Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

TRAVELOG: COUPLE RIDE 5 NATIONS (PART 01)

TRAVELOG: COUPLE RIDE 5 NATIONS 
MALAYSIA - THAILAND - CAMBODIA - VIETNAM - LAOS

Introduction

Alhamdullilah kami telah berjaya mengadakan ride penghujung tahun 2015 merangkumi 5 buah negara iaitu, Malaysia, Thailand, Cambodia, Vietnam dan Laos. Kembara kami kali mengabungkan 2 modes kembara yang berbeza iaitu Keretapi (Sg Golok - Bangkok - Sg Golok) dan Motorsikal.



Info:

Tarikh: 26 Nov 2015 - 22 Dec 2015 (27 hari 26 malam)
Jarak:  7,600 km [5,200 km (Ride) & 2,400 km (Train)]

Mode Kembara:

Train: Sungai Golok Railway Station - Hua Lamphong, Bangkok - Sungai Golok Station (2,400km)
Motor: Thailand (6 days), Cambodia (4 days), Vietnam (16 days), Laos (1 days)(5,200km)

Finding:

Thailand: 
  • Pengalaman baru menaiki keretapi (train) State Railway of Thailand (SRT). Anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di Thailand sekiranya berlaku motor breakdown semasa mengembara di Thailand. Very convenience 
  • Pertanian di Thailand lebih advance dan hasil pertaniannya lebih murah.
  • Hotel bersih dan harganya sangat berpatutan.
  • Jalanraya - terbaik. Pemanduan sebelah kiri (Left Hand Drive)
  • Masyarakat Islamnya ramai - 6% Populasi muslim di Thailand (4 Juta)
  • Terdapat masjid disetiap bandar-bandar besar.
  • Makanan halal mudah untuk diperolehi
Cambodia:
  • Kami menyusuri dan menyelami kehidupan masyarakat Islam disini. Masyarakat Islam terbahagi kepada 2 iaitu Masyarakat Islam Champa dan Masyarakat Islam Tempatan (mereka mengelarkan diri mereka sebagai Islam Jawa - Mengikut penjelasan dari Ust Hamzah). Hampir 2% populasi Cambodia adalah muslim (230,000 orang)
  • Masyarakat Islam Champa mengunakan bahasa Champ manakala penduduk tempatan berbahasa Khmer. Ada persamaan diantara Bahasa Champa dan Bahasa Melayu terutamanya nombor.
  • Masyarakat Islam kebanyakkannya petani dan nelayan.
  • Ramai penduduk Islam Cambodia boleh berbahasa Melayu kerana kebanyakkan ustaz-ustaz mereka belajar di Selatan Thailand, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ada juga diantara mereka berkerja di Malaysia.
  • Terdapat masjid dikebanyakkan bandar-bandar besar.
  • Makanan halal masih lagi mudah diperolehi.
  • Jalanraya melalui Koh Kong - Sihanoukville - Kompot - Krong Keab - Phnom Penh adalah baik.
  • Pemanduan sebelah kanan (Right Hand Drive).
  • Perlu berhati-hati dengan kenderaan besar yang selalu memotong
Vietnam:
  • Riding motorsikal dibandar-bandar besar seperti HCMC dan Hanoi agak meletihkan kerana mereka tidak mengikut peraturan jalanraya.
  • Masjid-masjid dibeberapa tempat sahaja seperti di HCMC, Hanoi dan beberapa tempat dikawasan pendalaman yang diimarahkan oleh masyarakat Islam berketurunan Melayu Champa. Masyarakat Islam di Vietnam hanyalah 1% daripada populasi Vietnam.
  • Makanan halal agak susah untuk diperolehi. Bekalan makanan dan kelengkapan untuk memasak harus dibawa.
  • Kelajuan pemanduaan dikawal dengan tegas, dikawasan bandar / penempatan - 40 km/j dan jalan biasa 60-80 km/j.

DAY 01 (26 NOV 2015): TANAH MERAH - BANGKOK

Kg Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan

Kami memulakan perjalanan pada pukul 8:45 pagi setelah bersarapan pagi di rumah ibubapaku di Kg Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Kami sempat membawa bekalan makanan masakan ibuku; laksam, ubi badak rebus, nasi, roti jala, sambal, ikan masin dan petai.

Kami bergambar dengan ibubapaku, sebelum memulakan perjalanan.






















































Kampung halamanku terletak 25km dari sempadan Malaysia - Thailand (Rantau Panjang - Sg Golok)

Pasar Siti Fatimah, Rantau Panjang (N 06.01926, E 101.97620)

Kami menuju ke Pasar Rantau Panjang (Pasar Siti Fatimah) yang baru siap menggantikan pasar lama yang terbakar dalam satu kebakaran beberapa tahun yang lepas. Kami membeli serunding daging atau dikenali "sambal daging" dikalangan penduduk kelantan dengan harga RM 25/ kilo.






























Sempadan Rantau Panjang - Sg Golok (ICQ)(N 06.01926, E 101.97620)

Kami seterusnya ke Immigration Rantau Panjang. Urusan immigration berjalan lancar. Aku mengesyorkan supaya dibawa geran original sekiranya ada; kerana ianya menjimatkan masa. Anda hanya perlu scan passport dan terus ke Sungai Golok. Sekiranya anda membawa salinan geran motor (copy); anda hendaklah:
  1. Menyediakan dua salinan geran- Siap-siap photocopy
  2. Membawa salinan untuk pengesahan di kaunter immigration Malaysia sebelum masuk. Satu salinan akan disimpan oleh immigration Malaysia dan satu lagi akan dibawa ke Immigration Thailand.
Kami menaiki jambatan yang menghubungkan Malaysia - Thailand yang disempadani dengan Sungai Golok yang tidak begitu lebar (kurang dari 10m)

Immigration Thailand
  1. Ambil dan isi Arrival / Departure Card (Kad Putih) - Di Sungai Kolok Port Health Office.
  2. Beratur di Kaunter 1,2, 3 & 4 - Arrival (Masuk Thailand) - Untuk cop passport. Tiada bayaran yang dikenakan seperti di Sadao, Betong dan Wang Kelian.
  3. Beratur di Declaration Counter - untuk declare motor masuk Thailand. Anda boleh membeli insuran motor disini dengan harga THB 30 (RM 40) valid untuk 3 bulan.
  4. Kaunter TM2 & TM4 - Ianya berada di luar bangunan (disediakan meja khas). Anda dikehendaki mengisinya dan perlu ditandatangani oleh pegawai bertugas.
  5. Declaration Form yang siap diisi dan ditandatangani perlu dibawa ke Meja Kastam yang tertugas. Declaration Form ini valid untuk sebulan sahaja. Sekiranya lewat untuk diserah; denda akan dikenakan sebanyak THB 1,000 sehari.
Kami mengambil masa selama sejam untuk selesai urusan tersebut. Kaunter agak sesak; mungkin disebabkan cuti sekolah akhir tahun sudah bermula.




Station Keretapi Sungai Golok (SRT - State Railway of Thailand)(N 06.02548, E 101.96449)

Aku terus menuju ke Station Keretapi Sungai Golok yang terletak 1km dari sempadan. Aku terus ke Kaunter; malang sekali, pegawai yang bertugas memberitahuku bahawa tiada pekerja yang boleh mengangkat motorku kedalam keretapi. Beliau mengarahkanku untuk ke menaiki keretapi dari Hatyai Junction yang terletak 256km dari Sungai Golok (3-4 jam ride).



Restaurant Aida (N 06.02465, E 101.96277)

Aku berhenti seketika untuk berehat sebelum memulakan perjalanan menuju ke Hatyai. Kami sempat berbual-bual dengan pengusahanya Pn Aida. Beliau memberitahu kami bahawa suaminya, Abang Jak adalah pegawai keretapi di situ. Beliau membawa kami ke station keretapi dan Alhamdullilah dengan bantuan beliau, kami berjaya menaiki keretapi dari Sungai Kolok.

Station Keretapi Sungai Golok (SRT - State Railway of Thailand)(N 06.02548, E 101.96449)

Bayaran yang dikenakan untuk membawa motor adalah THB 1,740 (RM 190) (Estimated 240kg) dan tempat duduk kelas pertama untuk "Special Express"- Train 38 (2 orang - atas (THB 1,553) dan bawah (THB 1,753) adalah THB 3,306 (RM 350)

Motorku bergerak lebih awal dengan menaiki keretapi (Train 172) iaitu pada pukul 12:00 tengahari.







Kami menaiki keretapi pada pukul 2:30 petang. Aku mengupah seorang pekerja untuk membawa  masuk barang-barangku kedalam keretapi dengan bayaran RM 20.

Isteri terlalu excited apabila pertama kali menaiki keretapi yang selesa di Thailand. Kami menjamu selera dengan hidangan yang kami bekalkan dari kampungku; Roti Jala. Seorang pekerja kantin datang ke bilik kami untuk mengambil order makan malam; apa lagi aku memesan Tom Yam. Memang best, anda patut mencubanya.

































DAY 02 (27 NOV 2015): BANGKOK - CHONBURI (85km)


Kami solat subuh di atas keretapi. Apa yang menarik adalah arah kiblatnya selari dengan katil menghadap pintu masuk memberikan ruangan yang cukup untuk bersolat. Kami mengambil kesempatan ini untuk menikmati pemandangan yang indah di negara Thailand dengan lebih dekat.

Kami bersarapan dengan roti bakar yang diorder dari kantin.

Station Keretapi, Hua Lamphong, Bangkok (N 13.73889, E 100.51667)


Kami sampai di Station Keretapi Hua Lamphong, Bangkok pada pukul 12:00 tengahari. Station ini merupakan station keretapi utama di Thailand yang memuatkan13 landasan keretapi yang menjadi pusat transit bersepadu antara train dari Selatan dan Utara. Ia menyediakan tempat menunggu yang luas dan selesa serta berhawa dingin. Terdapat sebuah gerai makanan halal di sini, dengan mengunakan sistem kupon. Terdapat sebuah surau yang besar di tingkat satu. Bagi memudahkan pelancong; mereka telah menyediakan sebuah pejabat khas bagi pelancong yang ingin membeli tiket.




Kami mengambil kesempatan untuk bergambar disini. Motorku belum sampai lagi. Aku mengajak isteriku berehat di Lounge VIP bagi pemegang tiket pertama. Ianya terletak bersebelahan landasan No.1. Kami terpaksa menunggu motorku sampai selama 1jam setengah.

Setelah sampai, aku memasang semula bag-bag dan paniers. Motorlah hendaklah ditolak keluar dari station. Anda tidak dibenarkan menghidupkan enjin motor di dalam kawasan station ini.


Kami bergerak pada pukul 2.30 petang. Cuaca sunggup panas diburukkan dengan trafiknya teruk. Macam dipanggang hidup-hidup rasanya. Mujurlah aku memecat jaket ridingku siap-siap dan diikat pada motor.

Masjid Chonburi, Thailand (N 13.35302, E 101.00305)

Kami bergerak ke Chonburi yang terletak 85km dari Station keretapi untuk solat jammak zohor dan asar disini kerana hari pun sudah lewat. Aku sempat berbual-bual dengan 2 orang jemaah disini iaitu Mobeen dan Jamaluddin. Aku bercakap dalam Bahasa Arab dengan Mobeen kerana mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Menurut beliau inilah satu-satunya masjid di daerah ini. Penduduk Islam dianggarkan seramai 1,000 orang.









































The Resort Hotel, Chonburi, Thailand (N 13.34953, E 100.99662)

Kami bersetuju untuk bermalam di Chonburi. Kami menuju ke The Resort Hotel yang terletak berhampiran bandar dengan harga THB 600 (RM 62) semalaman.










Aku mengeluarkan barang-barang makanan dan dapur gas. Isteri memasak nasi, ikan masin dan maggi di pekarangan hotel. Bau ikan masin cukup mengeliurkan. Alhamdullilah kenyang.


Note: 
Minyak - THB 330

DAY 03 (28 NOV 2015): CHONBURI - TRAT - KOH KONG (335km)


Kami bertolak dari hotel seawal jam 8.30pagi. Kami melalui Route 334 melalui Rayong. Kemudiannya kami melalui Highway 03 di Bandar Klaeng dan terus ke Chanthaburi. 

Kami sempat berhenti di sini untuk mengambil pucuk daun “ketereh” (Gajus) untuk dibuat hidangan makan malam kami. Di kawasan ini terdapat banyak pokok ketereh yang tumbuh meliar di sepanjang jalan. 






























Restaurant Muslim, Trat, Thailand (N 12.25059, E 102.50562)


Kami meneruskan perjalanan menuju Trat dan sampai pada pukul 12:00 tengahari. Kami ke restoren Muslim bersebelahan dengan Masjid Raudatulgeena, Trat.




Kami kebiasaanya akan berhenti disini sekiranya melalui Trat.


Kami memesan bihun sup dan nasi goreng seafood untuk dijadikan juadah tengahari kami.

Masjid Raudatulgeena, Trat, Thailand (N 12.25090, E 102.50571)

Kami solat jammak Zohor Asar di Masjid Raudatulgeena.


Senibina Masjid Raudalgeena memang cantik. 



























Aku mengambil gambar pelajar-pelajar perempuan di Sekolah Agama berhampiran dengan masjid ini.

CIQ Ban Het Lek , Trat, Thailand (N 11.65152, E 102.90907)

Kami meneruskan perjalanan di border Thailand - Cambodia pada pukul 3.00 petang. Urusan di custom dan immigration berjalan lancar.































CIQ Cham Yeam , Koh Kong, Cambodia (N 11.65064, E 102.91026)



























Urusan di CIQ Cham Yeam, Koh Kong, Cambodia berjalan lancar.




























Kami bergambar dihadapan Koh Kong Resort yang terletak 500m dari Border Cham Yeam, Cambodia

Kami meneruskan perjalanan merentasi Jambatan Koh Kong. Bayaran tol dikenakan apabila melalui jambatan tersebut dengan bayaran sebanyak Cambodia Riel 1,400 (RM 1.40).

Restaurant Muslim, Koh Kong, Cambodia (N 11.60981, E 102.97829)

Kami meneruskan perjalanan ke Restoren Muslim milik En Zakaria dan Pn Rokiah yg pernah bekerja di Malaysia selama 15 tahun (Sungai Buloh, Selangor).





























Restaurant ini terletak sebuah pasar basah tepi Sungai Meteuk.





























Papan tandanya nampak jelas apabila melalui jalan utama ini.





























Kami berbual-bual dengan En Zakaria dan Pn. Rokiah yang menceritakan pengalaman mereka ketika berkerja di Malaysia.
 


Subhanallah, sungguh cantik pemandangan ditepi Sungai Meteuk pada waktu petang.





























Terdapat sebuah jeti nelayan berhampiran dengan pasar basah.




























Kelihatan jambatan Koh Kong yang merentasi Sg Meteuk.































Perkampungan nelayan berhampiran sungai.

Kiang Kiang Guesthouse, Koh Kong, Cambodia (N 11.60981, E 102.97829)

Kami bermalam di Kiang Kiang Guesthouse, Koh Kong, Cambodia (USD 15). Ianya terletak berhadapan dengan Restaurant Halal tersebut.






Minyak - THB 300

DAY 04 (29 NOV 2015): KOH KONG - SIHANOUKVILLE (237km)

Masjid Mubarak, Kampung 4, Koh Kong (N 11.59580, E 102.97837)

Aku mulakan hariku dengan Solat subuh secara berjemaah di Masjid Mubarak, Kampung 4, Koh Kong. Alhamdullilah ramai jemaah tempatan yang datang bersolat subuh disini, hampir penuh 5 saf.


Pemandangan Masjid Mubarak pada waktu subuh.

Aku pulang semula ke hotel untuk membawa isteriku ronda-ronda di sekitar perkampungan Islam Koh Kong. Ianya terletak berhampiran masjid. Terdapat beraneka jaudah di jual di sini seperti Bahulu, Nasi Ayam, Mee Sup dan lain-lain. Kebanyakkan mereka adalah nelayan. Mereka membina rumah-rumah terapung berhampiran tepi sungai Koh Kong. Persekitarannya agak kurang menyenangkan kerana terlalu banyak sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai tersebut.





























Isteriku bergambar dihadapan sebuah kedai kopi disini





























Kuih tradisional, lempeng yang digulung bersama inti kacang.




















Pemandangan lorong utama di perkampungan Islam Koh Kong. Sejak subuh lagi, lorong di sini sudah sibuk dengan pelbagai juadah dijual disini.






























Ini pula Laksa Kemboja, mereka menggunakan bihun sebagai laksa dengan berkuahkan gulai lemak dan dimasukkan daun pudina.





























Mereka sedang membersihkan siput, mengingatkanku Gulai Siput Sedut di Salor, Pasir Mas, Kelantan yang memang terbaik.







Inilah rumah-rumah mereka yang dibina tepi-tepi sungai. Kebanyakan mereka adalah nelayan disini

Kami juga sempat berbual-bual dengan beberapa penduduk tempatan yang pernah tinggal di Malaysia. Kami membeli bahulu panas-panas untuk dijadikan juadah sarapan pagi kami.





Seterusnya aku membawa isteriku ke Masjid Mubarrak dan kami bertemu beberapa orang AJK Masjid tersebut antaranya En Omar (3 orang anaknya belajar di Pulau Pinang), En Rahim, Imam Muda dan Tok Siak. Mengikut mereka; terdapat lebih kurang 2,000 keluarga Islam yang menetap di sini. Di sini juga terdapat sebuah Markas Tabligh dan 3 buah surau.





Kami bersarapan pagi di Restoren Muslim Zakaria & Rokiah sebelum memulakan perjalanan pagi ini.

Kami bergerak ke Sihanoukville jam 9 pagi, melalui Route 48. Aku pernah melalui jalan ini pada bulan 3 tahun ini. Pada masa itu jalannya masih lagi bertanah merah yang licin apabila hujan. Namun sekarang sudah bertar, tapi jalanraya sangat licin dan bercorner menuruni dan menaiki bukit.




Bulatan Koh Kong







































Ini merupakan salah satu mercu tanda Koh Kong Province

























Jambatan Koh Kong sepanjang 1,900m yang merentasi Sg Meteuk merupakan jambatan terpanjang di Cambodia telah siap dibina pada 4 April 2002 dengan menelan belanja sebanyak USD 7.2 juta.

Restoren Aya Trapeang Rung, Dei Tumneab, Tatai (N 11.38469, E 103.25161)

Kami berhenti seketika di sebuah restoren Islam di kawasan Tatai. Isteri ternampak aneka jeruk yang dijual di dalam balang-balang kaca yang besar. Apa lagi, habis dicubanya. Kami juga membeli sebiji buah tembikai yang dijaja diatas motorsikal.



Restaurant ini terletak dilaluan utama Route 48 (National Road) menuju ke Phnom Penh dan Sihanoukville. 





























Ianya dijadikan sebagai R&R bagi pengguna jalanraya disini.






























Ini merupakan pengangkutan utama disini. Mereka menggunakan perkhidmatan van untuk Phnom Penh. Lihatlah bagaimana mereka menyusun penuh van tersebut dengan motorsikal dan barang-barang lain. Memang jarang terlihat bas melalui kawasan ini. Mereka berhenti seketika di restaurant tersebut.





























Restaurant ini menyediakan aneka juadah tengahari yang sungguh menyelerakan.





























Pn Fatimah merupakan pengusaha restaurant tersebut. Beliau berasal dari keturunan Champa. Aneka jeruk yang fresh.






























Isteriku membungkus hampir RM10 jeruk untuk dibawa ke destinasi kami seterusnya.

Perjalanan diteruskan melalui Highway 04 terus menuju ke Sihanoukville.

Sekolah Tahfiz Ulum, Kampong Som, Sihanouk Ville (N 10.57614, E 103.77363)


Kami berhenti seketika di Sekolah Tahfiz Ulum yang terletak 22km sebelum Bandar Sihanoukville. Sahabatku Hj Ishak telah menghubungi temannya Ustaz Nasir, Mudir Sekolah Tahfiz tersebut untuk menyambut kedatangan kami. Ustaz Nasir boleh bertutur dalam bahasa Melayu kerana beliau pernah belajar di Pattani dan 2 orang anaknya beliau belajar di Malaysia (Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan dan Madrasah di Pulau Pinang).


Lokasinya terletak 5km dari jalan utama, melalui jalan tanah merah.


Terdapat 30 orang Tahfiz di sekolah ini dan lebih kurang 120 orang murid sekolah dari kawasan berhampiran.












Pasar Orchomna terletak di jalan masuk ke Tahfiz.


Sebahagian rumah Ustaz Nasir yang diubahsuai menjadi asrama pelajar perempuan.
















Masjid Al-Farouk yang dibina ditengah-tengah kawasan Tahfiz.





























Terdapat beberapa buah kolam ikan haruan digali disekitar kawasan ini. Pendapatan dari jualan tersebut digunakan untuk menampung serba sedikit pembelanjaan tahfiz ini.






























Ini adalah bilik darjah untuk kelas Fardu Ain.




Padang bola yang dijadikan tempat beriadah bagi pelajar-pelajar disini pada waktu petang.




























Stor penyimpanan barang-barang.



Asrama Hafiz (Lelaki) yang agak daif. Sebuah rumah terdapat 2 pintu. Setiap pintu memuatkan 8 orang pelajar.

Pemandangan dari asrama (lelaki). Pelajar Tahfiz.


Beginilah daifnya asrama pelajar lelaki.

Apabila ditanya pasal bantuan, Ustaz Nasir memberitahuku beliau memerlukan lebih kurang RM 600 sebulan (Elektrik) untuk membeli petrol untuk menghidupkan generator. Sekiranya ada diantara kita yang ingin menghulurkan sumbangan (amal jariah) melalui Maybank (Bank in). Anda bolehlah menghubungi Ustaz Nasir (Tel/ Whatapps): +855 16 759 470. Aku mendapat tahu, bahawa guru-guru disini tidak bergaji, hanya






















Account Bank (Maybank) cawangan Sihanoukville, Cambodia.






















Terdapat cawangan maybank di Cambodia.





























Isteriku bergambar dengan pelajar wanita di Tahfiz ini.


Mereka telah menyediakan kami juadah tengahari yang cukup istimewa buat kami. Nasi Ayam yang sangat sedap. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan.





































Aku bergambar dengan Ustaz Nasir sebelum meneruskan perjalanan ke Sihanoukville.


Swiss Beach Guesthouse, Sihanoukville (N 10.60370, E 103.52772)

Kami menyambut perjalanan menuju ke Sihanoukville dan sampai pada pukul 5:00 petang. 



 Mercu tanda Sihanoukville, beberapa kilometer sebelum bandar tersebut.






Kami menginap di Swiss Beach Guesthouse (USD 18).





























Bahagian hadapan Swiss Beach Guest House




























Sebuah banglo yang mempunyai kurang daripada 10 bilik.





























Mempunyai halaman yang cukup luas untuk berehat. 

Restaurant Taj Mahal (N 10.60671, E 103.52422)






















Terdapat sebuah restaurant halal sekitar tempat kami menginap iaitu Restaurant Taj Mahal yang menyediakan Indian Food yang halal. Kami makan makanan yang dimasak di hotel sahaja.

Minyak - USD 13

DAY 05 (30 NOV 2015): SIHANOUKVILLE - BOKOR - KOMPOT - KEAP (180km)



Kami keluar ke Pantai Serendipity untuk melihat matahari terbit pada pukul 6.30 pagi. Ia terletak berhadapan dengan tempat tinggal kami. Kami bergambar sambil menikmati keindahan waktu pagi di sini.


Damai dan tenang melihat matahari terbit diufuk timur dengan deruan ombak membadai pantai.


Pantainya berpasir putih dan landai


Terdapat deretan restaurant seafood dan bar sepanjang pantai yang didominasi oleh pelancong-pelancong dari Barat.


Kami kembali ke guesthouse dan bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan pada harini. Kami bergambar dengan pemilik guesthouse; Andrew dan isterinya yang berkerakyatan Switzerland telah menetap disitu selama 2 tahun.































Masjid Krong Kampung Som, Sihanoukville (N 10.62348, E 103.51483)

Kami menuju ke Masjid Sihanoukville untuk bersolat Dhuha di sini sambil melihat ahli kariah disitu. Kebetulan disitu kami bertemu dengan Ustaz Abdul Rahman; jemaah tabligh boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Kami juga bertemu dengan Imam Masjid, Hj Abdullah; menurut beliau, terdapat 170  buah keluarga Islam yang menetap disini.

Masjid ini terletak ditengah-tengah bandar di kawasan berbukit di Ekareach Street 100.





























Aku bergambar dengan Imam Masjid, Hj Abdullah (Berkemeja putih berseluar hijau) disebelahku dan jemaah tabligh.

Bokor National Park (Preah Monivong National Park) (N 10.62349, E 103.53124)

Ianya terletak di Daerah Teuk Chhou, Wilayah Kompot dengan ketinggian 1075m diatas aras laut. Bokor Hill telah ditemui oleh Penjajah Perancis pada tahun 1917 dan dikembangkan menjadi resort pada tahun 1921.

Perjalanan diteruskan lagi menuju Tanah Tinggi Bokor melalui Highway 3 dan Highway 4. Pemandangan menuju ke Bokor agak cantik dengan lanskap gunung dan padi yang sedang menguning.



Kami sampai di Pintu Masuk (Check Point 01) pada pukul 10.00. Bayaran dikenakan sebanyak Cambodia Riel 2,000 bagi setiap motor.




Jalannya agak berliku tapi sangat bagus; tiada berlubang dan tidak licin seperti jalanraya sebelumnya. Tarnya mirip jalan di Malaysia; tidak berkilat. Kami sempat mengambil gambar dipertengahan jalan.




























Bukitnya terbentuk dari batuan berbentuk "cube" yang sungguh menarik





























Hutannya tidak begitu tebal.

Apabila sampai di Check Point 02; tunjukkan tiket masuk kepada security guard disini. Nasib baik aku tidak membuangkannya tadi.




Popokvil Waterfall, Bokor Hill (N 10.65781, E 104.05201)

Kami menuju ke waterfall. Bayaran Cambodia Riel 2,000 dikenakan bagi setiap pengunjung.

Popokvil bermakna "awan berpusing" kerana percikan air (mist) membentuk seakan-akan awan yang bergerak. Air terjun ini mempunyai 2 tingkat (2 tiers), tingkat yang pertama setinggi 15m dan tingkat kedua 18m.


 Terdapat sebuah restaurant berhampiran waterfall ini.




























Airnya sedikit kehitaman mungkin disebabkan kawasan ini bertanah gambut.





























Kami bergambar disini.

100 Rice Fields, Bokor Hill

Merupakan suatu kawasan berbatuan yang unik. Batuan ini membentuk seperti sawah padi dengan batuan berbentuk batas-batas di kiri dan kanan.































Le Bokor Palace (Old Casino Hotel) (N 10.62220, E 104.02664)

Le Bokor Palace telah dibina semasa penjajahan Perancis keatas Cambodia. Binaannya terbantut apabila 90 orang pekerja telah terbunuh semasa pembinaannya (1919). Telah diubah suai menjadi kasino tetapi tetap terbengkalai. Sungguh menyeramkan. Pernah dijadikan lokasi pengambaran cerita seram iaitu "City of Ghosts" (2002) dan "R-Point" (2004) .
























Photo dari Internet menunjukkan bangunan terletak di hujung tebing yang sangat tinggi.










Bergambar di bahagian hadapan bangunan Le Bokor Palace yang boleh dikatakan 60% pembinaannya telah siap.

Pelancong tempatan yang kami temui semasa berada di sini. Mereka jugalah telah membantuku mengangkat GS ku tumbang apabila terjatuh dalam lubang besar.

Berselfie di tepi bangunan ini.




























Welfie dengan isteriku, tiba-tiba jer ada yang bergambar dengan GS ku (Betul-betul orang bukan benda lain/ hantu).

Thansur Bokor Highland Resort (N 10.63613, E 104.01811)

Merupakan satu-satunya hotel/ resort disini.


Bangunan resort tersergam indah ditengah-tengah Bokor Hill. 



























Rumah Ustaz Hamzah, Kg Keh, Kompot (N 10.59817, E 104.23958)

Kami bergerak keluar dari Bokor menuju ke Kompot yang terletak lebih kurang 10km dari situ. Bandarnya agak besar. Kami menghubungi Ustaz Hamzah yang merupakan sepupu kepada sahabat ku, Hj Ishak Ahmad. Beliau membawa kami ke rumahnya 12km sebelum Krong Keab (Pantai). 

Keluarga Ustaz Hamzah semuanya datang menemui kami, mereka tinggal bersebelahan; sungguh meriah. Ustaz Hamzah boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih kerana beliau pernah belajar di Pondok Pattani. Beliau merupakan seorang ustaz yang mengajar ilmu agama bagi kanak-kanak di kampung ini. Beliau juga seorang bilal.


Bergambar bersama-sama keluarga Ustaz Hamzah (Berkemeja kuning dan berseluar hitam).

Bahagian bawah rumah agak tinggi dan diletakkan pangkin kayu dijadikan berbual-bual di petang hari.

Ahli keluarga Ustaz Hamzah. Anak beliau memakai jersi berwarna oren.


Mereka amat meraikan tetamu.

Wajah-wajah ceria

Mereka membina rumah agak tinggi. Kebanyakkan mereka meletakkan tempayan-tempayan besar ditepi rumah untuk menadah air hujan.

Pemandangan rumah-rumah disini.



























Beliau menjemput kami, makan tengahari dirumahnya. Makanan tengahari kami cukup menyelerakan; Ikan bakar yang cukup segar dengan air kelapa muda. Alhamdullilah 2 kali aku menambah nasi sekiranya ada budu masa tu mungkin 4 kali akan ku tambah.


Setelah solat Asar, Ustaz dan keluarga mengiringi kami ke Pantai Krong Keab. Kami minum dan berbual-bual seketika di sana. Kami sebelum itu singgah di Crab Market. "Kep" bermakna pantai dalam bahasa khmer.

Crab Market, Kep, Krong Keab (N 10.48870, E 104.28903)

Pasar ini menjual ketam-ketam yang dimasukkan dalam sangkar-sangkar kayu.


 Terdapat sebuah patung pahlawan berwarna keemasan dihujung pasar tersebut.



 Aneka ikan bakar segar dijual disini. Terdapat lebih kurang 5 orang peniaga Islam berniaga di pasar ini. Sungguh menyelerakan. Kebiasaanya ikan bakar ini akan dihidangkan bersama-sama sos cili (dalam botol mineral) yang sedap.




























Beach Town Guesthouse, Kep, Krong Keab (N 10.48000, E 104.29284)

Kami ke Beach Town Guesthouse untuk menginap disini (USD 18). Ianya terletak dibarisan kedai 2 tingkat yang menghadap ke laut.


Lokasinya agak strategik.





























Restaurant Mohamat, Kep, Krong Keab (N 10.48729, E 104.28925)

Kami keluar pada sebelah malam untuk membeli sotong bakar. Kami singgah di Kedai Muhammad, satu-satunya kedai Islam yang buka hingga lewat malam. Kami membungkus seekor sotong bakar yang besar dengan harga CR 10,000 (RM10)


 Senibina kayu menghiasi dekorasi dalaman restaurant ini.


Sotong Bakar.

Minyak - USD 10

DAY 06 (01 DEC 2015): KEAP - PHNOM PENH (180km)

Masjid Al-Qassim Nur Mutaqqin, Kep (N 10.52127, E 104.29239)

Aku memulakan harini dengan bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Al-Qassim Nur Mutaqqin, Kep dengan ahli kariah di situ. Ianya terletak 5 km dari hotel yang kami menginap. Alhamdullilah aku bertemu dengan Fakrulrazi yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Beliau pernah belajar di Shah Alam, Selangor.


 Terdapat pintu gerbang besar menuju ke masjid tersebut.



 Ahli kariah masjid tersebut.




Selepas itu, aku dan isteri ke Pasar Ketam (Crab Market) yang terletak 2 km dari penginapan kami. Pasar ini dibuka seawal 6.30 pagi. Terdapat beberapa orang penjual Islam di sini. Kami membeli Pancake disitu. 



Pancake yang dijual seawal jam 6.30 pagi di Crab Market.

Pasar masih lagi lengang.

Nelayan sudah sibuk untuk menaikkan hasil tangkapan mereka ke pasar ini

Ketam yang diasingkan megikut saiz tertentu.

Nelayan-nelayan sedang sibuk mengangkat ketam dari sangkar kayu.

Suasana di pasar agak sibuk pada waktu pagi. Kami memerhatikan gelagat orang disitu. Isteri bercadang untuk membeli sotong dan ikan untuk dibakar buat santapan tengahari kami. Malangnya pada waktu tiada lagi sotong dijual disitu.













 Aku bergambar dengan Fakrulrazi dan datuknya di Crab Market

Sassor Market (N 10.54703, E 104.01709)

Aku menghubungi Fakrulrazi untuk menanyakan pasar yang menjual sotong dan ikan. Beliau bergegas dari tempat kerjanya yang terletak 3km dari pasar tersebut. Beliau membawa kami ke Pasar Sassor yang terletak 5km dari situ. Sassor bermakna kuda putih yang menjadi simbolik bagi kawasan tersebut.


Pasar Sassor.


Kami membeli ikan kembung sekilo di sini. Ikannya sangat segar, baru sahaja dibawa naik dari jeti berhampiran pasar ini.



 Bergambar dihadapan pasar bersama Fakrulrazi.


Kami membeli sotong berbentuk bulat, jarang ditemui di Malaysia.

Kemudian aku mengajak Fakrulrazi untuk makan laksa kemboja di hadapan Masjid Keap. Rasanya agak berbeza dari laksa di Malaysia. Ia menggunakan mee segera sebagai laksa kuahnya sangat berbeza. Ianya terletak berhampiran dengan masjid.





Kami ke rumah beliau untuk mengambil sedikit garam dan kunyit. Kami memberi separuh daripada ikan kepada beliau. Masyarakat Islam di Cambodia memang baik hati terutama sekali meraikan tetamu mereka.



Rumah Fakrulrazi. Beliau tinggal bersama ibubapa beliau.

Jiran tetangga yang datang apabila melihat motor GS ku di parking dihadapan rumah Fakrulrazi.

Nenek beliau menolong kami membersihkan ikan dan sotong. Mereka masih lagi menggunakan kayu api untuk memasak dan pam tangan untuk mendapatkan air. Seakan-akan mengimbas kembali suasana Malaysia pada tahun 70an - 80an.

Dibahagian belakang rumah pula terdapat sawah padi yang luas sedang menguning. Sumber pendapat masyarakat di sini adalah nelayan dan petani.

Aku bergambar ditengah-tengah sawah padi.

Bergambar dengan keluarga Fakrulrazi dan jiran tetangga beliau.





























GS ku menjejakan kaki dibumi Keab.

Kami terus ke pantai dan mengorengkan sotong dan ikan. Memang best.





























Jemput makan.




























Pantai Kep sungguh indah dan tenang berbanding Sihanoukville yang sesak dengan pelancong Eropah.

Disini disediakan hemok-hemok untuk disewa bagi pengunjung disini. Kebiasanya CR 10,000 (RM 10). Anda boleh perhatikan pengusaha-pengusaha hemok ini akan bertanding sesama mereka untuk mendapatkan pelanggan. Kadang-kadang mereka akan menyekat kenderaan di lalu lalang disitu untuk ke tempat mereka.

Pemandangan sebuah teluk berhampiran tempat kami menginap. Sungguh hijau dengan berlatarbelakang hutan simpan Kep (Kep National Park).




Bergambar di teluk Kep






Kami bersiap dan bertolak ke Phnom Penh pada pukul 12 tengahari.

























Kami singgah di sekejap di monumen ketam "Blue Swimmer Crab". Ketam jenis ini banyak ditemui di sini.


Ketam Blue Swimmer berlengan biru.





























Masjid Al-Mukkaramah, Kep (N 10.54465, E 104.30814)

Semasa kami bergerak menuju ke Phnom Penh, kami terlihat sebuah masjid putih ditepi jalan iaitu Masjid Al-Mukkaramah yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia.





























Restaurant Hj Musa (N 10.69838, E 104.26394)

Membawa motor pada waktu tengahari cukup mencabar. Terasa sungguh mengantuk, aku membuat keputusan untuk berehat seketika untuk membasuh muka, tiba-tiba aku terlihat sebuah restaurant halal, Restaurant Hj Musa yang terletak di tepi Highway 3, di kawasan Chakrei Ting, Kampot.


Restaurantnya agak besar dan signboardnya jelas dapat diperhatikan




Kami minum air kelapa pandan yang manis bersama-sama mee sup yang sedap. 




Haji Musa merupakan pengusaha daging halal di kawasan Kampot, Keap dan Phnom Penh.


Beliau merupakan slah seorang usahawan yang berjaya disini.


Bersama Soleh(t-shirt putih)(anak Hj Musa) dan Ustaz Shaari yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Soleh dan seorang lagi adiknya merupakan siswa lepasan Universiti Madinah, Saudi Arabia.

Kami bergambar seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Phnom Penh, Ibukota Cambodia.

Tasnim Restaurant & Guesthouse (N 11.57951, E 104.91542)

Kami meneruskan perjalanan ke Tasnim Guesthouse (USD 15). Lokasi hotelnya agak strategik; ianya berada berdekatan Masjid Al-Sarkel Haram. Keadaan trafik, 25km sebelum Phnom Penh agak mencabar kerana kami sampai di sana waktu kemuncak iaitu pada pukul 5.30 petang.































Tasnim Restaurant & Guesthouse

Masjid Al-Serkal Haram (N 11.59503, E 104.91423)





























Bergambar di Masjid Al-Serkal Haram, Phnom Penh, Cambodia. Masjid ini bercirikan Masjid di Zaman Ottmaniah. Baru dirasmikan pada March 2015 oleh PM Hun Sen yg menelan belanja USD 2 juta. Beberapa orang kenamaan Malaysia telah dijemput semasa perasmiannya antaranya YAB Timbalan Perdana Menteri.

Minyak - USD 10




   --------------------------- TAMAT PART 01, BERSAMBUNG-------------------------------

Comments

  1. As Salam Sheikh...
    Syukur Alhamdulillah..terang, jelas, ringkas dan padat... terutama lokasi semejid...
    Kawe bagi 5 bintang...

    ReplyDelete
  2. Wsalam, terima kasih, secara berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  3. Salam bang. Kalau tak keberatan boleh ceritakan secara detail procedure border crossing di Trat - Koh Kong? InsyaAllah sy akan ke sana dalam masa 3 hari lagi.

    - Safwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. At Hat Lek, Trat (Thailand)

      1. Cop passport
      2. Return form TM2 & TM3
      3. Return form Declaration Form

      Cham Yeam, Koh Kong (Cambodia)

      1. Scan for fever (New procedure)
      2. Fill up arrival/ departure card
      3. Scan fingers

      # Berhati-hati biasanya ada agent akan cuba ambik kesempatan.
      # Tiada insurance diperlukan.
      # Tiada bayaran diperlukan

      Sila refer di http://touringcouplerider.blogspot.my/2015/03/paperwork-ride-to-cambodia.html

      Delete

Post a Comment