Tuesday, 18 July 2017

RIDE 5 NATIONS: VIETNAM (PART 2#)


TRAVELOG: COUPLE RIDE 5 NATIONS 
MALAYSIA - THAILAND - CAMBODIA - VIETNAM - LAOS

ROUTE: 

2/12/15
WED
PHON PENH, CAMBODIA
HCMC, VIETNAM
250
3/12/15
THU
HCMC, VIETNAM
PHAN THIET, VIETNAM
201
4/12/15
FRI
PHAN THIET, VIETNAM
NHA TRANG, VIETNAM
230
5/12/15
SAT
NHA TRANG, VIETNAM
QUY NHON, VIETNAM
230
6/12/15
SUN
QUY NHON, VIETNAM
QUANG NGAI, VIETNAM
199
7/12/15
MON
QUANG NGAI, VIETNAM
DA NANG, VIETNAM
200
8/12/15
TUE
DA NANG, VIETNAM
HUE, VIETNAM
105
9/12/15
WED
HUE, VIETNAM
DONG HOI, VIETNAM
160
10/12/15
THU
DONG HOI, VIETNAM
VINH, VIETNAM
190
11/12/15
FRI
VINH, VIETNAM
NINH BINH, VIETNAM
230
12/12/15
SAT
NINH BINH, VIETNAM
HA LONG, VIETNAM
190
13/12/15
SUN
HA LONG, VIETNAM
HANOI, VIETNAM
150
14/12/15
MON
HANOI, VIETNAM
MAI CHAU, VIETNAM
150
15/12/15
TUE
MAI CHAU, VIETNAM
SON LA, VIETNAM
180
16/12/15
WED
SON LA, VIETNAM
DIEN BIEN PHU, VIETNAM
160





DAY 07 (02 DEC 2015): PHNOM PENH - HCMC (250km)

Aku mengambil kesempatan untuk bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Al-Serkal Haram. Ini kali pertama aku bersolat di masjid ini sebelum ini kami bersolat di masjid sementara ditepinya. Aku bertemu sekali lagi bertemu dengan Hj Ahmad Yahya yang merupakan ahli parlimen di Phnom Penh bersama pemandunya.
Kami sempat bergambar dengan pemilik Restoren dan Guesthouse Tasnim sebelum bergerak menuju sempadan.
Kami bergambar dengan pengunjung Malaysia di Tasnim Restoren & Guesthouse tempat kami menginap semalam. Penguasaha, Pn Syarifah boleh bertutur dalam bahasa melayu kerana pernah berkerja di Malaysia.
Kami berdua bergambar masjid seketika.

Kami bertolak pada pukul 8.30pagi. Keadaan traffik di Kota Phnom Penh pada waktu pagi memang mengerikan ditambah pulak dengan keaadaan jalan sedang dibaikpulih dan sangat licin (hujan lebat semalam). Memang meletihkan untuk menghabiskan 25km pertama.

Jambatan Neak Loeung (Tsubasa Bridge)(N 11.27120, E 105.26791)

Kami melalui Highway 01 terus menuju ke Bavet yang terletak 170km dari Phnom Penh. Aku berhenti seketika di jambatan baru Neak Loeung atau juga dikenali sebagai Tsubasa Bridge melintasi Sungai Mekong sejauh 2.2km. Jambatan ini telah diderma oleh Kerajaan Jepun yang telah menghubungkan Kandal Province dengan Prey Veng. Jambatan ini telah diabadikan dalam note 500 Cambodia Riel. 

Jambatan ini baru sahaja dibuka pada 6 April 2015 dan meletakkan ia sebagai jambatan terpanjang di Cambodia mengalahkan Jambatan Koh Kong. Dahulunya motor terpaksa dibawa dengan menggunakan perkhidmatan feri.
Kami berhenti seketika di sebuah gerai buah-buahan. Kami membeli sebiji buah nangka. Memang sedap.
Tertarik aku melihat gelagat anak kecil si penjual buah ini.
Bavet Border Post, Krong Bavet, Cambodia (N 11.07551, E 106.17129)

Kami sampai di Border Bavet jam 11 pagi. Urusan disini berjalan lancar. Di immigration kami dikenakan bayaran sebanyak USD 1 seorang semasa mengecop passport.
Alhamdullilah, urusan di Border Bavet agak mudah, pantas dan agak lengang.
Aku terus ke Money Changer yang terletak berhampiran Immigration untuk menukarkan USD kepada Vietnam Dong (VD).

Moc Bai Border Post, Tay Ninh, Vietnam (N 11.07654, E 106.17476)

Kami terus ke border Moc Bai, Vietnam. Aku membeli simcard Vietnam di sini dan menghubungi Mr Vu, Agent kami disini. Apabila beliau sampai, aku menyerahkan passport dan menunggu sehingga beliau memanggilku.
Beg kalis air (waterproof) terpaksa dibawa masuk untuk diimbas (scan).
Bergambar bersama Mr.Vu.

Selepas siap passport dicop, motor pula diperiksa. Pegawai tersebut ingin memastikan no chasis dan no engine seperti tertulis di geran motor. Hampir 2 jam juga kami menghabiskan masa disini. Kami mengambil masa yang lama untuk mencari dimana letaknya no engine, pegawai yang bertugas hampir-hampir memarahiku. Alhamdullilah akhirnya aku menemuinya.

Kami bersalam-salam dengan Mr Vu. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Ho Chi Ming City (HCMC) atau juga dikenali sebagai Saigon yang jaraknya 80km dari border. Jalanraya di HCMC agak mencabar dengan motorsikal yang datang dari pelbagai arah. Pemerhatian perlu diberikan. Mereka tidak akan menoleh ke belakang apabila keluar dari simpang.

Terdapat lorong khas untuk motorsikal. Saiz lorongnya agak besar kerana pengangkutan utama mereka adalah motorsikal.
Hoang Ngan Hotel, Ho Chi Minh City, Vietnam (N 10.77134, E 106.69016)

Kami sampai di Hoang Ngan Hotel pada pukul 5 petang. 

D'Nyonya Penang, Ho Chi Minh City, Vietnam (N 10.77640, E 106.70484)

Selepas solat maghrib, kami menaiki teksi menuju ke Restaurant D'Nyonya Penang, HCMC untuk makan malam bersama, Hj Aminuddin, senior ku semasa bertugas dalam Petronas satu ketika dulu. Sebenarnya aku mengajak beliau makan di Restaurant Four Seasons tetapi restaurant ini telah lama ditutup. Restaurant bersebelahan dengan Masjid Musulman. Kami makan sambil berbual-bual tentang pengalaman pahit manis ketika bertugas di luar negara semasa bersama PETRONAS.
DAY 08 (03 DEC 2015): HCMC - PHAN THIET (201km)

Masjid Musulman (Muslimin), HCMC (N 10.77611, E 106.70413)                


Aku mengambil kesempatan untuk bersolat subuh di Masjid Musulman atau juga dikenali sebagai Saigon Central Mosque ataupun Masjid Dong Du (sempena nama jalan). Ianya telah dibina pada tahun 1935 oleh pedagang dari Selatan India.


Kebanyakan penduduk islam disini adalah dari keturunan Melayu Champa dan boleh bertutur dlm bahasa melayu. Semasa aku bertugas disini pada tahun 2006, aku pernah bersolat terawih sini dan selepas itu makan pulut durian berhampiran masjid. Memang best.

Restaurant Pho Mansor (Mee Sup), HCMC (N 10.75805, E 106.68696) 

Abang Min (Hj Amin) membawa kami ke Restaurant Pho Mansur yang terletak di belakang Masjid Jamiul Islamiyah. Anda hendaklah berjalan kaki sejauh 100m melalui jalan tepi Masjid (Alley). Pho bermaksud Mee Sup dalam bahasa Vietnam. Sungguh sedap.

Mee supnya dimasukkan daging yang banyak. Ulam-ulam menjadi "complimentary" dan free.
Kami bergambar bersama En Mansor, pengusaha restaurant yang boleh berbahasa Melayu. Restaurant ini menjadi tumpuan bagi pelancong dari Malaysia.

Abang Min merupakan regular costumer disini. Terima kasih tak terhingga buat Abang Min (Hj Amin) yang menjadi tuan rumah semasa kami berada di HCMC ini.

Masjid Jamiul Islamiyah atau dikenali juga dengan Nancy Mosque.

Cho Ben Thanh Market, HCMC (N 10.77192, E 106.69834)

                   
Kami kemudiaan kami ke Cho Ben Thanh Market yang sangat terkenal dikalangan pelancong Malaysia. Pelbagai barangan tekstil dijual disini. Riuh rendah tawar menawar diantara pembeli dan penjual menceriakan suasana disini. Ramai dikalangan penjual yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Tapi bagiku ianya sangat merimaskan apabila penjual-penjual menarik tangan ke arah kedai mereka.


Duong Nguyen An Ninh (Melayu Street), HCMC (N 10.77216, E 106.69754)


Satu lagi tempat favourite bagi rakyat Malaysia, Indonesia dan Singapura adalah Melayu Street (Duong Nguyen An Ninh) yang terletak bersebelahan dengan Ben Thanh. Jalan ini terdapat beberapa hotel yang dimiliki oleh masyarakat Islam HCMC dengan restaurant halal sepanjang jalan ini. Kebanyakkan penjual dan peniaga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih.

Landmarknya adalah Kedai Emas Ha Tam. Di kedai ini anda boleh menukarkan wang RM kepada Vietnam Dong (VND).

Nguyen An Ninh Street (Doung bererti Jalan) di waktu pagi.
Kawasan ini menjadi pilihan pelancong dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Ceria betul orang sebelah. Kami tidak melepaskan peluang untuk berbelanja di sini. Kedai Wy & Rine (Kedai Ramlah). Telekung sembahyang dan jubah agak murah disini.

Kami memulakan pada pkl 11.00. Cuaca sgt panas dan motor tidak boleh bawa laju Hiway 60km/j dan 40km/j jln biasa. Pengalaman baru menaiki ferry melintasi Sg Song Dong Nai.

Menunggu giliran utk naik ferry melintasi Sg Song Dong Nai. Bayaran tiket dikenakan sebanyak VND 4,000 (RM 0.80) termasuk GST. Cukup murah. Perkhidmatannya cekap.

Keadaan di dalam ferry. Mengambil masa 10min utk merentasi sungai.


Sebuah bandar terletak di persisiran pantai sebelum Bandar Phat Thiet. Kawasannya ditumbuhi dengan pokok gajus dikiri dan kanan jalan.

Kami tidak tahan merentasi lebuhraya HCMC- Vung Tau, terlalu panas. Terpaksa berhenti utk makan buat tembikai yang best.
Kami melalui route tepi pantai (x nmpk pantai pun). Sampai di Phat Thiet pkl 5ptg.

DAY 09 (04 DEC 2015): PHAN THIET - NHA TRANG (230km) 

Day 09: Phat Thiet - Nha Trang (230km). 

Pemandangan di muara Sungai Phan Thiet terkenal dengan makanan laut (seafood). Kegiatan utama mereka adalah nelayan.
Kami bergerak dari hotel pd pukul 8.30pagi. Kami melalui kws pelancongan terkenal iaitu Mui Ne. 

Bawah pokok kelapa di Mui Ne. Mui Ne mmg terkenal dgn keindahan pantainya. Terdapat ramai pelancong dari luar yang datang kesini. Terdapat byk hotel2 disini. Pantai dan pemandangan sungguh cantik. Subhanallah! 
Pemandangan dari bukit di Mui Ne. Orang Vietnam adalah nelayan yg professional. Apa yang unik adalah perahu bulatnya yg sungguh unik. Ada dikalangan mereka meletakkan enjin sangkut padanya. Bilangannya umpama semua atas air.
Bergambar dengan Dom, pelancong dari Australia. Beliau jgk adalah biker. Bercuti selama setahun melancong di Asia Tenggara.

Pemandangan indah ditepi pantai di Mui Ne

Kami di saman polis kerana bwk motor laju 64km/jam!!! Spatut 40km/jam. Kami menuju ke Red Sand Dunes yg agak terkenal sini. Lepaskan gian main tikar terbang atas pasir. 

Red Sand Dunes di Mui Ne. Semacam padang pasir.

Tak melepaskan peluang mencuba..zam-zam ala kazam.
Silap landing..

Bersama-sama mak cik - mak cik tikar terbang.
Sliding secara berjemaah..

Kami seterusnya menuju ke perkampungan Islam Champa di Ninh Thuan. Pemandangan sawah pagi yg seluas mata memandang. 

Masjid Thanh Duong Islam 102 terletak di perkampungan Islam Champa di Ninh Tuanh. Terdapat lebih kurang 163 keluarga mendiami kawasan ini. Kebanyakan mereka adalah pesawah padi. Apa yg menarik adalah sungai yg mengalir ditepi Masjid, kekadang jemaah mengambil wuduk di sg.

Bersama Pn Mariam, Isteri Imam Yusoff (berada di Malaysia skrg), cucu-cucunya dan Hanafi. Hanafi pernah bekerja di Kuantan suatu masa dahulu.

Masjid Thanh Duong Islam 102
Makan tengahari dengan bubur nasi dan itik rebus dgn pencicah. Memula ingatkan ayam rupa-rupanya itik..hehehe.
Di hadapan masjid.

Pemandangan diperkampungan Islam Champa.
Pemandangan sawah padi dan kerbau masyarakat islam disini.

Pemandangan pantai dari bukit di Nha Trang mmg cantik. Kami sampai di hotel jam 5.30 ptg.
Seaview di Nha Trang dari atas bukit, sungguh memukau pandangan.

DAY 10 (05 DEC 2015): NHA TRANG - QUY NHON (230km)

Pemandangan dari tingkat 9, Hotel Copac, Nha Trang. Mendung yg amat sangat. Kami merempuh hujan sepanjang jalan.

Kami pagi-pagi lagi ke pantai. Pelancong dari Russia telah dari awal memenuhi pantai Park Centre Nha Trang.


Majoriti pelancong disini adalah dari Russia. Papan tanda 2 disini kebanyakannya di tulis dlm bahasa russia... Dubra Utra
Mmg champion lah tu
Bergambar bersama-sama Receptionist Hotel sebelum bergerak.
Bersama security guard Hotel Copac yg banyak membantu kami.

Harini turun dari pagi lagi. Kami ke satu-satunya restoren halal di Nha Trang, Restoren Omar. Mereka berasal dari New Delhi, India. Mmg best capati, chicken tikka masala, shai halib!!.

Bersama Johan dan temannya. Mereka berkerja di Restoren Omar Khayyam, satu2 nya restoren halal di sini. Mereka mempunyai 3 cawangan di Vietnam (2 di Nha Trang dan 1 di Da Nang)


Capati, Chicken Tikka Masala bersama chai..mengimbas kembali kenangan semasa berkerja di Pakistan, 8 tahun lalu...

Kami meneruskan perjalanan agak lewat iaitu pkl 11pagi. Kami meredahi persisiran pantai dan bukit bukau, sawah padi dlm hujan lebat. Kawasan pergunungan berliku di Hao Son mmg mencabar dgn jln yg licin disebabkan hujan yg lebat. 

Sawah padi yg cukup menghijau sejauh mata memandang


Pemandangan bukit yg silih berganti 

Kami berhenti solat asar dan zohor di sebuah station minyak berhamparkan tikar. 

Meneruskan perjalanan kami sampai di Quy Nhon jam 7.30mlm.



DAY 11 (06 DEC 2015): QUY NHON - QUANG NGAI (199 km)



Kami bergerak pada pukul 10.30pagi. 


Kami menginap disini, Saigon Quy Nhon

Dihadapan hotel


Sinar mentari disubuh hari

Pemandangan tepi pantai Quy Nhon dengan anak2 kecil sedang mandi manda dihujung minggu. Landskap yg menarik pantai dan gunung.
Bergambar dengan mak cik disini
Bikers club di Quy Nhon
Bersama dengan team receptionist yg "curios" dengan kami, macam mana kami boleh sampai ke sini. Rata2 mereka boleh berbahasa Inggeris.

Perjalanan hari boleh dibahagikan kepada dua; 1. Jalan Persisiran Pantai dari Quy Nhon ke Binh Duong (80km) dan Highway Binh Duong - Quang Ngai. Kami banyak melihat kehidupan desa kecil di persisiran pantai, rata2 mereka adalah pesawah padi dengan menggunakan teknik traditional. 
Pemandangan batuan ditepi jalan berhampiran pantai. Batu-batuan diselang seli dengan pokok-pokok renek.
Sawah padi dan gunung
Mereka mengembala kambing dan lembu.
Pasangan ini sedang mengeluarkan air dari bendang dengan menggunakan timba yg dihayunkan bersama-sama. Kami berfikir kenapa mereka tidak menbuka batas utk mengeluarkan air? Masih belum dapat jawapannya.
Perahu yg digunakan untuk mengeluarkan kerang dari dasar muara
Guard rail habis berkarat dilaluan tepi pantai.
Hijau..jerami padi yg diikat pada tiang membentuk rumah "red indian" adalah makanan lembu. Najis lembu dan jerami padi guna semula sebagai baja organik
Ini adalah lambang yg perlu diperhatikan pastikan. Ianya menunjukkan kawasan penempatan. Sila perlahankan kelajuaan anda kepada 40kmj!!
Kami berhenti seketika di station minyak utk makan bekalan yg kami bawa. Nasi, sambal daging, telur rebus sudah cukup menyelerakan sambil menunggu hujan reda sedikit
Jambatan di Quy Nhon dgn awan yg hitam...hujan turun dgn lebat sekali.

Kami sampai pukul 4.30 ptg di Quang Ngai.

DAY 12 (07 DEC 2015): QUANG NGAI - DA NANG (200 km)

Kami bergerak pada pkl 10.30pagi. Hujan turun dengan lebatnya. Kami menyusuri runtuhan Kerajaan Melayu Champa di Vietnam. Kami ke Monument Khuong My dan Monument Chien Dan Cham di Tam Ky. 
Kami berada di Quang Ngai. Ianya juga terletak dibawah jajahan kerajaan Champa dikenali sebagai Amaravati.
Khuong My Tower terletak di Tam Xuan merupakan tinggalan sejarah kerajaan Champa. 3 menara yg sama tinggi diperbuat dari tanah liat dengan pintu mengada ke Selatan. Sayang, kawasannya tidak terjaga.
Khuong My dari pandangan belakang.
Chien Dan Cham pula terletak di Tam Ky. Mempunyai 3 menara, yang menara tengahnya lebih tinggi berbanding yg lain. Terdapat kesan kolam dihadapan bangunan ini. Pintunya juga menghadap ke Selatan (180 degree pada compass ku). Pada masa tu mereka telah mahir menggunakan kompass.

Kami telah tersesak jalan apabila hilang signal GPS dalam hujan yg lebat. Melalui perkuburan kristian dan Buddha hingga kami terpaksa melalui laluan offroad yg sgt licin. Alhamdullilah berjaya sampai ke Hoi An. Bandar lama Hoi An yg telah dinobatkan sebagai World Heritage oleh UNESCO. 
Semasa tersesat jalan, kami ternampak banyak perahu bulat di kws perkampungan nelayan di Tam Ky
Hujan lebat..tersesat dalam offroad..bini sudah panik, kiri kanan semuanya kubur..akhirnya jumpa jalan tar.
Hujan lebat sangat 

Kami makan di restoren halal Namastee di Hoi An. 
Makan tengahari di Restoren Halal Namastee (Indian Muslim) di Hoi An
Bergambar di Restoren Namastee

Seterusnya kami ke kota lamanya (old town) dan Japanese bridge. 
Japanese Bridge di Old Town, Hoi An telah dibina oleh Jepun pada tahun 1590an utk menghubungkan mereka dengan penempatan China pada masa itu. Ianya masih utah dan menjadi salah satu tumpuan pelancong disini.
Di perkampungan Old Town, terdapat banyak kedai2 yg menjual hasil kraftangan tempatan diantaranya sulaman sutera.
Lukisan yg sangat cantik
Kami bergambar di pintu masuk Old Town. Motor dan kereta tidak dibenarkan masuk. Semua berjalan kami disini

Terdapat ramai pelancong luar yg mengunjungi Old Town

Kami menuju ke Da Nang dan smp pkl 5.30 ptg
Alhamdullilah kami sampai di Da Nang yg dulu dikenali sebagai Singhapura semasa pemerintahan Kerajaan Champa. Sekarang terdapat sebuah pengkalan tentera USA di Asia Tenggara (Vietnam & Philippine).


DAY 13 (08 DEC 2015): DA NANG - HUE (105 km)


Kami bergerak dari hotel ke pantai seketika utk bergambar. 

Bersama-sama nelayan di Da Nang yg sedang sibuk bersiap-siap sebelum turun ke laut.
Ini adalah gambar dekat perahu bulat nelayan vietnam yg dianyam dengan buluh kemudiannya disapu damar (glue) luar dan dalam untuk tidak dimasuki air. Berat perahu lebih dari 10kg.

Minum Indian Teh dan Capati di Mumtaz Restoren. 


Mumtaz adalah sebuah restoren India yg dikatakan halal 
Bersama-sama tenaga kerja Mumtaz Restoren. Mereka berasal dari Kerala, India.

Kami bergerak melalui "Hai Van Pass" yg agak terkenal sini dengan liku seperti 1000corner pada ketinggian 500m above sea level. Corner berbentuk S dan C menuruni bukit bukau. Sejuk dan berkabus. Kami berhenti di Monuments Hai Van Quan. 

Jalannya dalam keadaan yang baik serta cukup luas
Jalannya yg berliku-liku
Ini laluan keretapi melalui Hai Van Pass dilereng bukit.
Kami berhenti seketika di monument Hai Van Pass. Kelihatan ramai pelancong asing yg singgah disini.
Kabus menyelubungi puncak Hai Van Pass
Kami berjaya sampai ke kemuncaknya.





Peta laluan Hai Van Pass. Laluan sepanjang 22km ini walaupun berliku, jalannya tetap cantik dan mempunyai ciri-ciri seperti Side Lane utk memberhentikan trailer sekiranya mengalami masalah brek.
 
Hai Van Quan atau Hai Van Pass telah dibina pada tahun 1826 semasa pemerintahan King Minh Mang.

Monument di Hai Van Pass
Penamat Hai Van Pass dengan satu pemandangan tasik yg sungguh cantik dengan jambatan melintasinya.

Semasa turun dari Hai Van Pass kami terlihat penduduk tempatan yg membawa turun daun ini. Namanya tidak ku kenali. Aku pernah melihatnya di atas Gunung Entoto, Addis Abba, Ethiopia 2006

Pemprosesan minyaknya
Mereka membuat minyak urut dari daun tersebut melalui proses penyulingan.
Terus ke Hue dan smp pkl 3.00ptg. Hue juga dinobetkan sebagai World Heritage oleh UNESCO dan merupakan bandar terakhir disebelah utara dlm Ketamadunan Champa. Kami ke Hue Imperial City. 

Ini adalah Hue Imperial Palace yg telah dibina semasa zaman pemerintah Emperor Gia Long pada tahun 1804 seluas 2km x 2km.

Misi kami sebenar Hue adalah utk mencari sebuah masjid tinggalan Masyarakat Islam India yg menetap disini sekitar 100 tahun dahulu. Alhamdullilah, kami berjaya setelah bertanya kpd masyarakat setempat.

Masjidnya masih lagi utuh, berkunci dan tidak ada yg mengimarahkannya. Boleh dikatakan tiada langsung umat Islam di sini.
Masjidnya berpagar dan bersih

Ini adalah masjid tinggalan masyarakat India Muslim yg pernah menduduki tempat ini 100 tahun dahulu.
Ini adalah masyarakat tempatan yg membantu kami sehinggalah kami bertemu dengan masjid tersebut. Insyallah sinar Islam akan tiba semula disini. Masyarakat disini sungguh baik hati dan suka menolong walaupun hanya berbahasa ayam dan itik.
Ada ke patut nak beli bunga plastik kat Vietnam...terpaksalah beli jiwa. Selaku Ketua Menteri Pemakanan di Vietnama nie..hehe. Kami membeli bunga plastik ini berhampiran pasar Hue.

DAY 14 (09 DEC 2015): HUE - DONG HOI (160 km)

Pengembaraan kami bermula pada pkl 11 pagi. Suhu di Hue sudah bertukar sejuk dgn suhu 21 deg C. 


Kami sempat bergambar dgn seorang biker dari Hue yg secara kebetulan berhenti dan beramah mesra dgn kami di Hotel di Hue.

Kami meneruskan perjalanan menuju ke DMZ (Vietnam Demilitarized Zone) 100km dr Hue dlm daerah Dong Ha. Ianya merupakan garis sempadan diantara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan yg disempadani oleh Sg Ben Hai. Banyak kenangan pahit bagi rakyat Vietnam. 


Ini merupakan pintu gerbang di sebelah Vietnam Utara. Vietnam menghadapi 2 peperangan besar: 1. First Indochina War (1946-54) - Peperangan diantara Vietnam Utara dan Selatan. Vietnam Utara disokong oleh Soviet Union, China & Geng Komunis. Vietnam Selatan disokong oleh USA, Philippines dan Geng Anti Komunis. 2. Vietnam War (1955-1975) melawan USA.
Inilah Sg Ben Hai yg telah menyaksikan pertumpahan darah. DMZ (Demilitarized Zone) bermakna dua pihak tidak boleh berperang di zone iaitu 5km each side dan dikawal oleh tentera masing.
Inilah sungai Ben Hai yg mengalir dari sempadan Laos - Vietnam merentasi timur - barat keluar ke Laut China Selatan
Ini pemandangan tebing sungai Ben Hai pada tahun 1961. Setiap tebing diletakkan berpuluh-puluh "loud speaker" utk buat pengumuman

Kami berada dihadapan muzium yg menyimpan khazanah yg tidak ternilai buat renungan generasi terkemudian utk mereka melihat betapa dahsyat peperangan pada masa lalu.



Ini pula menunjukkan cara mereka bermuasyarat di dlm tunnel yg kecil semasa peperangan.
Ini merupakan helmet milik tentera (Pilot Fighter Jet) USA yg berjaya ditembak jatuh oleh rakyat Vietnam. Menjadi satu kebanggaan bagi mereka berjaya menundukkan kemaraan tentera USA dlm Vietnam War.


Gambar ini menunjukkan tentera USA membawa keluar mayat rakan2 mereka yg terbunuh dlm peperangan.

Gambar ini pula menunjukkan bagaimana takutnya mereka menghadapi peperangan di Khe Sanh pada thn 1968.

Ini adalah mercu tanda DMZ yg membahagikan Vietnam Utara dan Selatan.
Bangunan kayu ini pula merupakan tempat perbincangan diantara team United Nation (UN 46) dan Ketua Kedua-dua pihak utk melaksanakan DMZ. Geneza 1954.
Mercu tanda DMZ

Kami meneruskan perjalanan sehingga Dong Hai dan sampai pada pukul 5ptg.

Kanak-kanak sekolah disini diwajibkan memakai helmet berwarna kuning utk ke sekolah tidak kira berjalan kaki mahupun berbasikal. Sesuatu yg menarik perhatian kami.

Ini adalah pemandangan petang di Dong Hoi



DAY 15 (10 DEC 2015): DONG HOI - VINH (190 km)
Kami hari check out hotel lebih awal untuk Paradise Cave (Dong Thien Duong) dan Phong Nha Cave (Hang Son Doong - Mountain River Cave) yg terletak di Phong Nha-Ke Bang National Park yg terletak berhampiran Border Laos - Vietnam dan diiktiraf sebagai salah satu World Heritage oleh UNESCO. Subhanallah, mmg cantik. Kami menghabiskan masa disini sehingga pkl 4 ptg. 


Paradise Cave (Dong Thien Duong)


Kami menaiki buggy sejauh 2km untuk sampai ke kaki bukit dari kaunter tiket. Kebanyakkan pelancong asing berjalan kaki ke sana (Paradise Cave)
Kami terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke pintu gua lebih kurang 2km mendaki bukit. Kemudahan disini cukup memuaskan terdapat WC, kerusi (bench) dan trek yg dibuat agak landai. Kami berhenti utk lepaskan lelah disini. (Paradise Cave)
Kami bergambar dgn pekerja disini di pintu masuk gua (Paradise Cave)

Tangga kayu yg dibina merentasi keseluruhan gua sejauh 1.5km di Paradise Cave
Subhanallah memang menakjubkan (Paradise Cave). Susunannya membentuk satu arca seakan-akan puluhan obor2.
Lokasi pintu gua agak tinggi dari dasarnya lebih kurang 3-4 tingkat bangunan. Kami menggunakan tangga utk turun ke bawah. Keseluruhan gua di pasangkan lampu. Suasana di dlmnya sejuk, hening dan sekali sekala terdengar titisan air jatuh dari bahagian atas gua (Paradise Cave)
Scale (Calsium Carbonate) yg terhasil dari tindakbalas dengan air dari ribuan malah jutaan tahun yg lalu. (Paradise Cave)
Allahuakbar. Ini yg paling menakjubkan. Cuba anda perhatikan betul2. Batuan yg paling hujung membentuk seorang manusia yg sedang termenung sambil berfikir dan seorang lagi sedang sujud. (Paradise Cave)
Antaranya menarik disini. (Paradise Cave)
Tidak terungkap dgn kata2. (Paradise Cave)

Phong Nha Cave (Hang Son Doong - Mountain River Cave)


Susunan boat yg menunggu giliran mereka.

Kami menaiki boat menyusuri Sg Con (Song Con) yg berwarna hijau sungguh menakjubkan. Air akan agak tenang, itulah yg memungkinkan terhasilnya lumut didasarnya dan menyebabkan sg ini berwarna hijau. Kami bergambar dgn Song, pemandu boat ini. (Phong Nha Cave).

Ini adalah pintu masuk dalam gua. Jarak dari muka pintu gua ke penghujungnya lebih kurang 1.5km. (Phong Nha Cave)
Injin boat harus dimatikan apabila memasuki gua tersebut (Phong Nha Cave)
Bahagian dalam gua dipasangkan lampu dibahagian2 tertentu.
Sungguh menakjubkan, gabungan gua dan sungai..sungguh menarik.
Ini bhg dalam gua (Phong Nha Cave)
Pertengahan gua (Phong Nha Cave)

Dipertengahan gua (Phong Nga Cave)
Dalam gua Phong Nga Cave terdapat kawasan landai berpasir. Pada masa perang Vietnam War, kawasan ini telah dijadikan hospital, mengantikan hospital yg telah ranap dibom Amerika.(Phong Nga Cave)
Kawasannya agak luas, seluas padang bola sepak. Berpasir seperti berada ditepi pantai (Phong Nga Cave)

Sebahagian batuan yg berada di kws landai tepi sungai. (Phong Nga Cave)

Stalagmite & Stalactite
Cukup luas.
Bergambar didlm gua (Phong Nga Cave)
Bergambar dihadapan pintu masuk gua Phong Nga Cave

Perjalanan diteruskan menuju ke bandar Vinh yg terletak 190km. Sangat mencabar ride pada waktu malam di Vietnam. Sekiranya anda dtg kesini elakkan ride pada waktu malam. Motor dgn tiada lampunya keluar tanpa menoleh kiri kanan. Lori atau bas suka overtake kenderaan dgn memasuki lane bertentangan. Kami sampai pkl 9mlm di Vinh. Kami sesat mencari hotel hampir sejam. Alhamdullilah sampai jgk di hotel pd pkl 10mlm dgn kepenatan.

DAY 16 (11 DEC 2015): VINH - NINH BINH (230 km)


Kami berehat secukupnya harini. Misi kami harini adalah mencari tukang kasut utk menjahit kasutku yg terkoyak dan mencari beras sebagai bekalan makanan harian. Kami menuju ke Pasar Vinh (Cho Vinh) yg terletak 2km dari hotel. 

Kami ke Cao Vinh untuk membaiki kasutku yg terkoyak gara-gara panjat Paradise Cave semalam. Mereka mmg peramah. Bayaran dikenakan sebanyak VND 100,000 (RM 20) jahit balik sepasang kasut

Kami mencari beras (vietnam: Lua) di Pasar Vinh. Puas nak cari beras kerana mereka ingat kami nak nasi (Vietnam: com). Beras di sini lebih kecil berbanding beras di Malaysia. Harganya RM2.50 per kg
Rempah ratus yg dijual disini

Kami sempat bergambar dengan pekerja-pekerja Huu Nghi Hotel, Vinh

Kami seterusnya ke Kampung Kim Lien, tempat ke kelahiran Ho Chi Ming, Bekas PM Vietnam yg pertama. 

Kami ke Kg Kim Lien, Vinh. Inilah wajah Mendiang Ho Chi Minh (1890-1969) Perdana Menteri Vietnam yg pertama (1945-1955). Rakyat Vietnam mengabadikan nama beliau dengan menukarkan nama Bandar Saigon kepada Ho Chi Minh City 

Inilah rumah asal tempat lahirnya Ho Chi Minh @ Nguyen Sinh Cung. Ayahnya seorang guru.
Ini adalah ruang tamu. Keseluruhan rumahnya diperbuat dari buluh. Terdapat 3 bangunan (Pertama: Bilik / Ruang Tamu. Kedua: Dapur dan Ketiga: Stor penyimpanan padi)
Beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh
Kisaran untuk membuat tepung beras berada diruang dapur.
Lesung padi / Lesung Kaki juga berada di ruang dapur
Berada dihadapan ruang memorial Ho Chi Minh

Kami seterusnya menuju ke Ninh Binh sejauh 200km. 

Kami berhenti di station minyak Petrolimex. Kawasannya agak luas. Kami meminta izin utk solat disini

Kami sampai pada pkl 7mlm.

DAY 17 (12 DEC 2015): NINH BINH - HA LONG (190 km)


Kami bersiap awal2 untuk ke Trang An Grottoes yg terletak 7km dari Hotel. Trang An juga telah dinobatkan sebagai World Heritage oleh UNESCO. Subhanallah memang cantik lanskapnya dengan sungai, bukit dan gua. Kami menaiki bot selama 2 jam. 


Trang An



Pintu gerbang yg cantik 3km sebelum Trang An
Pemandangan dari jambatan. Terdapat puluhan pendayung perahu yg majoritinya adalah wanita.
Airnya sangat jernih. Aku dapat melihat terdapat 2 jenis rumpair yg mendiami dasar tasik ini. Yang ini berbentuk silinder panjang
Teratai juga tumbuh disini 
Sungguh tenang pemandangannya.
Kami melalui 6 gua yg berasingan iatu Gua Toi (Hang Toi), Gua Sang (Hang Sang), Gua Nau Ruou (Hang Nau Ruou), Gua Ba Giot (Hang Ba Giot), Gua Son Duong (Hang Son Duong) dan Gua Quy Hau (Hang Quy Hau).

Pemandangan dalam gua
Kami melepasi salah satu gua.
Gua Toi - Guanya membentuk seperti cerucuk tajam ke bawah.

Kami kekadang terpaksa tunduk apabila melewati bahagian dinding yg agak rendah (3-4 inch dari kepala kami)
Sepanjang perjalanan kami terdapat beberapa temple di sini.
Salah satu gua yg terakhir kami lalui
Bersama pendayung kami yg tidak henti-henti mengayuh selama 2 jam. Kekadang beliau mengayuh dengan menggunakan kaki. Memang skilful. Aku dan isteri membantunya dengan mengayuh dgn menggunakan dayung tambahan.
Sungguh hijau. Kelihatan 2 ekor kambing ditepi tebing mencari makan.
Terdapat ramai pengantin baru Vietnam datang kesini semata-mata untuk bergambar di Trang An.

Team kami.

Berehat sekejap di sebuah kedai. Pendayung-dayung mengambil kesempatan utk berehat dan bersarapan pagi. Kebiasaanya mereka boleh membuat 4-5 trip sehari. Bagiku sekali pun tak larat.

Pemandangan di Trang An. Dari awal pagi lagi sudah dikunjungi pelancong.

Kami berhenti seketika di sebuah kedai di tengah-tengah laluan kami.
Kenh Ga Floating Village

Seterusnya kami ke Kenh Ga Floating Village. 

Kami ke Kenh Ga Float Village yg terletak 10km dari Trang An.

Pemandangan disatu sudut di Kenh Ga

Mereka menggunakan perahu utk berhubung ke satu-satu tempat. Rumahnya dibina ditebing sungai.

Ada diantara mereka yg menjual hasil tanaman mereka didlm perahu.

Pemandangan di kg Kenh Ga.

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Ha Long. Kami sampai pada pkl 7.00mlm.


DAY 18 (13 DEC 2015): HA LONG - HANOI (150 km)

 Kami bergerak lebih awal harini utk ke Bai Chay Wharf (Jetty) utk ke Halong Bay yg terletak 2km dari Hotel. Halong Bay juga diiktiraf sebagai World Heritage by UNESCO. Kami memilih 4 jam tour dgn menaiki boat. Destinasi pertama adalah Gunung Thien Cung dan Gua Dau Go. Destinasi ke-2, Bo Hon Island dan Destinasi ke-3: Cock Fighting Island.

Di Bai Chay Wharf seawal pagi utk ke Halong Bay.

Terdapat berpuluh kapal 2 tingkat yg boleh memuatkan lebih kurang 60 orang penumpang. Bayaran dikenakan berbeza-beza mengikut kapal yg digunakan. Kami menaiki kapal- VND 200,000 (RM 40).

Bahagian dalam kapal. Kami menaiki kapal ke Halong Bay selama 30 min utk sampai ke Gunung Thien Cung.

Jetty berhampiran Gunung Thien Cung

Pemandangan di jetty 
Kami terpaksa memanjat gunung utk memasuki Gua Dong Go dan keluar di menuju jetty bertentangan. Kemudahan yg dijaga dengan baik. Bayaran dikenakan sebanyak VND 170,000 (RM 34).

Berhenti seketika

Gunung Thien Cung

























Pengunjung harini agak ramai kerana hari minggu. Kami terserempak dgn 2 kumpulan dari Malaysia.

Bahagian dalam gua batu kapur (limestone) di Gua Dong Go.
Mereka memasang lampu berwarna warni menarik perhatian

Satu yg berbeza dari gua-gua lain yg kami lawati adalah lubang udara di bahagian atas. Cahaya luar memasuki gua.
Pemandangan agak berkabus harini kerana hujan turun dengan renyai diawal pagi

Pulau-pulau kecil (Islet) menghiasi Halong Bay. Terdapat lebih kurang 1960-2000 islet disini dgn air laut yg hijau.

Pendayung sampan di Pulau Bo Hon

Kami menaiki perahu yg boleh memuatkan 4-6 org penumpang mengelilingi Pulau Bo Hon. Pulau ini terdapat 2 cave yg boleh dilalui dengan perahu.

Salah satu gua yg kami lewati.

Di atas perahu.

Suasana sungguh tenang, kami umpama berada ditengah-tengah tasik yg dikelilingi oleh gunung-gunung yg hijau.
Merentasi gua ke-2
Airnya cukup tenang. 
Formation / Batu Kapur (Limestone) yg mengkagumkan. Subhanallah.

Jetty di Pulau Dong Go.

Antara pengunjung di pulau Dong So.

Fighting Cock Island (Ga Choi Island) merupakan salah satu mercu tanda di Halong Bay. Ia membentuk pulau kecil (Islet).

Kami bergerak menuju ke Hanoi dan smp pda pkl 3 ptg. Kami jumpa dgn Ms Tuyet, agent kami yg menguruskan segala paperwork di Vietnam.
 Makan malam di restaurant halal Red House.

Red House salah satu makanan halal di Hanoi dimiliki oleh warga Singapura. Semasa aku berkerja di offshore Vietnam, aku pernah ke Restaurant Nisa, sayang restaurantnya telah ditutup.
Lama tak makan diluar, kebiasaanya kami memasak di hotel. Kekadang kami ke pasar utk membeli bahan mentah. Harini bagi wife ku rehat dari tugasannya.

DAY 19 (14 DEC 2015): HANOI - MAI CHAU (150 km)

Kami berehat sepuas-puasnya harini. Aku dari jam 5.30pagi sudah bergerak ke satu-satunya masjid di Hanoi, Masjid Al-Noor, malangnya tidak ada satu kelibat masyarakat muslim yg datang utk solat subuh, pagar berkunci. Hampir sejam menunggu, akhirnya aku pulang ke hotel. 

Masjid Al-Noor, Hanoi. Tiada azan subuh dilaungkan, pagarnya berkunci. Sayangnya.

Bersama-sama warga Hoa Binh Hotel.

Jalan Hang Giay, umpama jalan Tunku Abdul Rahman sibuk dengan pengunjungnya dari jam 6 pagi lagi.

Kami berhenti seketika di Pasar Cho Dong Xuan. Ia merupakan pasar besar di Hanoi yg menjual aneka barangan seperti pakaian, beg2 dan lain-lain lagi 

Kami melalui Bandar Chao Phong yg terkenal dengan hasil pertanian mereka berupa limau mandarin. 

Bandar Chao Phong yg terkenal dengan buah limaunya yg manis.

Kebun Limau seluas mata memandang di kaki bukit di Chao Phong

























Buah limau sudah masak ranun hanya tunggu untun dipetik.

Kemudian kami melalui satu banjaran pergunungan yg tinggi, berkabus dan licin. Ini merupakan cabaran terbesarku sepanjang aku menunggang motor besar. 

Kami melalui satu kawasan pergunungan yg sungguh menakutkan hanya berjarak 10km, jalan sgt licin kerana kabus menyebabkan jalan menjadi basah. Penglihatan hanya berjarak 1 meter sahaja. Aku menyalakan emergency light dan kekadang terpaksa berhenti utk mengelap kabus pada visor. Mujurlah sebuah lori (membawa babi) berada dihadapan guide kami menuruni dan mendaki gunung yg berkabus tebal. 

Dipermulaan gunung

Sebuah rumah kayu di atas sebuah gunung bertebing curam. Kekadang aku ternampak bahagian atas menara pecawang elektrik yg besar.

Alhamdullilah berjaya menuruni sebuah gunung. Kabus smakin berkurangan.

Gunung berkabus dibelakang itu adalah satu gunung telah kami lintasi.

Di kaki bukit.

Itu banjaran gunungnya, memang cukup mengerunkan. Kekadang lori dan bas masuk dalam laluan bertentangan. Mulut tidak berhenti membaca ayat 21-24 Surah Al Hasyar utk meredakan rasa berdebar melalui kawasan ini.
Corner2 yg tajam menuruni gunung.

Kawasan rehat. Aku mengajak isteriku utk berehat seketika dikawasan ini utk menunggu seketika shgga kabus berlalu tapi sekiranya berenti lagi teruk apabila senja datang...tak nampak apa2.
Kabus menguasai puncak gunung.

Alhamdullilah kami sampai di homestay diperkampungan Lac, Mai Chau. Sungguh aman dan damai.

Kami menginap di homestay perkampungan Lac di Mai Chau. Sungguh tenang.

Kami minum kopi vietnam yg cukup kaw! 
Apabila kabus menguasai gunung maka hilang pandangan.

DAY 19 (15 DEC 2015): MAI CHAU - SON LA (180 km)

Kami memulakan perjalanan agak awal harini pada pkl 10pagi. Sekali lagi kami mengharungi banjaran gunung dengan merangkak (30-40kmj) kabus terlalu tebal dan jalan licin utk jarak yg panjang iaitu 50km dgn suhu 13 degree C. Menuruni gunung di Yen Chau yg aktif dalam bidang pertaniaan terutamanya jagung dan tebu. 

Bersama kejiranan di Homestay Kg Lac yg kami menginap. 

Mereka sungguh peramah walaupun kami berkomunikasi dalam bahasa Charlie Chaplin. Hanya Ms Chung, owner homestay yg boleh berbahasa Inggeris.

Kegiatan utama di Kg Lac adalah bertenum songkat. Beliau menunjukkan kami cara menenum songkat.
Beliau sungguh gembira menunjukkan skillnya kepada kami.

Ini adalah sebahagian homestay Kg Lac kami diami. Kebanyakan rumah disini diperbuat dari kayu dan bertiang tinggi.
Kg Lac terletak di lembah pergunungan. Mereka juga menanam padi sebagai punca pendapatan dan makanan ruji mereka disini. 


Salah satu rumah yg menarik bagi kami. Mengingatkan ku rumah anjung bambu Hj Baha Kuale Haris di Kuala Kangsar.

Sekali pandang macam org islam. Mak cik adalah salah satu warga terawal disini. Mereka memakai tudung kerana disini agak sejuk. Warga tua disini kebanyakkannya memakan sirih.
Hasil tenunan mereka berharga sekitar 80,000 - 100,000 VND (RM 16-20)
Banyak gerai-gerai kain tenum disekitar perkampungan Lac.


Kami melalui kawasan pergunungan dgn kabus yg tebal sepanjang 53km. Glove dah viper. Suhu agak sejuk sekitar 13 degree C. Kami terpaksa memakai baju hujan kerana kabus bertukar membentuk titisan2 air, basah dibuatnya.


Pandangan kabur dan sesetengah tempat jalan masih lagi dalam construction. Fokus yg tinggi diberikan. Terkejut apabila tiba-tiba sekumpulan kerbau berada ditengah-tengah jalan.
Kami berhenti utk panaskan badan setelah mengharungi kawasan pergunungan dgn selamat. Alhamdullilah.

Kami berada di kaki bukit di kawasan Yen Chau.


Ini adalah pokok bidara. Kebanyakan rakyat Vietnam menanamnya di tepi-tepi rumah. Inilah kali pertama aku melihatnya secara dekat di kawasan perkampungan di Yen Chau.


Kami berhenti seketika apabila terlihat jambatan yg dibina dengan buluh merentasi sungai. Sungguh gerun apabila melewatinya apabia ia berayun dan berbunyi.


Jambatan buluh menghubungkan mereka dgn jalan utama.
Penduduk tempatan yg menggunakan jalan ini. Entah apalah akan terjadi sekiranya GS ku melalui jambatan ini.

Kebanyakan perempuan disini menyanggung rambut mereka. Inilah fesyen disini (tak termasuk akulah sebab rambut pendek walaupun baju sama merah).


Rumah mereka dibina dengan kayu dan berdindingkan buluh. Aku berhenti disini untuk membeli buah celagi (nama dalam bahasa melayu baku, aku x tahu)

Hasil tanaman mereka berupa ubi sengkuang, buah bidara dan banyak lagi.

Pemandangan lereng bukit yg ditanam dengan padi bukit.

Ini merupakan longgokan tongkol jagung. Mereka menanam jagung disini untuk menghasilkan minyak jagung. 

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Son La dan kami sampai pd pkl 4ptg.


DAY 21 (16 DEC 2015): SON LA - DIEN BIEN (160 km)

Hujan turun dengan lebatnya pada pagi ini, 50km pertama kami melalui lereng bukit. Suhu pada masa itu 12 degree. Kami berhenti sekejap untuk memanaskan badan di sebuah perkampungan di lereng bukit.




Kami seterus menyarungkan baju hujan dari hotel lagi. 


Keadaan bertukar secara drastik. Gabus yg tebal tiba2 muncul menghadkan pelihatan kami. Suhu turun kepada 8 degree C.
Kebanyakkan pengguna jalan raya tidak menyalakan lampu mereka. Cukup merbahaya.
Ini merupakan sebuah perkampungan dipuncak gunung. Jarak puncak gunung yg berkabus adalah lebih kurang 20km dengan jalannya berliku-liku. Gaung yg sgt dalam ditepinya, tiada guard rail yg pasang, hanya pacak batu tinggi 1 kaki sebagai batu penanda.
Kami berhenti sekejap, berdian di tepi unggul api disebuah perkampungan dilereng bukit. Suhu masa tu 10degree. Mereka cukup gembira dgn kedatangan kami.

Kaum wanita disini selalunya memakai baju baldu berwarna hitam dengan rambutnya disanggul dengan kain dibahagian kepala. Syukurnya dapat rasa panas.


Kebanyakan rumah disini diperbuat dari kayu dengan tiang yg tinggi. Mereka masih lagi menggunakan kayu api utk memasak dan memanaskan badan.


Sekali lagi kami berhenti sekali lagi. Sejuk sgt2 semasa diatas gunung. Glove kami sudah basah. Kami singgah disebuah perkampungan sebelum Pekan Tuan Giou.


Mereka sungguh meraikan tetamu. Semua org kampung datang bersalaman dgn kami. Macam artis lah pulak.


Memanaskan badan ditepi unggul api dibawah rumah. Mereka mengambil kerusi utk diberi kepada kami. Adanya pergi mengambil kayu api lagi utk ditambah.


















Inilah keluarga yg sanggup menumpangkan kami sekejap utk memanaskan badan


















Kami meneruskan kembali perjalanan.

















Ini salah satu korner yg kami lalui.Kami singgah sebentar di sebuah perkampungan berhampiran Pekan Thuan Chua apabila terlihat longgokan jagung disebuah kilang memproses jagung.



















Mereka memasukkan jagung kedalam mesin ini untuk mengasingkan jagung dengan tongkolnya. Majoriti pekerja disini adalah wanita. Pekerja lelaki pulak sibuk menghisap rokok di satu penjuru yg lain.

















Ini merupakan geng2 vape vietnam. Mereka menggunakan buluh, asapnya keluar apabila tembakau dibakar dibahagian bawah. Beliau menunjukkan aku cara mereka menghisap rokok.

















Kami bergambar dilereng bukit dgn berlatarbelakang gunung yg hijau. Isteriku terpaksa memakai mask vietnam (RM 2) yg mengurangkan kesejukkan pada muka.

Kami menuruni bukit dgn hujan yg lebat. Kami sampai di Dien Bien pd pukul 3.00ptg.


DAY 22 (17 DEC 2015): DIEN BIEN (VIETNAM) - MUANG XAI (LAOS) (200 km)

Kami bergerak dari hotel pada pkl 9.30pagi. Hujan turun dgn renyai-renyai. Kami menuju ke Border TayTrang (Vietnam)(26km dr Hotel). Terletak betul2 di puncak gunung sgt sejuk, 5 deg C. 

















Kami bergambar di Him Lam Resort tempat kami menginap semalam di Dien Bien, Bandar terakhir di Vietnam sebelum memasuki Laos (North West Vietnam).



















Him Lam Resort dibina disebuah empangan di Dien Bien.

















Pemandangan sawah padi dengan background gunung yg hijau dengan kabus menutupi bahagian atasnya. Mmg cantik. Padi telah dituai sebelum musim sejuk lagi. Mereka menanam sayur-sayuran, ubi2 dan lain-lain lagi.

















Keadaan jalan menuju ke Border Tay Trang agak rosak kerana terdapat 2 buah kuari sebelum border. Jalannya cukup berliku dengan lori2 membawa batu-batu dipandu laju. Suhu sangat sejuk buat kami, peningkatannya sgt drastik dari 12 deg kepada 5 deg dlm 10km.

















Kami berada di hadapan Komplex Kastam & Immigration Tay Trang, Dien Bien, Vietnam. Alhamdullilah, urusan disini berjalan lancar dengan bantuan agent kami yg cekap. Urusan disini tidak smp 30minit. Tiada pemeriksaan motorsikal dan bagasi di sini, tidak seperti di Border Cambodia - Vietnam (Moc Bai) yg kami lalui sebelum ini.

















Kami bergambar sebagai tanda kenangan kami di Vietnam. Kami telah berada di Vietnam selama 15 hari. Banyak kenangan kami disini dari Selatan ke Utara. Alhamdullilah, kami melalui dengan gembira.

Urusan di immigration/ kastam berjalan lancar. 

















Ini adalah batu penanda kawasan negara Vietnam. Suhu sangat sejuk sehingga handpone ku mengalami sedikit masalah.

















Border Sop Hun (Laos) terletak di dalam Pongsaly Province. Ianya terletak 275km dari Luang Phrabang dan 230km dari Luang Namtha. Terletak diatas gunung. Kami smp di Border Sop Hun pada pkl 12. Time rehat mereka terpaksa tunggu 1 jam. 


















Inilah komplek kastam Sop Hun. Kami sampai disini betul2 pada pukul 12 tghari. Semua pegawainya sedang berehat. Mereka meninggalkan office mereka begitu saja. Pintu tidak dikunci dan terlalu senang utk membolosikan diri. Mereka semua ke quarter kediaman mereka yg terletak 500m dari kompleks tersebut. 

Bergambar dalam hujan di Sop Hun Border.Ini kompleks Kastam dan Immigration Sop Hun, Pongsaly, Laos. Kerajaan Vietnam memberi sumbangan kewangan dalam pembinaan kompleks ini

















Kami ke sebuah restoren di tepi kompleks kastam utk menunggu pegawainya berehat selama sejam. Kami memanaskan badan dgn meminum kopi panas2 disini.

Urusan di Immigration di Sop Hun berjalan lancar, kami meneruskan lagi perjalanan. Jalannya sungguh berliku..




















Terdapat beberapa tempat berlaku tanah runtuh (land slide) sepanjang perjalanan kami menuruni gunung di Border Sop Hun. Jalannya juga banyak berlubang. Berbeze dgn jalanraya di Vietnam. 


















Kami melalui berada disebuah jambatan merentasi Sg Nam Nura. Banyak buah perkampungan di sepanjang sungai ini. Kebanyakan mereka berada di luar rumah utk memanaskan badan di unggu api.

















Kami meneruskan perjalanan ke Muang Xai, Oudamxai dan sampai pd pkl 5ptg.

DAY 23 (18 DEC 2015): MUANG XAI (LAOS) - CHIANG RAI (THAILAND) (390 km)

Kami memulakan perjalanan dari hotel pada pukul 9.30pagi. 


















Kami bergambar di Shang Chung Hotel, Muang Xai, Oudamxay, Laos. Hotel ini adalah milik pengusaha dari China. Kebanyakan pekerjanya adalah orang cina.



















Jarak Luang Phrabang ke Muang Xai adalah 194km menyusuri jalan offroad yg mencabar menyusuri pergunungan. Ngeri mengingatkan pengalaman mengharungi Luang Phrabang waktu maghrib bersama isteri dgn RT.

Perjalanan lancar menyusuri perkampungan dilereng-lereng bukit. Jalan berliku-liku. 

















Jalan Oudamxay ke Luang Namtha menyusuri perkampungan dilereng bukit, agak merbahaya kerana, jalannya tidak berkaki lima dan lebih tinggi dari ground level. Anak-anak kecik selalu bermain-main di gigi-gigi jalan.



















Anak-anak kecil dengan pakaian kebudayaan mereka menuju ke Sekolah. Mungkin harini hari terakhir sebelum cuti sekolah. Mengikut info dari temanku, Ariv Fotomoto, sekarang ini musim perayaan Hmong di Laos, kanak kanak akan beratur dan membaling bola antara lelaki dan perempuan. Mainan dia simple jer, tapi sapa jatuh bola kena bagi hadiah bunga. Biasa main kampung lain lawan kampung lain, juga utk kanak kanak mencari pasangan.

















Mereka juga menjual hasil-hasil pertanian seperti labu, ubi-ubi dan sbgainya di pasar ini. Lokasinya adalah sebelum pekan Namor.

















Welcome to Luang Namtha. Rasa teramat-amat happy kerana dah sampai Thailand. Memang Thailand dah jadi negara kedua kami. Sawadee karp!!!


















Kami melalui Route 38. Jalannya cukup luas dan best tapi perlahankan kelajuaan apabila melalui kawasan perkampungan. Masa tu lah lembu, kambing dan babi nak melintas. Cara pemanduaan rakyat Laos lebih jauh berhemah berbanding pemandu/penunggang Vietnam.

















Kunming, China - Insyallah target kami seterusnya.


















Ini merupakan stor penyimpan makanan mereka seperti padi dan jagung, bangunan kecil bertiang tinggi dan tidak bertangga. Tangganya disimpan disisi bangunan. Ini bukan rumah.

















Pemandangan berkabus di pagi hari. Sungguh cantik dan sejuk. Jalan agak berliku tapi keadaan jalan mmg baik. Tapi anda hendaklah beringat di bukit terakhir sebelum Huang Xai (dari arah Luang Namtha) jalannya berlekuk terhasil dari mendapan, membentuk alur tapak tayar. Maintain ride dalam lekuk tersebut, jangan sesekali cross..mmg jatuh jawabnya.

















Perkampungan dilereng bukit.

Kami sampai di border Huang Xai - Chiang Kong pada pkl 2.45ptg. Suhu memang best dalam 12 degree. Urusan di border lancar. 
Kami di escort oleh pegawai kastam dari Huang Xai untuk masuk ke Kompleks CIQ Chiang Kong Thailand.



















Step-step:
  1. Sila ke Kaunter C17- Mereka akan isikan TM2 & TM4. Pastikan anda mempunyai 3 salinan (Passport Rider, Geran Motor dan Insuran Thai). Sekiranya terlupa membawa salinan, sila ke bangunan sebelah utk fotostat (THB 20).
  2. Kaunter C11 (Immigration)- Cop pasport dan TM2 & TM4. Bayaran dikenakan sbyk THB 200.
  3. Kaunter Custom.



















Kami seterusnya ke satu-satunya restoren halal di Chiang Kong, sayangnya tutup harini (Jumaat). 


Kami meneruskan perjalanan ke Chiang Rai.

DAY 23 (18 DEC 2015): CHIANG RAI - CHIANG MAI (190 km)

Harini aku mengambil peluang utk bersolat subuh berjemaah di Masjid Darul Aman, Chiang Rai. 

















Bersama-sama Iman Masjid Darun Aman, Chiang Rai. Hj Hussin.

Selepas itu kami membeli roti telur di gerai berhampiran masjid. 


Kami seterusnya ke perkampungan islam Koktong. 

















Restoren Hj Ikram Khan, Kg Koktong. Beliau menjual roti pada waktu pagi. Restoren cukup bersih dan makanannya pun menyelerakan.

















Roti canai berlaukkan ayam, anda patut mencubanya.

















Kami bergambar dengan Hj Ikram Khan. Beliau menetap disini sejak 1980 lagi. Berketurunan India (Patan) berkerakyatan Thailand.


















Selepas ini kami ke Restoren Nasi Berlauk Hj Hussin dan Hjh Halifa menjual beraneka lauk pauk dan dibuka sejak pagi lagi. Mmg best. Kami membungkus makanan utk dibawa ke Chiang Mai. (Coordinate: N 19.91760, E 99.84949)




















Ini merupakan Masjid Al-Islam, Kg Kok Tong yg terletak 2 km dari Chiang Rai. Terdapat lebih kurang 300 keluarga islam menetap disini. Kampung ini terletak disepanjang Sungai Kok.





















Kami ke pasar Chiang Rai menjual segala hasil pertanian yang sangat murah. Isteriku memang sangat happy kalu dapat ke pasar. Enjoy dia kata..boleh tengok kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan.


















Kami bergambar di Hotel Suknirand, Chiang Rai, 400m dari Masjid Darun Aman sebelum memulakan perjalanan menuju Chiang Mai.


















Kami berhenti membeli buah bidara di perjalanan ke Chiang Mai. Happy mak cik dapat rezeki awal pagi.

















Kami menuju Masjid Al Badar utk solat jamak. 

















Bagi yg pernah ke Chiang Mai pasti akan ternampak masjid berkubah emas di atas bukit. Inilah Masjid Al-Badar, Kg Pong Nam Ron, Chiang Rai.

















Kami bersolat jamak zohor asar di Masjid Al Badar. Kami bersama Ustaz Harun, Imam masjid ini. Beliau berasal dari Sadao dan belajar di Kangar, Perlis. Tidak ramai org islam yg menetap disini.

















Kami membuka bekalan makanan kami dan makan tengahari bersama Ust Harun. Mmg best..

Seterusnya ke Hot Spring. 

















Kami berada di Hot Spring di tepi jalan menuju ke Chiang Mai dari Chiang rai.

















Kami mengambil peluang utk merasa pengalaman merebus telur di hotspring ini.

















Memancing konon!...merebus telor selama 10minit!
















Merendam kaki dalam air panas mmg menyeronokkan

















Hot spring..

















Kami makan di Restoren Muslim di Hot Spring. Ada 2 kedai muslim di sini 1. Restoren Kamaruddin (seperti gambar ni) 2. Gerai Siti Sarah (Roti).

















Bersama Kamaruddin dan ibunya. Roti telur menjadi pilihan kami.

Kami sampai Chiang Mai pada pkl 6.30 ptg.

DAY 25 (19 DEC 2015): CHIANG MAI - BANGKOK (730 km)

Aku mengambil kesempatan utk solat subuh di Masjid Hadayatul, Chiang Mai. 


















Masjid Hadayatul, Chiang Mai. Mereka mengadakan majlis maulud Nabi.

















Bergambar dengan Imam Masjid Hadayatul, Chiang Mai, Hj Abdul Hadi yg berasal dari Pattani.

















Inilah hotel favouriteku, Hotel Nisa, Chiang Mai. Tahun lepas kami menginap disini juga tapi bernama Hotel Farouk. Hotel ini telah berpindah milik kepada owner baru. Lisa Residence hanya THB 550 (RM 55) sehari.

















Selepas itu kami ke Station Keretapi Chiang Mai utk menaiki keretapi ke Bangkok. 

















Chiang Mai Railway Station. Plan kami utk menaiki keretapi dari Chiang Mai ke Bangkok tidak menjadi. Kami terpaksa ride ke Bangkok sejauh 730km. Inilah jarak ride sehari yg paling jauh kami buat utk trip kali ni

Kami berhenti di Lampang utk sarapan pagi di Restaurant Adnan. 

















Ini gambar kedai beliau. Penduduk disini mengelarkan restaurant ini sebagai Restaurant Nara kerana Adnan berasal dari Narathiwat. Sup ekornya memang power. Kekadang beliau akan memasak gulai serati. Kami pernah membungkusnya utk ke Laos pada trip yg lepas.

















Kami bergambar dgn Abang Adnan dan Isterinya. Mereka merupakan pemilik restaurant halal di Lampang ini. Lokasinya agak strategik iaitu terletak 200m dari Masjid Al Falah, Lampang. Sekiranya kami ke utara Thailand, ini restaurant yg menjadi kemestiaan bagi kami. Abg Adnan berasal dari Narathiwat, 12km dari Rantau Panjang, Kelantan.

Seterusnya makan tengahari dan solat di Tak. 

















Kami makan tengahari di Restaurant Jamilah, Tak. Kami memesan ikan goreng dengan Sup Daging. Mmg terbaiklah..!!!

















Ini Pn Jamilah, pemilik restaurant muslim di Tak. Lokasinya berada betul2 ditepi highway 01.

Kami kemudiannya ke Masjid Darul Salam, Tak utk solat Jammak Zohor Asar. Ianya terletak lebih kurang 500m dari jalan utama.

















Aku bersama Hj Anas, Khatib Masjid Darul Salam. Terdapat sekumpulan jemaah tabligh dari Bangkok yg berada disana.

















Perjalanan diteruskan lagi, kami berhenti seketika apabila ternampak gunung yg unik sebelum Nakhon Sawan. Kebiasaannya kami lalu disini pada waktu malam. Tidak pernah nampak pemandangan ini. 

















Kami tertanya-tanya apakah yg mereka jual. Simbol hitam seakan-akan kepala kerbau. Kami menghampirinya, rupa-rupanya mereka menjual kelawar (bat) bakar. Tekejut kami. Route 32 sebelum exit ke Chai Nat.







Kami sampai di Bangkok 8mlm.




















Ini pemandangan pada waktu malam di Jalan Petchaburi 7, Bangkok. Memang sesak dan dipenuhi pengunjung. Asalnya kawasan ini didiami oleh penduduk selatan thailand; Pattani, Yala dan Narathiwat sekitar tahun 1880an. Restaurant halal dibuka sehingga pkl 10mlm, tidak seperti tempat lain yg akan tutup pada pkl 8mlm.

















Jalan Phetchaburi 7. Soi dalam bahasa thai bermakna jalan.

Motorku diparking di Hotel Dee. Memang comot motorku, masih membawa debu dan selut dari Kemboja, Vietnam dan Laos.



















DAY 26 (20 DEC 2015): BANGKOK - SG GOLOK (TRAIN) (730 km)

Harini aku mengambil peluang utk solat subuh di Masjid Darul Aman, Jalan Petchaburi 7 (Soi Surao), Bangkok. Diantara sebab kenapa aku bermalam di sini kerana terdapat Masjid dan Restaurant Halal yg banyak disepanjang jalan ni. 

















Masjid Darul Aman. Asalnya dibina oleh masyarakat islam di pada tahun 1882. Pada mulanya ianya hanyalah bangunan setingkat dengan senibina thai yg dipanggil "Panya". Sekarang, masjid ini telah diubahsuai dan boleh memuatkan lebih dari 1000 jemaah dalam satu-satu masa.

















Pemandangan masjid dari sisi.


















Aku bergambar dengan Imam Masjid Darul Aman (Ustaz Ahmad), Ustaz Nawi dan seorang kariah masjid di situ. Mereka semua berasal dari Pattani. Senanglah utk ku berbual-bual. Kawasan ini sering kali dijadikan pilihan utk pelancong islam dari Malaysia.


















Gerai-gerai makanan telah dibuka dari awal pagi lagi. Sungguh seronok, terasa macam berada di Kelantan.

















Nasi berlauk sudah tersedia dgn beraneka juadah yg menyelerakan.













Kami bersarapan pagi di Restaurant Yah. 


















Kami bersarapan pagi di Restaurant Yah. Yah berasal dari Pattani, Thailand, telah menetap di Bangkok selama 20 tahun. Namun restaurant ini baru dibuka 4 tahun yg lepas. Aku banyak kali juga makan disini.


















Gerai-gerai ini mewarni jalan disini.

















Kami bergambar dengan Dee, Pemilik hotel yg kami menginap. Beliau juga seorang biker. Beliau memiliki GS F 800. Beliau berasal dari Kho Yai, Nakhon Ratchasima (Korat).

Seterusnya kami ke Station Keretapi utk membeli ticket utk membawa motor ke Sungai Golok. Kami menaiki train pada pkl 3:15 ptg dari Bangkok - Sg Golok.

















Station MRT Hua Lamphong

















Kami bergambar di Hua Lamphong Station. Sekarang mereka telah membina surau yg baru yg terletak di Platform 4-5 berhawa dingin. Dahulunya surau terletak di tingkat 1, dipenjuru sebelah kiri bangunan ini.


















Surau baru di Station ini, siap diletak bunga lagi.


Semasa di stesen keretapi Hua Lamphong, Bangkok, aku bertemu dengan Lap dan kawannya dari Singapore. Kami pernah bersama-sama dalam GS Challenge 2015, Kho Yai, baru-baru ni. Mereka dalam perjalanan menuju ke Chiang Mai sebelum memasuki Laos.


Bangkok - Sg Golok. Untuk kabin kelas pertama mereka menyediakan sebuah shower (air panas) dan sebuah toilet yg berasingan. Cukup selesa dapat mandi di dalam train.


















Kami berada di dalam train menuju ke Sg Golok, Narathiwat, Thailand.

DAY 27 (22 DEC 2015):  SG GOLOK - TANAH MERAH (27 km)

Kami menaiki keretapi dari Bangkok ke Sg Golok (Station Terakhir) selama hampir 24 jam lamanya. Tiket kelas pertama agak selesa. 



















Tempat duduk kelas pertama agak selesa dan ada privacy. Terdapat katil double decker, meja makan dan sebuah singki dlm sebuah bilik. Pegawai bahagian kantin akan datang ke bilik utk mengambil order utk makan malam dan breakfast. Kami mengorder Tomyam Seafood dan roti bakar sbgai hidangan breakfast kami.

















Tong besi pelbagai guna. Kekadang menjadi meja makan, kerusi dan tempat duduk apabila solat sambil duduk.

















Pemandang hijau sebelum sampai ke Pattani. Sawah padi seluas mata memandang.

















Kami turun sekejap di Station Hatyai utk membeli sedikit makanan utk dimakan sambil melihat pemandangan indah disepanjang jalan. Kebiasaannya mereka berhenti disini selama setengah jam kerana terdapat ramai penumpang yg akan turun disini.

















Pulut Ayam, nugget, fishball dan buah-buahan menjadi pilihan bagi penumpang yg turun membeli makanan. Terdapat 2 gerai yg menjual makanan halal.

Kami sampai di Sg Golok pada pkl 3 ptg.

















Usaha menurunkan Gajah Merah bukannya mudah terpaksa dipapah oleh hampir 10 orang.

















Berjaya landing dengan selamatnya dibumi Sg Golok.

Kami bergambar dengan Team Sekolah- Sekolah Dungun yg ke Bangkok dalam misi training boling padang di Bangkok. Kami menaiki keretapi yg sama.
















Kami makan tengahari di gerai bawah pokok berhampiran station keretapi. Sungguh menyelerakan.



















Kami ke pasar Sg Golok sebelum ke CIQ Sg Golok. 

Urusan berjalan lancar tapi terdapat ramai yg beratur. 
















Agak ramai orang beratur di Immigration Sg Golok tapi ianya bergerak lancar. Tiada bayaran yg kenakan seperti Border Sadao (Dannok).


















Kami bertemu dgn Hj Long dan Isterinya dalam misi utk menawan Chiang Mai. Selamat jalan buat mereka.


















Selamat Pulang Ke Malaysia. Pintu sempadan ini bagaikan melambai ke arah kami utk segera pulang setelah berkelana selama 27 hari. Ride yg terpanjang dan terjauh bagiku.

















Inilah Sungai Golok yg menjadi sempadan diantara Malaysia dan Thailand.

















Jarak bukan jauh hanya 10m sahaja. Dahulunya bagi rakyat Kelantan, kami hanya menaiki perahu utk ke seberang.

















Alhamdullilah selamat tiba di Malaysia tanah tumpah darahku. Terima kasih buat Isteriku yg kerana menemaniku sehingga ke akhir misi kali ini.

















Terima kasih buat Kudaku Sang Merah yg menjalankan tugasnya dengan cemerlang!.

Alhamdullilah kami selamat sampai di Kg Alor Pasir, Tanah Merah pada pkl 6ptg.

















Pulang ke tempat kami bermula. Alhamdullilah. Kami berjaya merentasi 5 buah negara sejauh 5,200km selama 27 hari 26 malam. Terima kasih buat ibubapaku yg sentiasa mendoakan keselamatan kami.



MALAYSIA - THAILAND - CAMBODIA - VIETNAM - LAOS (5,200km) (27 hari 26 Malam)


----- Misi Tamat-------

POST RIDING:

24 Dec 2015
























Majlis Menyambut Menantu adikku, Dr.Azree dan pasangannya Dr.Hanun

25 Dec 2015
Kawasan perkuburan Islam, Ayer Lanas, Jeli.

















Jambatan Besi Kg Pulau Stelu, Gua Musang, Kelantan.

















Bersama Cikgu Suhaimi GTR di Gua Musang.

26 Dec 2015


















Selamat tiba di teratak kami di Semenyih.

No comments:

Post a Comment