Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

RIDE & CAMP: ROYAL BELUM, PERAK


Ride & Camp Royal Belum Rainforest

Alhamdullilah, kali ini aku telah menyertai satu lagi kembara offroad yang telah dianjurkan oleh F800GS Malaysia Community pada 9 - 11 Oktober 2015 yang lalu. Ianya berkonsepkan Ride & Camp di Royal Belum, Perak. Ride kali ini disertai oleh 19 orang peserta (17 buah motorsikal dan sebuah support car):
  1. Kamar Hussin (F800GS)
  2. Izani Mat Il (F800GS)
  3. Jamil (R100GS)
  4. Hasanuddin (F650GS)
  5. Pok Deng (F800GS)
  6. Rizzow (F800GS)
  7. Abad Hussain (CRF 250)
  8. Safawi (Support Car)
  9. Khairul (F800GS)
  10. Aswade (GS 1200 LC)
  11. Naim (R100GS)
  12. Faudzi Din (G650GS)
  13. Shahriman (F800GS)
  14. Ishar (F800GS)
  15. Olie (F800GS)
  16. Syed Kechik (F650GS)
  17. Pjoy (F800GSA)
  18. Ahmad (Support Car)
  19. Azawan (F800GS)
Destinasi kali ini adalah Sungai Singor, Belum, Gerik, Perak.





Day 01: Jumaat (09 October 2015)

Aku bertolak dari Semenyih pada pukul 07:00 pagi menuju ke Petronas R&R Rawang. Trafik agak sesak terutamanya di Lebuhraya SILK dan Lebuhraya Elite pada waktu kemuncak sebegini (7-8 pagi).

RV

Kami RV di Petronas R&R Rawang (N 03.33155, E 101.55855) pada pukul 07:45 pagi dan tayar bergolek pada pukul 8.15 pagi. Aku sampai di sana jam 8.00 pagi. Aku terus mengisi penuh minyak dan berkumpul dengan peserta yang lain. Majoriti peserta telah berada disana lebih awal. Kami kemudian bergerak ke Check Point #1 pada pukul 8.35 pagi.













































Check Point #1

Kami ke Warung Karim, Tanjung Malim (N 03.68702, E 101.52255) (berhadapan UPSI) untuk bersarapan pagi. Abang Jani dan Abad telah menunggu kami di Tol Tanjung Malim untuk membawa kami ke warung tersebut. Kami sampai di sana pukul 09:00 pagi.




Aku sempat berbual-bual dengan pemilik warung ini, En. Karim yang pernah mengelilingi dunia dengan kereta Mercedesnya bersama isteri beliau.

Setelah siap bersarapan pagi, kami diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan harini oleh Abang Kamar selaku Ketua Konvoi.


Aku telah ditugaskan untuk membacakan doa musaffir sebelum meneruskan perjalanan kami.



 Kami bergerak ke Check Point #2 pada pukul 09:35 pagi.

Check Point #2

Kami seterusnya menuju ke Petronas Simpang Pulai (N 4.58376, E 101.14405untuk berhenti seketika di sini melalui Lebuhraya Utara Selatan. Trafik lancar membolehkan kami bergerak lebih pantas. Kami sampai di sini pada pukul 10:30 pagi.




























Check Point #3

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Petronas Sungai Perak (N 4.71319, E 100.94489) untuk mengisi minyak dan berehat seketika di sini. Konvoi bergerak dengan lancar. Kami menunggu Olie dan Ishar tiba kerana mereka akan menyertai konvoi dari sini. Kami mengambil peluang untuk bergambar di sini.






























Check Point #4

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Gerik, Perak melalui Exit 143, Kuala Kangsar, Perak. Cuaca dan traffik sungguh baik.

































Kami sampai di Hentian Perah, Gerik (05.45080, E 101.15816) pada pukul 1.00 tengahari. Kami berhenti di sini untuk makan tengahari. Hanya beberapa buah restoren sahaja yang dibuka pada haritu. Menu tengahariku, sup tulang. Memang best.


Selepas makan, kami ke Surau di sini untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar sebelum memasuki offroad.



























Check Point #5

Hari mulai gelap, kami meneruskan perjalanan sebaik support car tiba di Hentian Perah. Kami seterusnya menuju ke Station Minyak Shell (N 05.45500, E 101.19208) untuk mengisi penuh minyak. Tiba-tiba motor Hj Jamil tidak dapat dihidupkan, Alhamdullilah ada diantara kami yang membawa 'Power Bank' untuk mengecas bateri tersebut. 

 Check Point #6

Kami meneruskan perjalanan. Hujan turun dengan lebatnya di sekitar tasik banding, kami memperlahankan konvoi. Basah kuyup dibuatnya. Penglihatan juga sangat terbatas kerena visor helmet sudah menjadi kabur (berpeluh). Angin juga sangat kuat semasa kami melintasi jambatan Tasik Banding membuatkan kami terhuyu-hayan. Akhirnya kami sampai di simpang ke Air Banun (N 05.56906, E 101.41923) pada pukul 3:30 petang.























































Perjalanan diteruskan 1.2 km dari simpang Air Banun ke permulaan offroad (N 05.56047, E 101.41290). 



Bermulalah episod off-road yang cukup mendebarkan dengan hujan yang masih lagi mencurah lebat membuatkan jalan teramat licin. Air hujan mengalir laju di dalam bekas tapak tayar 4WD. Abang Jani mengepalai konvoi. Aku mengikut rapat dibelakang beliau, malang tidak berbau, motorku gagal dikawal dengan sempurna di selekoh tajam semasa menaiki bukit, lalu jatuh menyembah bumi. Serba sedikit menyebabkan moral kawan-kawan yang lain tergugak. Semua halangan harus diharungi dengan tenang.

Di kawasan ini terdapat pangar dengan kabel berarus elektrik untuk menghalang binatang dari memasukinya. Ada diantara kami yang terpegang dawai ini, terkena kejutan elektrik (Mild). Terkejut dibuatnya.





























Kali ini aku berpasangan dengan Syed, meneruskan perjalanan. Kami berhenti seketika untuk menunggu yang lain datang sambil makan "Mister Potato" bercicahkan air hujan.


Kami meneruskan perjalanan dengan penuh debaran. Segala kemahiran off-road kami gunakan untuk mengharunginya.
















Sekali lagi tayar belakang ku terperusok ke dalam parit yang dalam semasa menaiki bukit. Empat orang sahabatku telah membantu mengeluarkannya. Alhamdullilah berjaya. Perjalanan diteruskan lagi sehingga terdapat halangan pokok tumbang merentasi jalan, aku jatuh semasa lintasi batang pokok tersebut.











































































































Video ikhsan dari Ishar:

Kami sampai di jambatan besi Sungai Singor (N 05.52277, E 101.47650) pada pukul 6:00 petang. Sepatutnya kami akan berkhemah di tepi sungai lebih kurang 16km dari jambatan besi tersebut, disebabkan keadaan jalan yang begitu licin, Abang Jani telah membuat keputusan untuk bermalam berhampiran dengan jambatan tersebut. Melintasi jambatan besi agak mengayatkan dengan arus Sungai Singor yang mengalir deras.


























                                                                


Tugasan kami seterusnya adalah mendirikan khemah masing.



























Aku dengan khemah "Lone Rider" mewarni lanskap perkhemahan kami




































Safawi, Abad dan Abang Jali sibuk menyediakan makan malam kami. Hafizi pula bertungkus lumus menyediakan kambing bakar. Menu makan malam kami adalah Nasi, Ikan Asam Pedas, Kobis goreng, sambal belacan dan kambing bakar. Memamg best. Hujan turun dengan renyai-renyai. Kambing bakar terpaksa dibuat dibawah teduhan khemah.










Selepas makan, kami mengenakan kopi o panas-panas bersama-sama kuaci sambil bersembang-sembang. Berada di dalam hutan terasa bagai masa berlalu agak lama jika dibandingkan berada rumah. Gelak ketawa kami memecah kesunyian malam hutan belum diiringi dengan bunyi unggas yang saling sahut menyahut.























































Ada diantara kami yang berpindah ke khemah utama kerana air hujan telah masukki khemah mereka. Aku terus khemah untuk merebahkan tubuh setelah seharian bertungkus lumus mengharungi offroad yang ganas.

Day 02: Sabtu (10 October 2015)


Setelah solat subuh, aku keluar dari khemah, Subhanallah sungguh cantik pemandangan waktu pagi di sini dengan kabus yang menutupi bahagian atas pokok.










Khemah Syed, Ishar, Faudzi, Pok Deng dan aku terpaksa dialihkan ke tempat yang lebih selamat.






























Ishar cuba memasang "Safety Alert Alarm Warning" untuk mengejutkan beliau sekiranya tebing sungai runtuh lagi dengan menggunakan tali dan batu yang diikat ke beliau.












Haji Jamil memberitahu kami, beliau terdengar bunyi babi hutan berhampiran khemah beliau semalam. Aku dapat lihat kesan tapak kaki babi hutan disitu.




Sarapan pagi kami sungguh special, iaitu pulut pagi yang dikepal dengan ikan manis dan ikan rebus goreng. Mengingatkan nostagia lamaku semasa di kampung dulu; pulut pagi dengan ikan masin "ikan tambang". Memang best sangat.
































Selepas bersarapan pagi, kami semua ke jeram yang berhampiran untuk mandi-manda (N 05.52277, E 101.47626), membasuh pinggan mangkuk dan aktiviti-aktiviti lain. Airnya sungguh jernih dan sejuk.





























Bergotong royong membasuh pinggan mangkuk.





















Mencari kayu api

Khairul, Wan, Naim, Hassan dan Man bertungkus lumus membawa kayu api ke camp site.






















Memancing

Pok Deng dan Pjoy tidak melepaskan peluang untuk memancing disini. Airnya terlalu keruh.



























Menjala

Abang Kamar, Olie, Pjoy, Fizi dan aku turun menjala. Memang seronok. First time aku belajar cara menebar jala.





















Hasil tangkapan menjala kami.



























Makan Tengahari

Menu makan tengahari kami adalah Gulai Kawah, Puyu pekasam dan ikan goreng hasil tangkapan kami. Sungguh menyelerakan.




Geng 3 Suku - Offroad

Selepas makan tengahari, Geng 3 Suku yang terdiri daripada Abang Jani, Syed, Olie, Pok Deng, Man, Pjoy, Faudzi, Safawi, Naim, Hassan, Fizi dan Aku. Aku orang yang pertama jatuh apabila menaiki bukit yang agak tinggi kerana tersalah pilih laluan.


Aku menuruni balik bukit tersebut untuk mencubanya sekali lagi. Kawan-kawan yang lain berpendapat aku terus pulang ke Camp Site. Mereka terkejut apabila aku memecut laju menaiki bukit tersebut. Clutch lever patah semasa terjatuh tadi.

Ternyata jalannya masih lagi licin dan berlumpur tebal.




























Aku meneruskan lagi perjalanan, ramai juga kawan-kawan yang senasib yang gagal mengawal jentera di jalan offroad yang cukup ganas.




























Semasa aku menuruni bukit, aku ternampak tayar depan motor Hassan terperosok ke dalam parit. Aku tidak dapat menolong beliau kerana jalannya terlalu curam. Lalu aku meneruskan perjalanan untuk mencari tempat yang lebih rata untuk menolong Hassan yang ketika itu berseorangan.



























Aku menuruni bukit dengan penuh berhati-hati, dek kerana silap percaturan, aku telah terjatuh ke dalam parit sedalam 1m. Alhamdullilah aku terselamat daripada dihempap motor kerana aluminium pannier motorku tersangkut pada tebing. Motorku terbalik 180 degree. Semasa aku masih lagi dalam parit, Pasukan New Zealand yang menyertai acara Iron Bound melintasi tempat tersebut, aku hanya mampu menyebut "Hi". Terkejut mereka melihatku.

























Empat orang diperlukan untuk mengangkat motorku. Alhamdullilah, hanya Side Mirror sebelah kiri sahaja yang patah. 

Ada sebuah 4WD melintasi kami, mereka memberitahu bahawa jalan dihadapan terlalu licin menyebabkan mereka berpatah balik. Abang Jani selaku Ketua Geng 3 Suku mengarahkan semua untuk berpatah balik.



























Kami pulang ke Camp Site pada pukul 4.00 petang dengan memori yang cukup terkesan. Kemudian kami ke Jeram, kerana tempat itu telah dijadikan check point.























































Kami kembali semula untuk makan petang dengan menu Cekodok Ikan Bilis dan Ubi Kentang Goreng.









































Malam itu kami nyalakan unggu api sambil melihat gambar-gambar dan video-video dari laptop Syed.





Pemandangan khemahku waktu malam.





















Makan Malam

Menu makan malam kami adalah Sup Tulang, Maggi dan Telur Dadar.





















Aku tidur jam 10 malam.

Day 03: Ahad (11 October 2015)

Setelah bersolat subuh, kami mengambil kesempatan untuk berbual-bual sambil menikmati keindahan waktu pagi di sini sebelum sarapan pagi.

























Setelah bersarapan pagi dengan nasi goreng, kami ke Jeram untuk mandi-manda. Kami terus bersiap-siap dan menurunkan khemah masing-masing.

































































Memulakan perjalanan pulang.





















Aku, Ishar, Naim dan Hj Jamil memulakan perjalanan lebih awal iaitu pada pukul 10 pagi. Perjalanan pulang jauh lebih senang berbanding kami datang tempoh hari. Jalan sudah kering. Kami boleh memecut sedikit. Ada beberapa tempat masih lagi terdapat takung air yang licin.

















































Check Point #7

Kami berkumpul semula di Simpang Air Banun untuk penerangan selanjutnya dari Abang Kamar





















Aku mendapat tahu bahawa jaket BMW milik Rizzow telah terjatuh semasa menuju ke sini. Rizzow berpatah balik untuk mencarinya tapi sayang usahanya gagal kerana jaket tersebut tidak dapat ketemui.

Check Point #8
Kami seterusnya ke Hentian Perah untuk makan tengahari dan bersolat.





Check Point #9
Kami seterusnya berhenti Station Minyak Petronas Gerik  (N  5.56513 , E 101.03072) untuk mengisi penuh minyak.

Check Point #10
Kami seterusnya berhenti di Station Minyak Petronas R&R Sungai Perak menghala ke selatan untuk berehat seketika (4.71363, E 100.94579)

Check Point #11
Hujan turun renyai-renyai semasa kami sampai di Simpang Pulai. Trafik juga agak sesak kerana banyak kenderaan bergerak menuju ke ibukota. Dalam perjalanan tersebut aku menerima panggilan dari Isteri memintaku terus pulang kerana ada hal penting.

Aku memecut lebih laju dari konvoi menuju ke Shell R&R Tapah (4.17888, E 101.29081). Kemudian aku menghantar mesej untuk kepada group untuk bergerak terlebih dahulu.

Hujan lebat sepanjang jalan menyebabkan aku basah kuyup.

Alhamdullilah, aku sampai di Semenyih pada pukul 7:00 petang

-------------------TAMAT-------------------

Koleksi-koleksi video:

PART 1:

PART 2:

PART 3:



PART 4:

PART 5:

PART 6:

PART 7:

PART 8:


--------------------------------------------------------------
Nota: 
Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang visual:
Gambar: Faudzi Din, Olie, Pjoy dan Syed Kechik
Video: Ishar, Pok Deng dan Syed Kechik
----------------------------------------------------------------

Comments

Post a Comment