yang cantik dikedainya. Kami bergambar bersama. Dia menawarkan dirinya untuk membantu aku membawa keluar kereta ku yang berada dilaluan jalan yang sangat sempit. Alhamdullilah.

Pocitelj

Kami bergerak menuju ke destani seterusnya iaitu Pocitelj yang merupakan sebuah museum terbuka di B&H yang terletak di daerah Capljina. Ianya merupakan sebuah bandar berhampiran Sungai Neretva yang dicatatkan di dalam sejarah pada tahun 1444 tapi dipercayai bermula lebih awal dari itu lagi. Ada yang berpendapat ianya bermula pada kurun ke-12.



Pada tahun 1471, kerajaan Uthmaniyah telah berjaya menguasainya.

Ianya terletak sebuah bukit di mana bahagian atasnya terdapat tembok pertahanan. Jalannya bertangga diperbuat dari cobblestone sehingga ke puncak. Terdapat sebuah masjid di sini iaitu Masjid Hajji Alija yang dibina pada tahun 1563 dan ia juga dikenali sebagai Masjid Sisman Ibrahim Parsha kerana beliau telah membaikpulihkan masjid ini pada kurun ke-17.



Rumah Gavrankapetanovic (kurun ke-16/17) pula merupakan rumah yang terbesar dan canggih disini.

Setelah selesai melawat kami menuruni tangga untuk ke café berhampiran dengan parking untuk minum dan ke tandas.


Kravice Waterfall

Kami bergegas menuju ke Kravice Waterfall pada pukul 4:30 petang. Hari agak lewat, hanya aku seorang sahaja yang sudah solat, so aku terpaksa berhenti seketika di masjid berhampiran. Malangnya tidak kami ketemu. Kami membuat keputusan berhenti di mana-mana sahaja untuk solat. So aku parking kereta di satu kawasan parking kereta yang agak luas dan mereka solat di sini beralaskan sejadah yang aku bawa.

Perancangan aku untuk bermalam di Kotor, Montenegro tetapi disebabkan kelewatan tersebut aku menukar plan untuk bermalam di hotel berhampiran Kravice. Aku terus search hotel dalam Booking.com dan terus tempah Apartment Slopovi yang terletak beberapa kilometre dari waterfall tersebut.




Cost:
1.      Fuel – 0.00 KM
2.      Meal – 14.0 KM + 39 KM + 3.30 KM + 62.00 KM + 6 KM = 124.30 KM
3.      Hotel – Euro 50.00
4.      Entrance Fee – 30 KM + 40 KM + 20 KM = 90 KM
5.      Buku/ goodies – 45 KM + 10 KM + 70 KM = 125 KM
6.      Parking – 2.00 KM + 5 KM = 7 KM
7.      Tol – 0.0 KM


DAY 06:
SUNDAY, 23 FEB 2020
KRAVICE – KOTOR, MONTENEGRO – DUBRAVNIK, CROATIA
TOTAL DISTANCE: 330 KM

Semalam apartment yang kami menginap sangat sejuk semalam. Apartment Slopovi mempunyai 2 bilik dan satu ruang tamu masalahnya air-cond ada sebiji jer kat ruang tamu. Isteriku meminta heater dari owner, lalu dibagilah satu heater.

Kravice Waterfall

Kami bergerak lewat sedikit harini iaitu pada pukul 8:30 pagi selepas bersarapan pagi dengan nasi goreng. Kawasan Kravice Waterfall hanya 450m dari penginapan kami. Kami meletakkan kenderaan di kawasan parking yang sangat luas berhampiran kaunter ticket. Bayaran dikenakan sebanyai 10 KM per pax.

Kami berjalan kaki jauh 450m (7 minit) menggunakan tangga menuju ke kawasan air terjun. Aku mengajak semua mengikuti jalan short cut berbatu menuruni bukit. Tiba-tiba jer isteri tergolek disebelahku walaupun sebelah tangannya ku pegang semasa tu. Alhamdullilah tak der apa-apa.

Kami berhenti di satu kawasan permulaan air terjun. Aku mengambil gambar di pokok yang tumbuh di tepi sungai. Airnya jernih dan sangat sejuk.



Semasa kami sampai berhampiran dengan air terjun tiada manusia pun yang ada disitu. Aku rasa kemungkinan semasa winter tidak ada orang yang datang kecuali kami atau kemungkinan juga kami tiba di sana terlalu awal. Terdapat café-café yang kelihatan ditinggalkan. Terdapat bot-bot yang digunakan untuk membawa penumpang ke arah air terjun ditinggalkan di atas darat.




Kotor, Mentenegro

Setelah bergambar-gambar kami meneruskan perjalanan ke negara kedua iaitu Montenegro. Destinasi kami adalah ibukota Montenegro iaitu Kotor. Jarak diantara Kravice Waterfall dan Kotor adalah 180 km (3 jam 30 minit).

Kami melalui lereng-lereng gunung yang terdapat sungai mengalir ditepinya. Terdapat beberapa lokasi yang dikhususkan buat motor camp. Menarik juga kalau ada caravan ni boleh menginap di sini tapi seram juga hanya ada beberapa buah rumah sahaj di sini dan jarak diantara mereka sangat jauh.

Kami terkejut apabila melihat ditepi jalan terdapat signboard “Welcome to Republika Srpska” dan tulisan dia pulak dah serupa tulisan Russia. Ya Allah negara mana pulak masuk ni. Bendera Bosnia yang berwarna Biru, Kuning dan berbintang telah bertukar menjadi bendera tiga warna iaitu merah, biru dan putih. Mengikut pembacaanku, Republika Srpska adalah kawasan yang mempunyai dua entity iaitu Bosnia and Herzegovina dan Federation of Bosnia and Herzegovina. Bandar terbesarnya adalah Banja Luka yang terletak berhampiran sungai Vrbas.

Aku dapat perhatikan terdapat beberapa buah masjid di kawasan ini. Salah satunya Masjid Bajramovica ini.

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke border Bosnia – Montenegro di Deleusa Border Crossing, yang hanya terdapat satu kaunter sahaja. Anda harus menyerahkan passport dan juga dokumen-dokumen kenderaan yang anda bawa terutamanya Green Card dan Agreement Sewa kereta yang akan diberikan oleh syarikat kereta yang anda sewa itu. Tidak ramai orang di sempadan Bosnia dan proses berjalan lancar.

Kami seterusnya menuju ke border di sebelah Montenegro iaitu Vracenovici Border Crossing yang terletak 1 km dari sempadan Bosnia. Lama juga proses disini setelah semua document di check , pegawainya mengarah aku membuka boot kereta untuk memeriksa bag aku. Setelah passport di cop, kami pun bergerak menuju ke Kotor. Nak dijadikan cerita, kami semua melihat chop pada passport masing-masing. Ya Allah, yang Fairuz punya, pegawai itu terlupa untuk chop. Kami terpaksa berpatah balik dalam 30km untuk mendapat chop tersebut. Alhamdullilah dia perasan. Semasa di pegawai Immigration Croatia tadi aku menjelaskan kepadanya apa yang berlaku. Tanpa bercakap banyak, beliau terus chop. Alhamdullilah. Lesson learnt, jangan ambil mudah, pastikan passport anda telah chop sebelum bergerak meninggalkan border.

Pemandangan di Kotor sungguh cantik dimana gabungan antara gunung yang tinggi, rumah kakinya dan laut ditepinya. Subhanallah!. Tidak Kotor seperti namanya.



Perjalanan diteruskan menuju ke Kotor. Kami sampai disana pada pukul 2:30 petang di Old Town, Kotor. Harini weekend dan terdapat acara persembahan di sini. Ramai yang membanjiri kawasan ini. Ramai yang memakai kostum anjing jenis Dalmatian, putih dan bertompok-tompok hitam.


Aku membeli cenderamata mata di sini. Kemudian kami melihat perarakan berkostum di sini.

Kami kembali ke parking untuk menunaikan solat zohor asar berhampiran pantai. Terlebih dahulu kami berwuduk di old town.

Selesai solat jalan sedang lagi ditutup so kami round-round tepian pantai. Terdapat 2 ekor itik berenang di sana, apa lagi kami memberi itik roti yang kami bawa. Tiba-tiba burung cemara laut datang berkumpulan so kami keluarkan roti-roti yang keras tidak kami makan untuk menjamu burung-burung tersebut. Gembira kami lihat gelagak-gelagak burung yang berebut-berebut roti yang kami campakan.

Kami meneruskan perjalanan ke Border Montenegro – Croatia.  Jaraknya adalah 91 km (1 jam 30 minit). Terdapat construction jalan sebelum sampai ke Border.


Sempadan sebelah Montegero adalah Debeli Brijeg Border Crossing. Proses berjalan lancar dan lebih systematic berbanding border Bosnia-Montenegro tetapi yang aneh ada kaunternya berada disebelah kanan. Dimana agak susah bagi pemandu yang memandu sebelah kiri. Aku beratur di kaunter sebelah kiri.

Kami meneruskan perjalanan 2km menuju ke Karasovici Border Crossing (Croatia) yang ini lagi teratur dan terbaik. Sekejap jer semua settle.

Kami bergerak ke menuju ke Dubrovnik yang terletak 40km dari Border.

Kami bergerak menuju ke old town untuk makan di Restoren Taj Mahal yang sangat mahal.







Semasa masa makan aku book apartment di booking.com dan akhirnya dapat Apartment Sandra yang terletak dilereng bukit menghadap ke laut. Memang best. Sebelum tidur, aku sempat membasuh baju kerana banyak baju yang telah kotor harus di cuci. Aku tidur agak lewat.

Cost:
1.      Fuel – 23 euro
2.      Meal 17.0 KM + 6.0 euro + 6.6 euro +756 kuna
3.      Hotel – Euro 52.50
4.      Entrance Fee –40 KM
5.      Buku/ goodies – 12.5 euro
6.      Parking – 2.00 euro + 20 kuna
7.      Tol – 0.0 KM


DAY 07:
MONDAY, 24 FEB 2020
DUBROVNIK - ZADAR, CROATIA
TOTAL DISTANCE: 365 KM

Dubrovnik Old Town

Harini aku bangun lewat dan menyambung kembali travelog ku ini disebelah pagi. Setelah bersarapan dan mengemaskan barang-barang kami keluar menuju ke Dubrovnik Old Town pada pukul 12:00 tengahari.






Kami parking kereta dan terus menaiki tangga menuju ke Cable Car yang terletak berhampiran parking. Malangnya perkhidmatan cable car ditutup buat sementara waktu. Semasa kami bergambar disini, kami telah didatangi oleh pemandu taxi yang menawarkan perkhidmatan untuk membawa kami ke kemuncak gunung di Dubrovnik. Kami menolak tawaran itu kerana kami ingin ke Old Town dahulu.


Kami seterusnya turun yang menuju ke sana. Old town telah dijadikan lokasi pengambaran siri Games of Thrones yang agak famous. Kota yang mengelilingi old town kelihatan kukuh dan gah berdiri mengadap laut Adriatic. Ianya merupakan salah satu bangunan yang telah dinobatkan sebagai UNESCO Heritage. Ianya dibina dalam kurun ke-11 sehingga 17. 




Anda harus menuruni tangga setinggi 5-6 tingkat bangunan untuk sampai ke basement. Cukup memenatkan. Kami meronda-ronda disekitar kedai-kedai dan restaurant di sini. Kami singgah sebentar di kedai jualan cenderamata untuk membeli sedikit oleh-oleh untuk bawa pulang.






Kami seterusnya ke Memorial Room of Dubrovnik Defenders yang mempamerkan photo-photos pejuang-pejuang yang mempertahankan Dubrovnik pada tahun 1992 yang diserang teruk oleh Serbia, Montenegro dan Tentera-tentera Yugoslovia. Dalam peperangan ini 200 orang Dubrovnik Defender telah terbunuh dan lebih dari 100 orang awam terbunuh.


Kami ke café berhampiran untuk berehat seketika sambil memerhatikan gelagak-gelagak penduduk tempatan di sini ditambah pula terdapat majlis graduasi sekolah kanak-kanak diadakan disini.

Setelah itu kami berjalan kaki menuju ke kawasan kapal-kapal yang dipanggil “Porat” menaiki glass boat mengelilingi Dubrovnik. Bayaran dikenakan sebanyak 10 Euro per person untuk pelayaran selama 50 minit. Kami menaiki boat bersama 4 orang penumpang yang lain. Sungguh menarik dapat melihat kota Dubrovnik dari arah laut.


Zadar

Kami memulakan perjalanan ke Zadar pada pukul 3:30 petang. Kami terlebih dahulu berhenti di station minyak untuk mengisi penuh minyak dan membeli serba sedikit barang makanan. Hari sudah lewat petang, kami masih lagi belum menunai solat asar dan zohor, lalu aku memberhentikan kenderaan di kawasan autocamp yang terdapat dipertengahan jalan. Agak selesa. Terdapat sebuah caravan berada di situ. Kami solat di sebuah pondok di situ. Memang selesa. Alhamdullilah.






Perjalanan diteruskan melalui lereng-lereng gunung yang jurang dalam ke laut menghadiahkan satu pemandangan yang cukup indah. Kami juga melewati kawasan kincir angin.


Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai Zaton Doli Border Crossing (Bosnia). Kami hanya menyerahkan passport lalu di scan oleh pegawai immigration tersebut. Passport anda tidak dicop. Untuk pengetahuan, Croatia terbelah dua antara bahagian utara dan bahagian selatan oleh Bosnia & Hezgorvania di kawasan bernama Neum. Jadi harus melalui sekatan immigration dan kastam ke Croatia Utara. Aku berhenti berhenti di Pasaraya Konzum di Pekan Neum (dalam Bosnia) untuk membeli telur dan barangan makanan yang lain untuk dijadikan sarapan esok. Kami minum kopi di café bersebelah Pasaraya Konzum sambil ke toilet di sini.


Kami meneruskan perjalanan sehingga Klek Border Crossing (Croatia). Urusan sangat cepat kerana document kenderaan tidak diperlukan, mereka hanya scan passport dan passport cop anda tidak dicop. Jarak perjalanan dari Zaton Doli Border Crossing (Bosnia) ke Klek Border Crossing (Croatia) adalah sejauh 10 km.
Kami seterusnya menggunakan Highway E65 dari Karamatici untuk sampai ke Zadar. Highwaynya bertol. Jalannya sangat baik dan terdapat lampu disesetengah tempat. Highwaynya mirip seperti Highway KL-JB tapi jarang sekali berselisih dengan kenderaan lain, memang sepi. Speed limit highway ini adalah 130 km/jam. Terdapat banyak R&R di sepanjang jalan. Aku berehat seketika di salah sebuah R&R di sini.

Perjalanan diteruskan 40-50 km sebelum Zadar, jalan sangat berkabus (Suhu 5-9 Degree C) mengurangkan jarak penglihatanku. Aku memperlahankan kenderaan. Kami sampai di Zadar pada pukul 10:00 malam. Bayaran tol dikenakan sebanyak 106 Kuna Aku berhenti seketika di sebuah station minyak untuk mengisi minyak dan menempah bilik menerusi booking.com. Aku menempah sebuah apartment 2 bilik (Apartment Haja).

Kami sampai di bilik pada pukul 10:30 malam. Memang penat harini kerana drive pada waktu malam tapi aku bersyukur kerana jalan yang kami ambil highway terus.

Cost:
1.      Hotel – 50 Euro
2.      Fuel – 139 kuna +195.60 kuna
3.      Meal 119 kuna + 185.80 kuna + 37.33 KM + 6.0 Euro
4.      Entrance Fee – 40 Euro
5.      Buku/ goodies – 259 kuna
6.      Parking – 20 kuna
7.      Tol – 106.0 kuna


DAY 08:
TUESDAY, 25 FEB 2020
ZADAR, CROATIA - BIHAC, BOSNIA
TOTAL DISTANCE: 183 KM

Harini ini kami terpaksa bangun dengan lebih awal, rumah yang kami menginap harus check out sebelum pukul 10:00 pagi. Isteriku negociate dengan owner untuk check out pada 10:30 pagi. Isteriku dari pagi siapkan breakfast kami dengan menu, nasi goreng telor mata. Memang sedap. Kami terus ke old town area di Zadar.



Kami parking kereta di area Liburnska Obala di sini terdapat letaknya Luka Port dimana anda boleh perhatikan banyak ferry-ferry, boat-boat dan kapal layar di sini. Terdapat sebuah jambatan untuk pejalan kaki iaitu Most Bridge dan terdapat perkhidmatan sampan untuk short cut.


Aku membayar parking di machine pembayaran, harga parking 6 kuna/jam aku membayarnya untuk sejam. Kami berjalan menuju ke Organ Sea sampai menghirup udara pagi yang sungguh nyaman di sini. Suhu pada masa tu dalam 10 degree C. 





Kami ke bulatan biru dimana terdapat lampu biru dengan panel solar dipasang pada laluan di sini. Pada waktu malam ia mengeluarkan cahaya.



Kami mengeluarkan roti yang kami bawa untuk menjamu burung seagulf di sini. Memang enjoy melihat gelagak burung-burung yang saling berebut untuk mendapatkan makanan.


Kami berhenti di sebuah café iaitu café Bar Brazil untuk minum-minum. Kami memesan hot chocolate dan coffee latte. Kami mengambil masa untuk berbual-bual dan get together gather.



Kami menyambung perjalanan menuju ke jalan Sun’s Path. Pada permulaannya kami dapat perhatikan monument-monument runtuhan bangunan di Old Town Square dan terdapat sebuah geraja bersebelahnanya, St Donatus.



Archaeological Museum


Kami memasuki sebuah Archaeological Museum yang terletak berhampiran gereja tersebut. 3 tingkat bangunan museum ini menyimpan pelbagai bahan-bahan sejarah. Museum ini telah ditubuhkan semenjak tahun 1832. Zadar telah menjadi tempat yang utama semasa pemerintahan Byzantine sekitar tahun 867. Ia telah menjadi pusat  Perintahan Byzantine untuk kawasan Dalmatian (Terletak di utara pada Kotor sehingga Zadar). 








Setelah selesai kunjungan kami ke museum, kami menuju ke kedai-kedai yang menjual cenderamata untuk membeli sedikit oleh-oleh.




Kami telah terlewat 2 jam untuk bayaran parking kami disaman untuk membayar sebanyak 48 Kuna (harga seharian).

Kami meneruskan perjalanan ke Bihac melalui Highway E71 dari Zadar Zapad ke Gornja Ploca. Perjalanan sungguh lancar dan highwaynya memang terbaik.
 

Semasa keluar highway, kami terpandang signboard Plitvice Lakes National Park yang juga dalam laluan yang sama ke Bihac. Kami tercari-cari laluan menuju ke waterfall tersebut malangnya tidak ketemu. Mengikut google map ianya terletak 9 km dari simpan menuju ke Bihac. Kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Bihac kerana hari sudah lewat kami belum lagi solat.

Kami sampai di Border Izacic pada pukul 4:15 petang. Urusan berjalan pantas. Anda harus ingat bahawa post immigration Croatia dan Bosnia hanya bersebelahan 1m jarak. Aku hampir terlepas, mujur pegawai Immigration Bosnia menjerit ke arah kami supaya berhenti. Mujur tak dimarahnya.

Kami meneruskan perjalanan, tiba-tiba aku terlihat sebuah masjid di kiri jalan yang berada di atas bukit, lalu aku u-turn dan menuju ke sana untuk solat. Masjidnya nampat terjaga dan mempunyai parking yang luas. Terdapat sebuah lagi masjid berhampirannya. Masjid Jamek Izacic berkunci dan tiada air untuk berwuduk. Kami membawa keluar air mineral yang dibawa untuk berwuduk dan kami solat di ruangan luarnya.



Terdapat senarai nama kaum islam bosnia yang syahid dalam peperangan 1992-1995 di abadikan berhampiran telah berwuduk.


Kami bergambar seketika di kawasan sekitar masjid betul-betul di atas bukit.



 

Kami meneruskan perjalanan menuju ke apartment yang telah aku booked di masjid tadi, Apartment M.Mahara. Sebelum sampai ke sana, kami ternampak pasaran Robot yang besar berada di kiri jalan, lalu kami berhenti untuk membeli beras, telur, pisang dan maggi kerana stock makanan sudah habis.



Sebelum ke Apartment aku mengajak semua untuk makan di Restaurant Sofra yang menjual makanan halal yang aku dapatkan dari carian di google. Ia menyajikan makanan traditional Bosnia. Makanannya tidak sedap dan juga pelayannya tidak friendly dan kurang sopan dalam melayan pelanggan. Aku agak kecewa kerana untuk tempat cozy seperti ini ianya tidak sepatutnya berlaku. Restaurant ini aku tak syorkan.




Kami meneruskan perjalanan ke Apartment. Kami bertemu dengan ownernya, Daniel, beliau menunjukan kami apartment. Malang sekali bilik yang diletakan dalam booking.con sangat beza dari yang sebenar. Biliknya kotor, potong rokok terbiar, cadar tidak dipasang dan lampu dalam main bedroom tak menyala. Pendek kata memang tidak sesuai untuk kami menginap.

Aku mintak maaf dengan Daniel kerana kerana kami tidak jadi untuk menginap di situ. Beliau memahami masalah kami. Lalu aku mencari bilik yang lain di sekitar dan akhirnya kami booking Apartment Villa Tara. Woow biliknya memang superb. Lokasinya betul-betul terletak ditebing Sungai Una. Biliknya terbaik. Alhamdullilah, tidak sabar rasanya hendak menunggu siang untuk melihat pemandangan air terjun dibelakang bilik.




Cost:
1.      Hotel – 48 Euro
2.      Fuel – 0
3.      Meal 11 Euro + 69.64 KM + 41.50 KM
4.      Entrance Fee – 20 Euro
5.      Buku/ goodies – 170 kuna +100 kuna +
6.      Parking – 12 kuna + 53 kuna
7.      Tol – 24 kuna

DAY 09:
WEDNESDAY, 26 FEB 2020
BIHAC - JAJCE
TOTAL DISTANCE: 243 KM

Harini kami agak santai kerana kami ingin menikmati keindahan apartment yang menginap yang sungguh indah dengan lanskap alam semulajadi yang memukaukan. Isteriku bercadang ingin membeli apartment tu, hahaha. Kami mengambil gambar sebanyak mungkin, inilah apartment yang terindah pernah kami diami seumur hidup.





Kami bersarapan pagi dengan telur mata dan indo-mee yang kami beli semalam di pasaraya Robot sambil mendengar muzik alam yang sungguh merdu.



Setelah bersarapan pagi, kami berjalan kaki ke jambatan kayu yang terletak berhampiran apartment. Anda boleh berjalan kaki sehingga pertengahan sungai Una. Awas, ada di antara papannya reput.





Setelah bersiap-siap, kami menuju ke Old Town Bihac, disini terdapat beberapa bangunan lama antaranya adalah:


Makam Lama (Turbe / Mausoleum)

Ianya dibina bagi memperingati tentera-tentera Bosnia yang terkorban dalam memerangi tentera Austro-Hungarian. Tarikh sebenar pembinaannya tidak diketahui. Ianya berbentuk octagonal dengan panjang sisi 2.6m dan 7m tinggi.



Konak

Ianya merupakan sebuah inn/ hostel semasa pemerintahan Kerajaan Uthamaniyah. Ianya dibina pada tahun 1860. Semasa pemerintahan Austro-Hungarian (1889-1908) ianya digunakan sebagai rumah pegawai tertinggi di Bihac. Bangunan ini hancur dibom semasa pemerahan dunia II (1946-1948). Yang tinggal kini hanyalah kesan runtuhannya.



Captain Tower

Merupaka sebuah menara tertua di Bihac. Tarikh ianya dibina tidak diketahui dengan jelas. Setelah kerajaan Austro-Hungarian menguasai, ianya telah ditukarkan kepada penjara. Kemudiaan ditukarkan menjadi sebuah museum pada tahun 1970.



Masjid Fathija


Masjid ini sebelum adalah sebuah gereja iaitu St. Antoine Church yang dibina pada kurun ke-14. Pada tahun 1592, tentera-tentera Uthamaniyah dibawahh kepimpinan Hassa Pasha berjaya menawannya. Beliau telah menukarkan gereja ini kepada  kepada sebuah masjid. Masjid ini diberi nama (Arab) Fathija (fathiha) bermaksud pembukaan.




Kami ke sebuah café bersebelahan dengan masjid untuk minum-minum sambil menunggu solat Zohor di Masjid tersebut. 


Aku mengambil peluang untuk bersolat di sini. Alhamdullilah ramai juga yang hadir untuk solat berjemaah dalam 4-5 saf. Bahagian lantainya di letak kayu dan carpet untuk mengurangkan kesejukan. Terdapat ruangan solat untuk wanita dibahagian atas dengan menggunakan pintu masuk sama dengan Jemaah lelaki.




Masjid Ostrozac

Seterusnya kami menuju ke Ostrozac untuk melihat istana dan kota lama di sana. Jarak Ostrozac dengan pusat Bandar Bihac hanya 17 km tetapi 5km terakhir sebelum sampai jalannya bersimpang siung. Aku ternampak satu contengan batu “Ostrozac Grandprix” memang benar macam grandprix sungguh. Ngeri dibuatnya. Kami berhenti seketika di Masjid Ostrozac kerana yang lain belum lagi bersolat. Seperti biasa masjid dikunci dan tiada bekalan air untuk berwuduk. Kami menggunakan air yang dibawa untuk berwuduk. Kami bersolat di bahagian luar masjid berhampiran pintu masuk.





Terdapat kawasan perkuburan di sini dan terjuga senarai nama para syahid diabadi atas batu.


Setelah selesai solat kami menuju ke Ostrozac yang berada disebelah bawah.

Ostrozac Castle

Semasa kami sampai sungguh sunyi. Bayaran masuk yang tercatat dipintu masuk adalah 2KM, malangnya tiada penjaga kota tersebut situ. Jadi kami terus masuk dan memulakan peninjauan kami di kawasan ini.







Ianya terletak disebuah bukit dengan tebingnya yanga agak curam. Disini terdapat 2 bahagian utama iaitu kawasan dalam kota dan sebuah istana dibahagian hujungnya. Kawasan dalam kota terdapat dinding pertahanan yang tinggi lagi kukuh dan terdapat sebuah perigi berhampiran pintu masuk. Anda dapat perhatikan beberapa buah arca yang terdapat di sini adalah sumbangan dari pengukir-pengukir tempatan dan juga luar.


Alhamdullilah terdapat sebuah tandas (mobile) di sini

Seterusnya kami memasuki istana lama. Ianya tidak dijaga (preserve) dengan betul mungkin disebabkan kekurangan dana. Istana ini mempunyai dua tingkat di bahagian bawah terdapat bilik-bilik kecil dalam 10-12 buah, sebuah dewan yang besar dengan bakoni, sebuah surau/masjid di bahagian belakang, dapur dan sebuah bilik utama yang mempunyai tangga rahsia yang boleh naik ke atas.




Aku kagum dengan system audio di dalam masjidnya. Pantulan suara dan echo menyebabkan anda mendengar jelas suara anda sendiri. Aku mengambil peluang untuk azan di sini. 

Aku bergerak ke ruang dewan dan mengambil gambar di sini. Tiba-tiba aku terlihat kelibat manusia berpakaian putih dijendela masjid tersebut. Masyallah. Aku mengabaikan semua dan meneruskan tinjauan kami di situ. Keluar saja dari Istana barulah aku cerita pada mereka, terus diorang ajak pulang.

Kami menuju ke parking dan meneruskan perjalanan kami. Semasa berpatah pulang ke Bihac, kami ternampak sebuah restaurant iaitu Restaurant Kostelski buk ditepi Sungai Una yang mempunyai lanskap yang sungguh. Kami berhenti seketika dan bergambar di sini.





Slapovi Waterfall, Una National Park, Bihac

Kami seterusnya menuju ke Una National Park yang terletak 46 km dari Bihac. Suasana sungguh redup dan yang aneh hanya kami sahaja yang berada diatas jalan. Kawasannya sungguh sunyi. Kami melewati beberapa buah penempatan yang ditinggalkan dengan runtuhan pada atas dan dinding. Aku rasa ini adalah rumah-rumah yang ditinggal semasa perang ataupun pemilik-pemiliknya sudah syahid.

Kami juga melalui desa-desa dimana mereka menanam jagung ditepian sungai Una yang mengalir deras ditepinya. Kambing biri-biri juga diternak di sini. Kami juga melewati kawasan jalan tidak berturap berkilo-kilometer. Isteriku dah mulai bimbang.


Akhirnya kami sampai ke National Park pada pukul 5:00 petang. Setibanya kami di pintu masuk water fall, post kaunter ticket sudah tiada orang. Kami berjalan kami menuju ke Air Terjun Bertingkat (Slopovi) sejauh 300m.








SubhanAllah sungguh cantik cipta tuhan.

Terdapat laluan kayu sehingga kebahagian tengah waterfall tersebut. Titisan-titisan wap air menyentuh pipi-pipi kami dan menyebabkan kaca mataku berkabus. Kami bergambar di sini.

Jajce

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan kami di Jajce yang terletak 190 km dari taman negara tersebut. Langit sudah menghitam dan hujan mulai turun. Kami melewati kawasan pergunungan yang mempunyai tebing-tebing berbatu yang longgar. Kami dapat perhatikan batu-batu bertaburan di atas jalan. Aku cukup risau apabila memandang batu-batu besar yang berada diatas kami. Tiada manusia yang kami temui di sini dan tiada kenderaan yang lintasi kawasan ini. Tiba-tiba kami terlihat seorang lelaki menolak basikal MTB menaiki gunung disini. “Kerja gila apa dia buat ni?” aku mengomel..


Aku ingat hujan rupa-rupanya salji turun dengan lebatnya dengan kami menaiki dan menuruni gunung pada waktu malam yang gelap dan tiada manusia! Apalah kerja gila yang aku buat ni. Aku menguatkan semangat melepasi semua ini. Terdapat beberapa buah bulldozer penolak salji berselisih dengan kami. Jalan yang kami lalui tadi pasti sudah ditenggelami salji. Aku membawa kereta dengan perlahan (30-60 km/jam) dan berhati-hati. Line tengah memang tak Nampak, aku hanya menggunakan tiang-tiang yang dipacak ditepi jalan yang menunjukan hujung dalam. Sebelah tepi itu adalah gaung yang dalam. Sungguh penat.

Akhirnya kami sampai dikawasan sebuah pekan. Kami berhenti seketika di sebuah station minyak untuk ke toilet dan minum kopi untuk menghangatkan badan kami.

Kami meneruskan perjalanan dan kami sampai di Jajce pada pukul 8:40 malam.

Aku mendapatkan sebuah apartment di hadapan tasik Pilvina Jezera melalui booking.com.

Kami berjalan kaki ubtuk makan malam di sebuah motel berhampiran apartment. Menu seafood yang jadi pilihan kami sotong goreng, sotong bakar dan ikan trout bakar. Alhamdullilah kenyang. Apabila pulang, aku mengajak untuk melalui jalan shortcut. Malangnya terdapat pagar, tiba-tiba datang seekor anjing menepa kearah kami. Kami jadi panic , aku dan fathiha memberanikan diri menyergah balik anjing tu. Mujurlah di lari ketakutan, isteriku dah start sakit dada.
Kami pulang ke apartment sambil bermain salji.

Cost:
1.      Hotel – 45 Euro
2.      Fuel – 34 KM
3.      Meal 9 KM + 72KM +6.45 KM +
4.      Entrance Fee – 0
5.      Buku/ goodies – 170 kuna +100 kuna + 10 KM + 11 KM
6.      Parking – 3KM
7.      Tol – 0


DAY 10:
THURSDAY, 27 FEB 2020
JAJCE - SARAJEVO
TOTAL DISTANCE: 243 KM
Spelling “J” = “i” for Jajce

SubhanAllah, pemandangan tasik, gunung dan rumah sungguh mengkagumkan ku. Sungguh cantik ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Semuanya putih seumpama cerita “Nernia”. Kami menghabiskan sedikit masa menikmati pemandangan sungguh indah. Terasa sayang untuk dillepaskan. Untuk pengetahuan anda kami menginap betul-betul dihadapan Tasik Pilvina Jezera.







Kami bersarapan pagi sambil melihat pemandangan di luar. Apabila matahari naik segalah, salji-salji di pokok mulai jatuh dan menampakkan warna asalnya.

Jajce Watermill / Mlincici.

Kami seterusnya menuju ke watermill yang terletak 900m dari penginapan kami. Terdapat beberapa buah rumah kecil yang terletak di sini. Air yang ditakung di sebelah kanan dialirkan kepada 3 saliran dan dipecahkan kepada beberapa aliran dimana setiap rumah diletakkan pada aliran tersebut.





Pemandangan sungguh menarik.

 

Kami bergambar di sini.



Masjid Esma Sultana

Kami seterusnya menuju ke pusat Bandar Jajce yang terletak 5 km dari Watermill dengan melalui kawasan lereng bukit. Kami kami kereta berhampiran rumah & fountain air sembahyang (ceritakan sikit). Bayaran parking dikenakan sebanyak 1.5 KM per jam dan aku bayar untuk 2 jam. Kami bergerak ke masjid tersebut, terdapat batu peringatan dihadapan masjid yang menyatakan seramai 382 orang telah syahid dalam mempertahankan tanahair mereka. Al-fathiha. Kesemua nama-nama mereka diabadikan di sini.


 

Museum
Kami berjalan menaiki simpang ke kiri (dari masjid) untuk naik ke kawasan kubu (fortress). Kami terlihat sebuah museum di sini. Kami memasukinya, bayaran dikenakan sebanyak 2KM per person.
 

Museum dua itingkat ini mempunyai 3 seksyen (2 di bawah dan 1 di atas). Seksyen pertama mempamerkan alat-alat dan barang-barang tenunan, barang keagamaan dan pameran hiasan dalaman rumah Bosnian. 




Apa yang menarik perhatianku adalah sepucuk surat yang diframe dan digantungkan di situ. Surat ini ditulis oleh Sultan Mehmed Fatih, beliau mengarah kepada tentera-tentera Islam jangan di apa-apakan orang yang berada di gereja, jangan diapa-apakan orang dan harta benda mereka.


Seksyen Kedua mempamerkan alat-alat penyiaran seperti radio dan sebagainya. Tingkat atas pula (Seksyen ke-3)  mempamerkan batu-batuan.



Kami seterusnya menuju ke atas bukit, yang merupakan sebuah kota pertahanan lama di Jajce. Di sini anda boleh perhatikan Tvrdava (The Fortress), Masjid Perempuan (Zenska dzmija), Menara Jam (Sahat Kula), Bear Tower, Gereja dan lain-lain lagi.

St Mary's Church



Bear Tower

Masjid Perempuan (Zenska dzmija)




Tvrdava (The Fortress)


Setelah penat meroda di atas bukit ini, kami turun dan menaiki kereta ke waterfall yang terletak di kaki bukit. Air terjun ini dikenali sebagai Pliva Waterfall.



Travnik

Kami meneruskan perjalanan ke travnik pada pukul 2 petang. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang satu jam. Kami melalui kawasan pergunungan. Anda boleh perhatikan ditepi-tepi jalan penduduk tempatan menjual sesuatu di dalam guni berwarna merah (guni bawang). Aku ingatkan bawang ataupun ubi kentang. Anda tahu apa??. Rupa-rupanya kayu api yang dipotong kecil-kecil dimasukan kedalam guni. Anda pasti pernah melihat cerita mat saleh yang menggunakan kayu api untuk fireplace.

Sungguh indah pemandangan bersalji sini. Terdapat pokok-pokok krismas (Pokok Pine) dilereng-lereng gunung yang daun-daunnya diseliputi salji. SubhanAllah.

Kami sampai di Travnik pada pukul 3.00 petang. 

Travnik merupakan Bandar di Daerah Central Bosnia. Dahulu Bandar ini adalah pusat pentadbiran ketika di bawah pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1699 sehingga  1850. Travnik juga dulu dikenali sebagai Istanbul of Europe kerana mempunyai sejarah yang sangat menarik di sini. Kesan sejarah bermula kerajaan Uthmaniyyah masih banyak boleh dilihat disini. Bumi Travnik ini dikelilingi oleh sungai-sungai yang mengalir yang menghubungkan Bosna River daripada timur dan Vrbas River daripada barat. Antara tempat-tempat menarik ialah Plava Voda (Blue Water) air mata yang paling besar yang boleh menghasilkan kira-kira 350 meter panjang di Sungai Eponim.

Old Town Travnik

Kami parking kereta di tempat letak kereta peribadi yang dijadikan parking (2KM). Kami berjalan 100m menuju ke Fortress. Isteriku mulai sesak nafas kerana suasana sangat sejuk masa tu. Aku membuat keputusan untuk berhenti seketika disebuah restaurant berhampiran jambatan untuk minum-minum untuk memanaskan badan.



Aku memesan pasta, French fried dan minuman.

Isteriku memanaskan badan


Kami bergambar dengan pelayan restaurant.

Kami berjalan kaki melintasi jambatan menuju ke Fortress sayangnya ianya sudah ditutup kerana lewat. Dari situ kami dapat melihat keseluruhan Bandar Travnik, sungguh cantik. Kami bergambar di sini.




Masjid Sulaiman- Pasha (Sulejmanija)

Kami seterusnya bergegas ke masjid untuk solat. Aku memilih masjid lama yang agak terkenal di sini. Masjid Sulaiman atau juga dikenali sebagai  Sulejmanija merupakan masjid yang paling berwarna-warni (colourful). Ianya mula-mula dibina (bangunan) pada tahun 1757 dan pernah terbakar pada tahun 1815 dan 3 tingkat bangunan yang kita lihat sekarang telah dibina oleh Suleman Pasha pada tahun 1816. Masjid ini mengalami kerosakan teruk semasa perang dunia ke-2.

Bahagian dalam masjid






Aku mengambil kesempatan untuk melihat pemandangan sekitar masjid; terdapat beberapa buah kedai dibahagian ground floor. 

Bahagian luar masjid




Aku terlihat fridge magnet yang sungguh cantik dibuat pada kepingan kayu yang dibuat sendiri (home-made). Semasa aku sedang usa-usa itu ownernya, Hanan (Gaya macam ustaz Azhar Idrus). Menceritakan mengenai hasil kerjanya dan kisah-kisah di Travnik ni.


Aku membeli cenderamata ke kedainya

Kami bergambar.


Plava Voda

Plava Voda (Blue Water) mata air yang paling besar yang boleh menghasilkan kira-kira 350 meter panjang di Sungai Eponim. Mata air ini keluar dari Gunung Vlasic, betul-betul di bawah Istana Travnik. Ia merupakan sumber air minuman bagi penduduk di Travnik ini. Terdapat kedai-kedai di sepanjang sungai ini.







Sarajevo

Kami meninggalkan Travnik ketika azan maghrib dilaungkan. Aku mengisi minyak (46 KM). Kami menaiki highway dari Lasva ke Sarajevo. Bayaran tol dikenakan sebanyak 5.5 KM. Perjalanan lancar sehingga Sarajevo. Kami dapat perhatikan salji memutih dikiri dan kanan jalan. Kami sampai pada pukul 7:30 malam. Plan originalnya kami ingin menginap di Bjelasnica untuk bermain salji pada esok hari tetapi isteriku bimbang untuk menaiki kawasan pergunungan pada waktu malam ditambah pula  salji turun dengan lebatnya dari pagi tadi. Jadi kami menukar plan, lalu aku mencari apartment di Old Town Sarajevo (Bascarsija).

Aku berjaya mendapatkan sebuah apartment iaitu Lofty Apartment dengan harga 53 Euro/night. Aku menghubungi ownernya, Rialda untuk membawa kami ke apartment beliau. Beliau juga telah menunjukkan kami tempat letak kereta yang hampiran untuk kami parking kereta di situ. Rialda memberikan pinjam kami pass parking beliau dan kami hanya membayar kepadanya 10 Euro yang jauh lebih murah (Normal price – 2 KM/jam ~ 48 KM/day = 24 Euro/day). Kami tidak mengangkat lagi bag-bag dari kereta kerana kepenatan.

Rialda membawa kami ke unit apartmentnya. Ianya memang cantik, kemas dan barang-barang di dalamnya lengkap  tetapi masalahnya ia terletak di tingkat 3 sebuah bangunan yang mana kami terpaksa menaiki tangga untuk sampai keatas. Bukan saja kami tercunggap malahan dia juga semput.





Setelah Rialda beredar, kami turun untuk makan malam di restaurant favourite kami di sini iaitu Restaurant Chipas. Makanan di sini sedap dan murah, semua pilihan makanannya berharga 4.5 KM, memang berbaloi. Saya recommendkan anda untuk datang dan makan di sini.



Setelah makan kami ke parking untuk membawa naik bag-bag. Memang penat membawa beg yang beratnya hampir 20 kg sebuah.
Kami tidur dengan nyenyak sekali.

Cost:
1.      Hotel – 53 Euro
2.      Fuel – 46 km
3.      Meal 18 KM + 18 KM
4.      Entrance Fee – 8 KM
5.      Buku/ goodies – 20 KM + 10.5 KM + 18 KM + 30 KM
6.      Parking – 3 KM + 2 KM + 10 Euro
7.      Tol – 5.5 km


DAY 11:
FRIDAY, 28 FEB 2020
SARAJEVO - KUWAIT
TOTAL DISTANCE: 55 KM

Setelah bersarapan pagi kami bergerak menuju ke Bjelasnica yang terletak 40 km dari Old City pada pukul 8:30 pagi. Kami meletakan kunci pintu, pass parking dan pass apartment di dalam safebox di luar pintu masuk apartment.

Salji turun dengan lebatnya semasa kami meninggalkan apartment. 



Kami sampai di Bjelasnica pada pukul 10:15 pagi. Kawasan sekitarnya diliputi salji yang tebal. Alhamdullilah, salji di atas jalanraya telah dibersihkan oleh jentolak yang sibuk berkerja dari tadi.


Parking di bawah kaki bukit masih lagi ditutup jadi kami parking kereta ditepi jalan utama. Aku mengeluarkan snow slider yang aku letakkan di dalam carrier atas. Kami tercari-cari jalan untuk ke bawah, akhirnya setelah bertanya dengan beberapa orang yang bermain ice skating, mereka menunjukkan kami jalannya. Isteri mulai rasa sesak nafas kerana kesejukan yang amat sangat. Aku menyuruh beliau menaiki slider dan aku menariknya dari parking sehingga jalan sampai ke bawah. Alhamdullilah settle masalah.

Kami seterusnya ke café untuk memanaskan badan dan aku memesan 3 cawan hot chocolate. Aku dan Fathiha menuju ke kawasan berbukit  yang tidak jauh dari café tersebut. Kami  main-main dengan slider turun naik – turun naik bukit sehingga kepenatan. 

Setelah itu kami ke café mengajak Isteriku dan Fairuz bermain dengan slider. Memang menyeronokkan. 

Kami bergerak keluar dari situ pada pukul 11:30 pagi. Aku menyuruh isteri menunggu di situ lalu aku berjalan kaki menuju ke tempat letak kereta. 

Fathiha berjalan melalui jalan short cut mengekori ku. Setelah semua naik kereta kami mengikuti jalan agak berbukit dan permukaan jalannya sangat licin. Apabila kami sampai separuh jalan, kereta kami tidak boleh bergerak dan mulai berputar kiri jalan yang terdapat gaung yang dalam. Fathiha menyuruhku menyala hazard light. Kami berada dalam keadaan yang mendebarkan, Alhamdullilah mujur terdapat sebuah jentera jengkaut membawa pasir lalu ditaburkan  di atas jalan yang licin tersebut. Pekerjanya menyuruhku menekan lagi pedal minyak supaya kereta ku bergerak. Alhamdullilah kami berjaya menaiki bukit tersebut.

Kami meneruskan perjalanan ke Sarajevo Airport yang terletak 20 minit situ. Kami sampai disana pada pukul 12:15 tengahari. Kami mengemaskan kembali bag-bag kami.


Semalam aku telah menghubungi Zenar, owner kereta sewa ku untuk berjumpa di airport pada pukul 1:00 petang. Aku menyerahkan kunci kereta beliau. Alhamdullilah semua settle.


Salji turun dengan lebat semasa itu. Aku singgah di sebuah gerai/ booth jualan berhampiran parking untuk membeli mask muka kerana isu virus corona sekarang menjadi-jadi di Kuwait.

Kami check in bag-bag kami pad pukul 1:30 petang setelah kaunter di buka. Kami makan tengahari di luar bangunan lapang terbang yang telah isteriku siapkan dari pagi tadi.

Kami menaiki kapal terbang dan take off pada pukul 4:00 petang waktu Sarajevo dan sampai di Istanbul pada pukul 8:00 malam.



Setelah transit 1 jam 30 minit di lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokchen, kami take off pada 9:20 malam dan sampai di Kuwait pada pukul 1:00 pagi pada 29 Feb 2020.

Kami menaiki teksi untuk pulang kerumah.


Cost:
1.      Hotel – 0
2.      Fuel – 0
3.      Meal 12 KM + 18 KM + 7KM + 47.70 TL + 102.21 TL + 279.37 TL
4.      Entrance Fee – 0
5.      Buku/ goodies – 70.4 KM + 10 KM
6.      Parking – 10 KM + 20 KM
7.      Tol – 5.5 km
8.      Taxi – 14 KD
Total = XXX

----TAMAT---

Comments

  1. bestnya saya sangat suka dng travelog en aswade...tqtqtqtq kerana bnayak pengalaman dan gambar yg sangat2 cantik...walau tak sampai sana saya dpt rasa seolah olah saya sampai sana.

    ReplyDelete

Post a Comment