Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

RIDE & CAMP: CAMP SITE SG PAUH, CAMERON HIGHLAND

Alhamdullilah, Kami telah berjaya mengadakan Ride & Camp di Campsite, Hutan Lipur Sg Pauh, Cameron Highland pada 24 - 25 October yang lalu bersama keluarga. Kami menaiki GS dan dan sebuah kereta:

1. Mohd Aswade Ali
2. Razita Mohd Ariffin
3. Mohd Farhan
4. Rakna Sari Dewi
5. Raudhatul Jannah
6. Raudhatul Madinah






































Sabtu, 24 October 2015

Kami bergerak pada pukul 10:00 dari Semenyih selepas bersarapan pagi dirumah. Keadaan jalanraya lancar tidak seperti hari minggu yang lain, mungkin terkesan dari keadaan jerebu yang agak teruk. 

Check Point #1: Shell R&R Tanjung Malim (N 03.67677,  E 101.50028)

Aku berhenti di Shell R&R Tanjung Malim untuk mengisi minyak dan berehat seketika.




























Perjalanan diteruskan lagi, melalui Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Exit Tapah (Exit 132) menuju ke Cameron Highland. Bermulalah perjalanan berliku-liku menuju ke Cameron Highland. Jarak diantara Tol Tapah ke Cameron Highland lebih kurang 65km sahaja.

Check Point #02: Lata Iskandar (N 04.32405, E 101.32526)



Aku berhenti seketika di Lata Iskandar untuk menghirup udara segar dengan pemandangan air terjun yang menarik. Di sini terdapat barisan kedai-kedai di kiri dan kanan jalan yang menjual makanan, minuman dan hasil kraftangan penduduk tempatan. Kami mengambil kesempatan untuk minum air kelapa bersama kerepok lekor di sini. Sungguh nyaman.

Air terjunnya jernih dan terlalu sejuk untuk mandi. Lantas aku mematikan hasratku untuk mandi.






Untuk mendapatkan parking kereta disini agak payah kerana bahu jalannya terlalu sempit. Lata Iskandar terletak di corner yang paling tajam semasa menuju ke Cameron Highland. Aku dapat perhatikan terlalu sukar bagi kenderaan berat seperti trailer dan bas untuk melepasi kawasan ini.


Check Point #03: Bharat Tea Plantation (N 04.45404, E 101.36910)

Aku telah memberitahu Farhan Sekeluarga untuk berjumpa di Bharat Tea Plantation. Kami melalui Pekan Ringlet dengan jalannya cukup berliku. Kami sampai di Teh Bharat pada pukul 1.00 petang. Subhanallah, pemandangan disini sungguh mengkagumkan, hijau dan menenangkan jiwa.





Kami minum teh tarik sambil menikmati keindahan lanskap teh yang memenuhi beberapa bukit di sini.


Check Point #04: Campsite Sg Pauh (N 04.48026, E 101.38421)


Kami meneruskan perjalanan menuju ke Campsite Sg Pauh yang terletak di kawasan Pejabat Hutan, Cameron Highland. Anda bolehlah melalui jalan Kg Taman Sedia dengan melihat pintu gerbang yang besar di tepi jalan.

Kami sampai di campsite pada pukul 3.00 petang. Aku dan Farhan mendirikan khemah manakala isteriku dan Rakna sibuk menyediakan makanan tengahari kami. Menu makan petang kami; Nasi, Sardin, Gulai Daging (Brahim). Sungguh menyelerakan.


Campsite Sg Pauh sebenarnya masih lagi ditutup untuk penyenggaraan. Anda bolehlah menghubungi Pejabat Hutan di +605-4911384 untuk tempahan. Kebiasaannya bayaran dikenakan RM 5/ khemah. Campsite ini menyediakan kemudahan seperti tandas, surau dan lampu eletrik di sekitar tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan agak luas, pada anggaranku, boleh memuatkan 100 orang dan letak pasir di kawasan tersebut.


Air sungainya tidal dalam, hanyalah sedalam betis saja tetapi airnya jernih dan sangat sejuk. Semasa kami berada di sana terdapat beberapa orang turut serta berkhemah di situ termasuklah sepasang suami isteri dari Russia. Mereka menaiki sebuah motor scooter yang dibeli di Thailand. Mereka sudah mengelilingi Thailand dan Laos.


Petang itu, kami hidupkan api dan panggangkan daging buat makan petang. Suhu pada masa agak sejuk jugak dalam 23 degree Celcius. Sungguh enak rasanya.




Semasa menikmati keindahan dan kesegaran alam kami bertemu dengan Azllizal atau panggilan manjanya "Andy" yang berkebetulan lalu di kawasan perkhemahan kami apa lagi kami berbual-bual tentang Cameron Highland. Andy merupakan "Professional Mountain Guider" dari Tebing Tinggi Backpackers (TTB). Beliau juga menyediakan pengangkutan 4x4 untuk meronda-ronda di sekitar Cameron Highland. Apalagi aku menempat 4x4 untuk pagi esok dengan harga RM 150 (cukup berbaloi). Anda bolehlah menghubungi Andy di talian +6017-9997790

Hari menjadi semakin gelap. Kami menghidupkan unggul api untuk memanaskan badan. Suhu pada waktu malam turun dengan drastik lebih kurang 17 degree Celcius. Kami tidur lebih awal kerana hujan turun dengan lebatnya. Sejuk sangat. Mujurlah aku membawa sleeping bag yang cukup.

Ahad, 25 October 2015

Setelah menunaikan solat subuh, kami menyiapkan sarapan pagi sebelum bersiap-siap untuk keluar. Tak sanggup rasanya untuk mandi pada ketika itu. Pada pukul 8.30 pagi, Andy datang dengan menaiki 4x4 di Campsite.






























Ladang Strawberry Big Red (N 04.49541, E 101.38668)


Tempat pertama yang kami lawati adalah ladang strawberry yang terletak di kaki Gunung Brinchang. Aku telah banyak kali mengunjungi ladang strawberry sebelum ini.


Puncak Gunung Brinchang (N 04.51829, E 101.38274)

Kami berhenti seketika di ladang tea di kaki Gunung Brinchang.

 Pengalaman menaiki 4x4 cukup menyeronokkan buat kami sekeluarga.


Andy membawa kami terus ke puncak Gunung Brinchang yang berketinggian 2,032m (6,667 ft) dari aras laut. Ianya merupakan laluan berkenderaan yang tertinggi di Semananjung Malaysia. Aku dan Farhan menaiki Menara Peninjau (Watch Tower) yang terletak di puncak gunung tersebut. Gayat rasanya ditambah pula dengan angin yang bertiup kencang. Sungguh mendebarkan.





Mossy Forest (N 04.52425, E 101.38188)

Mossy Forest secara rasmi sedang ditutup sementara waktu. Andy membawa kami ke kawasan berhampiran Mossy Forest untuk bergambar. Kecantikannya cukup memukaukan kami semua.









 






Estate Tea Boh (N 04.51571, E 101.41647)

Pusat penanam teh BOH terletak di Sungai Palas telah bermula beroperasi pada tahun 1929 oleh J.A Russel semasa penjajahan British dengan keluasan 8,000 ekar. BOH memiliki 3 ladang iaitu di Sungai Palas, Habu dan Fairlie, Cameron Highland.
Di sini anda boleh melihat dengan lebih dekat proses penghasilan teh secara lebih dekat. Mereka menyediakan "Factory Tour" setiap 30 minit. Cukup menarik. Di buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang kecuali hari Isnin ianya ditutup.












Kami pulang kembali ke khemah pada pukul 2 petang. Setelah makan tengahari, kami bersiap-siap untuk pulang ke Semenyih.



                                             ----------------TAMAT--------------------














Comments

Post a Comment