Tuesday, 7 July 2015

NIGHT OFF-ROADING: FULL MOON RAMADHAN 2015 (03 JULY 2015)



























Alhamdullilah, terima kasih buat penganjur yang telah berjaya mengadakan "Night Off-roading" pada 03 July 2015 yang lalu yang sungguh menarik. Penyertaannya juga di luar dugaan. Pada peringkat awalnya terdapat seramai 29 orang peserta tetapi ianya meningkat kepada 40 orang pada malam itu. Senarai awal peserta adalah seperti berikut:

01 : Xr Rider
02 : Mel Taib 
03 : Sam Jamaludin 
04 : Cee Kay 
05 : Sean Nunis 
06 : Faizal Sukree
07 : Jovey Lee 
08 : Salleh 
09 : Robert Cheong 
10 : Ahai 
11 : Mohd Aswade Ali
12 : Sierra Romeo
13 : Pok Deng
14 : Aznal Ali
15 : Faisal Musa
16 : Asri Ismail
17 : Faudzi Din 
18 : Syed Kechik Mahadi Aj
19 : Olie Pedrosa JDM
20 : Mustafa
21 : Arif izzudin
22 : Khai Zabidin
23. Faisal Musa
24. Mus Salleh
25. Ivan Yong
26. Shahzan Amir
27. Jit Tiger Merah
28. Jo Johan
29. Zolkifli Maznah 

Ia merupakan satu pengalaman yang baru bagi ku, off-road pada waktu malam, teruja, menarik dan sungguh memberangsangkan. 

R&R Jejantas Sg Buloh (N 03.18787, E 101.58624)

Aku bertolak dari rumahku pada pukul 10 malam selepas solat terawih dan sampai di R&R Jejantas Sg Buloh pada pukul 10.45 malam. Boleh dikatakan lebih daripada 70% peserta telah berada disitu pada masa tu. Aku sempat bergambar bersama-sama teman-teman Rimba Raid ku, Syed, Ishar, Ivan, Ahai, Sean Nunis, Asri, Aznal, Capt Nik dan ramai lagi. 






































Aku, Asri, Syed dan Ivan berhenti seketika di Station Minyak Caltex R&R untuk mengisi minyak sebelum memulakan perjalanan. Dalam masa yang sama peserta-peserta lain sudah memecut laju menuju ke Tol Lembah Beringin. Aku mengekori laju Asri dari belakang tetapi malangnya Syed jauh tertinggal di belakang. Lalu aku memperlahankan motorku, tapi Syed masih juga belum muncul.

Tol Lembah Beringin (N 03.57229, E 101.52781)

Aku menerima panggilan telepon dari Syed yang menyatakan beliau dan seorang lagi teman telah tersesat di Bukit Beruntung. Aku memberitahu beliau supaya meneruskan perjalanan menuju ke Lembah Beringin. Hampir 30 minit aku menunggu mereka. Dalam masa yang sama, aku menghubungi Asri dan Capt. Nik untuk memberikan aku coordinate konvoi masa itu. Mereka semua telah sampai di Tasik Sg Tengi.

Skuad Penyelamat (Rescue Team)(Sean Nunis, Hairul dan Khai) telah dihantar untuk membawa kami ke Tasik Sg Tengi. Terima kasih tak terhingga buat Rescue Team.

Dalam masa yang sama satu lagi team yang telah dihantar untuk menempah tempat di restaurant di Bukit Beruntung.



Tasik Sungai Tengi (N 03.54194, E 101.49643)



















ABS: Off
Suspension: Soft
Mode: Enduro Pro
Tyre: Metzeler Karoo 3 (Pressure: Front - 2.0 / 2.3 Bar)
Pannier: Aluminium Panniers (Left/ Right/ Top)

Laluan off-road yang agak mencabar. Terdapat banyak batu-batu besar di laluan ini. Kalau diperhatikan, ianya persis batu sungai (well rounded type). Ditambah pula dengan keadaan muka bumi yang berbukit (menaiki dan menuruni bukit) yang gelap gulita.

Kami sampai disana, lebih kurang 20-30 minit melalui off-road berbatu. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan yang mencabar. 

Photos: Night Vision Effect (by Capt Nik)







Jambatan Kuala Kerling (N 03.48417, E 101.53859)

Tasik Sg Tengi - Kg Tagar:





















Laluannya agak mencabarkan kerana laluan off-roadnya diselitupi debu tebal (+/- 2")(~Silt stone) sudah cukup untuk membuatkan tayar anda menari-nari tidak keharuan. Alhamdullilah, pengalaman semasa Rimba Raid Mat Daling haritu banyak mengajar aku tentang menjinakkan DP bike (Dual Purpose) yang berat.

Terdapat 2-3 buah motorsikal hilang kawalan sehingga jatuh semasa melalui laluan ini. Kami bersama-sama membantu. Aku cukup kagum dengan kecekapan dan keberanian rider yang bawa pillion meredah off-road yang cukup mencabar ini.

Photos by Capt Nik (Xr Rider) and Ivan Yong





























Kami melalui terowong yang melintasi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Hiway) di Bukit Tagar. Kami bernasib baik kerana laluan tersebut kering, kalau tak, terpaksalah kami meredah air.



Kg Tagar - Jambatan Kuala Kerling:

















Kami menyeberangi Sungai Selangor di Kampung Kuala Kerling. Terdapat beberapa orang kaki pancing sedang memancing, mereka agak terkejut apabila melihat kami yang datang dalam segerombolang. Kami berhenti seketika di sini untuk regroup, jika ada yang tertinggal.
























Restaurant Salam 1 Cafe (N 03.42914, E 101.55735)

Perjalanan diteruskan lagi. Laluannya hampir sama. Kami ride sambil berdiri di atas foot peg untuk merendahkan graviti point dan posisi yang terbaik untuk mengawal jentera yang berat dilaluan off-road.

Aku terkejut apabila terdapat sebuah lori satu tan berhenti sebelah kanan jalan, nasib baik Capt. Nik telah memperlahankan pergerakan konvoi.






















Kami sampai di Restaurant Salam 1 Cafe pada pukul 2.30 pagi.































































Semasa kami sedang bersahur (3.30 pagi) hujan turun dengan lebatnya. Alhamdullilah, kalau lah kami terlambat tadi, nightmare, laluan menjadi lebih ganas dan teramat sukar kerana terlalu licin terutama bagi rider yang memakai "Road Tires".

Setelah bersahur, kami bersalaman dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Aku sampai di Semenyih pada pukul 4.25pagi.

Note: 

Map: https://a.rever.co/rides/18386

-----------------------------------------TAMAT--------------------------------------- 

No comments:

Post a Comment