Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

RIMBA RAID (13-15 MAY 2015): MAT DALING, JERANTUT, PAHANG

 RIMBA RAID: PERTEMUAN ANTARA MANUSIA, JENTERA DAN ALAM









Tahniah dan jutaan terima kasih tak terhingga buat penganjur yang telah bertungkus lumus sehingga "Rimba Raid 2015" telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlangnya. "Rimba Raid" telah banyak mengajar aku tentang cara mengendalikan jentera (big bike) yang berat di jalan off-road yang ganas melalui likuan berdebu diselang-seli kolam lumpur yang cukup untuk mengecutkan perut. Melintasi lereng-lereng bukit yang tidak berhadang. Namun kepuasan dan adventurous menjadi adrenaline untuk kami meneruskan perjalanan hingga ke destinasi yang dituju walaupun 1001 ujian mendatang, kami terus mengharunginya.






















Click Here for Video (Mat Daling Aerial Teaser)

Click Here for Video (Mat Daling in Air)

Day 01: 13 June 2015 (Sabtu)

Sesudah solat subuh didirikan. Aku mengambil suit riding HELD ku sebagai pilihan walaupun tebal tapi ia sesuai untuk menyahut cabaran kali ini. Aku memulakan perjalanan pada pukul 6.30 pagi setelah doa musafir dibaca.

BHP, Lebuhraya Karak (N 3.25346, E 101.72782) (RV 1)(50km)

RV pertama kami di BHP, Lebuhraya Karak. Aku sampai di sana jam 7.00pagi. Terdapat lebih kurang 10 buah motorsikal (Dual Purpose - DP) sudah berada disana. Setelah mengisi minyak, aku bersarapan dahulu di Old Town White Coffee. Aku bersuai kenal dengan beberapa orang peserta yang lain.























Sean Nunis, selaku ketua konvoi telah memberikan ucapan (briefing) yang cukup ringkas dan jelas tentang perjalanan yang bakal ditempuhi harini. Kami bergerak menuju Tol Termerloh (RV 2) pada pukul 08.10 pagi. Pergerakan konvoi adalah bebas memberi keselesaan bagi rider yang berbeza dari segi cc motor dan skill menunggang.

Melayani corner-corner di Lebuhraya Karak cukup menghiburkan.

Tol Temerloh, Pahang (N 3.50384, E 102.40237) (RV 2)(116km)

Kami sampai di Tol Temerloh jam 9.30 pagi. Kami berhenti di sini seketika untuk berkumpul semula (regroup). Aku bertemu dengan Abu Zahrim, beliau menaiki pick-up yang sudah tiba disini lebih awal. Setelah semua berkumpul dan peringatan ringkas diberikan kami terus bergerak menuju ke Jerantut.









































Shell Jalan Feri Jerantut, Pahang (N 3.95980, E 102.43146) (RV 3)(58km)


Kami sampai di Shell, Jalan Feri Jerantut pada pukul 10.15pagi. Station minyak Shell ini merupakan station minyak terakhir sebelum kami meredah hutan belantara di laluan off-road. Kami regroup dengan group dari Pulau Pinang yang telah menginap di chalet terapung di Jerantut sehari lebih awal.


Aku bertemu dengan sekumpulan biker (RXZ) yang dalam berjalanan menuju ke Cameron Highland. Walaupun berbeza cc kita tetap berkongsi hobi yang sama.


R&R Kuala Tahan, Pahang (N 4.36002, E 102.39826) (RV 4)(56km)

Setelah minyak diisi penuh, kami meneruskan perjalanan. Kami membelok ke kiri melalui jalan menuju ke Taman Negara Kuala Tahan. Laluan bertar sejauh 56km melalui kawasan kelapa sawit di Felda Padang Piol dan Sungai Retang. Jalannya sempit, berliku dan menyusuri Sungai Tembeling. Kami sampai di sana jam 11 pagi. Kami berehat seketika disini sambil membasahkan tekak.


Aku sempat bergambar dengan idolaku, Dato Captain Nik Huzlan selaku Ketua Program "Rimba Raid"





Kami berehat disini selama 15 minit. Semua berkumpul, Enduro Bike dan DP Bike di sini. Capt. Nik memberi penerangan ringkas mengenai laluan yang bakal ditempuhi oleh semua peserta. Beliau juga berkongsi tip-tip Off-Road Riding Skill.





Restoren, Kg Pagi (N 4.44826, E 102.48228)(27km)

Kami bertolak pada pukul 12.00 tengahari. Disinilah bermulanya episod yang mencabar selepas signboard "Kg. Mat Daling Pacuan 4 Roda Sahaja". Apakah kejutan yang bakal kami tempuhi menjadi tanya bagi setiap peserta.





































Laluannya sejauh 27km dengan 10km off-road (gravel road). Jalan ini masih lagi dalam proses pembinaan. Aku dapat perhatikan backhoe, jengkaut dan roller/ compactor di kiri kanan jalan. Anda boleh perhatikan peta di bawah. Jalannya bersimpang siul dengan pemandangan yang menarik.

Sekiranya jalan ini sudah siap, ianya akan menjadi salah satu jalan yang terbaik di Malaysia.























Road:




Off-road:



Kami sampai di restoren, Kg. Pagi pada pukul 1.00 tengahari untuk makan tengahari. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan tekanan tayar kepada 1.9 bar (depan) dan 2.1 bar (belakang). 



Aku kemudiaannya bergambar dengan Garry, pemilik Fazro Motorrad yang lama tidak ku temui. Banyak yang aku belajar darinya sebelum ini. Beliau membawa isteri, anak serta staffnya ke sini dengan mengunakan pick-up. Fazro Motorrad merupakan salah seorang penaja "Rimba Raid".




Selepas itu, Capt. Nik sekali lagi memberi ucapan ringkas tentang perjalanan seterusnya.




























Bukit Botak (N 4.47575, E 102.54250)(25km)

























Cabaran offroad yang cukup mencabar, jalan gravel yang licin menaiki dan menuruni bukit. Kelajuaan maksimum adalah 60km/j dengan hanya menggunakan gear 2 dan 3 sahaja. Kami berdiri di atas foot peg untuk menambahkan penguasaan kami pada handle bike.

Ridenya adalah secara buddy system. Sekiranya terjatuh mereka akan saling membantu. Buddy ku ada Syed Kechik yang menunggang GS 800. Beliau agak mahir menguasai jenteranya. Aku terjatuh disalah sebuah bukit 5km sebelum Bukit Botak kerana tayar depanku termasuk dalam rekahan laluan air menyebabkan aku hilang kawalan dan GSku tertumbang. Syed membantuku. Alhamdullilah tidak berlaku apa-apa kerosakan / kecederaan pada motor dan diriku. 

Aku menggunakan mode "Enduro Pro" untuk laluan offroad ini.


























































Beberapa kilometer sebelum Bukit Botak, aku terkejut melihat GSA1200LC berwarna biru milik Hairul terbaring melintang jalan. Aku serta Syed memberhentikan motor dan membantukan Hairul dengan Capt. Nik dan Faudzi sudah berada disitu. Dalam pemikiranku mungkin dia patah kaki dihempap GSA yang berat. Alhamdullilah, kakinya hanya tersepit di antara enjin boxer dan tanah. Beliau hilang kawalan kerana sibuk membetulkan begnya yang diikat pada seat belakang.



































Perjalanan diteruskan ke Bukit Botak. Cuaca di atas Bukit Botak sungguh panas. Tiada sebatang pokok pun untuk kami berteduh. Kami berhenti untuk minum air sambil makan lepat pisang. Lepat pisang tengah hutan? Memang kelas. Geng drone sudah bersedia untuk merakamkan video kami. Kami terpaksa berpatah balik untuk mengambil video yang menarik.

Bukit Botak diberi nama disebabkan oleh keseluruhan bukit disekitarnya telah digondolkan (Botak). Tapi sekarang tidak lagi botak seperti dulu.

Aku mengeluarkan bandage untuk diberikan kepada Hairul untuk membalut lengannya yang luka akibat terjatuh tadi.






































Pak Engku Chalet, Kg. Mat Daling (N 4.45476, E 102.65466)(32km)

Laluannya 32km yang paling mencabar bagi ku. Beberapa kali aku hampir-hampir terjatuh tapi Alhamdullilah berjaya dikawal dengan sempurna.


Terdapat beberapa lokasi lopak air (Mud Pool) yang panjang dan teramat-amat licin.







Video: Mud Pool (Credit to Capt. Nik)


Mengawal jentera yang berat dalam situasi begini bukan suatu yang mudah untuk dijinakkan.























Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Chalet Pak Engku, Kampung Bukit Mat Daling. Kami sampai di sini pada pukul 3.30 petang, sejam lebih awal dari jangka.

Terdapat 2 pilihan samada berkhemah ataupun menginap di dalam chalet. Aku memilih untuk berada di dalam chalet kerana banyak gadget yang harus di charge.


Khemah:

Terdapat 2 pilihan tempat perkhemahan; Bersebelahan blok B ataupun di tepi sungai yang terletak 300m dari chalet ini











Chalet:

Terdapat 2 blok bangunan di Chalet Pak Engku iaitu Blok A (bangunan satu tingkat) dan Blok B (bangunan dua tingkat). Terdapat 10 bilik di blok A manakala lebih 30 bilik di Blok B.

 Blok A:





   Blok B:





























Aku menginap di Blok B. Biliknya agak selesa. Terdapat 2 buah katil (Single & Queen Size).



























Terdapat booth Husqvarna berhadapan dengan kantin yang mempamerkan beberapa buah Enduro Bike pelbagai cc.


 Sg Tembeling, Kg. Mat Daling (N 4.45514, E 102.65743)


Selepas solat Asar, Aku, Asri, Ishar dan Hasanuddin berjalan kaki menuju ke Sungai Tembeling yang terletak 300m dari chalet. Air sungai ini agak cetek dan terdapat beting pasir di tengah-tengahnya. Kita boleh berjalan kaki untuk sampai ketengah sungai. Banjir besar yang berlaku di awal tahun ini telah menyebabkan lebih banyak pasir terkumpul ditepi sungai menyebabkan sesetengah jeti telah ditutup kerana air cetek.











Makan Malam




























Kami makan malam di kantin. Menu malam ini adalah masakan ala kampung. Capt. menayangkan video ride kami dan ride beliau di Himalaya. Alhamdullilah di Mat Daling coverage talian telepon cukup baik tetapi 3G (data) tidak ada. Ada hikmahnya, kami lebih berinteraksi sesama peserta dari melihat handphone masing-masing. Gelak ketawa peserta-peserta memecahkan kesunyian malam di Mat Daling apabila mengimbas kembali cabaran yang ditempuhi petang tadi.

Hujan turun dengan lebatnya menyebabkan kebanyakan peserta menginap di chalet hanya 4 orang sahaja yang masih bersama dengan khemah mereka.



Day 02: 14 June 2015 (Ahad)

Masjid Kariah Kg. Mat Daling (N 4.45899, E 102.65662)


Aku bangun lebih awal untuk solat subuh secara berjemaah di Masjid yang terletak lebih kurang 800m dari chalet. Keadaan jalan yang basah dan teramat licin sungguh mengerunkan ditambah pula dengan kegelapan yang amat.

Masjid masih lagi gelap, lalu aku membuka lampu dan mengalun azan subuh. Puas aku menunggu jemaah kariah untuk solat berjemaah, tapi sayang tiada seorang pun yang datang. Aku solat bersendirian.



























Warung Nasi Dagang, Kg. Mat Daling (N 4.45873, E 102.65716)

Warung Nasi Dagang ini terletak 100m dari masjid. Aku bertemu dengan Wan Lokman adik kepada pengusaha warung ini.

Siapa sangka aku boleh merasa nasi dagang di Kg Mat Daling? Rasanya seperti Nasi Dagang Terengganu (Campuran beras dan beras pulut).



Wan Lokman baru saja pulang ke kampungnya setelah lebih sepuluh tahun berkerja di Jerantut dalam bidang pembalakan.





Mat Daling Challenge (MDC), Kg. Mat Daling

Setelah sarapan pagi, kesemua peserta ke Mat Daling Challenge Trail yang terletak 100m dari chalet. Trail telah dibuat oleh Rob Amstrong dan Pravin Menon. Agak mencabar kerana licin dan sangat curang.

Sesi Practice (10:00 - 12:30 Hrs)

















































































Bagi aku yang first time, memanglah agak mencabar tapi ianya tidak mematahkan semangatku. Aku cuba menuruni 3m bukit berbatu sangat curang. Alhamdullilah berjaya.



































Aku cuba menaiki bukit yang curang tapi berumput, inilah hasilnya. Motor yang berkuasa 125 Horsepower perlu ditambah lagi 3 Manpower untuk menaiki bukit ini. Terima kasih tak terhingga buat Support Team yang terbaik. You are the best!



































Bukan itu saja, aku mencuba yang trail yang lebih ganas. Menurun bukit berketinggian 5m dan mendakinya semula (u-turn). Menuruni bukit bukanlah satu masalah yang besar tetapi menaiki curang yang licin dengan motor yang besar (~220kg) memang cukup untuk bermandikan peluh. Akhirnya motor tumbang di dalam semak setelah beberapa kali membuat percubaan. Tayar belakang sudah diselaputi lumpur membentuk donut (ball up). Lalu Support Team menutup laluan itu supaya tidak berlaku pelanggaran.

Semua orang terkejut apabila melihat GS1200 memasuki trek Enduro Bike.




































Motor dibiarkan tidur sementara waktu untuk berehat. Aku hanya mampu tersenyum memikirkan macam mana kerbau merah ini, turun pandai, naik tak pandai.

Akhirnya kerbau ku ditambat hidung dan ditarik oleh 6 orang gagah perkasa dan diketuai oleh Pravin Menon dan Rob Amstrong. Terima kasih Support Team yang telah berjaya menyelamat kerbau ku. 

 "Kerbau..oo...Kerbau..Kenapa engkau jatuh?
 Macam mana aku tak jatuh, tuan aku tak pandai"





























Rimba Raid Trophy (2:30 - 6:00 Hrs)

Terdapat category iaitu DP dan Enduro. Aku memberanikan diri untuk menyertainya walaupun ramai yang menarik diri. Aku tidak mau lepaskan peluang keemasan begitu saja. Hatiku berdebar-debar.





Aku adalah peserta terakhir dalam DP Race. Semua berjalan lancar tapi aku terjatuh semasa memasuki kolam air. 



Alhamdullilah, aku berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 3.53 minit (BMW R1200GS) meletakan aku ditempat ke-9 dari 11 orang peserta. 

Bukan kemenangan yang ku kejar tapi kepuasan menyahut cabaran. 

Race Enduro berjalan dengan lancar.

Keputusan DP Race (1 lap):
  • 1st: Zubir (BMW F800GS) - 2:04:40
  • 2nd: Ivan Yong (Yamaha Tenere 660) - 2:14:43
  • 3rd: Adrian Ho (KTM 690 Enduro R) - 2:21:72
  • 4th: Adrian Ho (Triumph Tiger 800 XC)- 2:25:82
  • 5th: Daniel Hiew (Triumph Tiger 800)- 2:28:45

Keputusan Enduro Race (2 laps):
  • 1st: Dato Hamzah (Husky FE250) - 4:48:10
  • 2nd: Faizal Sukree (Husky TE300) - 4:50:13
  • 3rd: Abu Zahrim (KX450R) - 4:55:41




































Selepas itu, Sean selaku pengacara mengumumkan 2 Special Achievement Award. 
  • Ku Chai, Pemandu truck PWM (7 Tonne Truck) yang beraninya mengharungi trails yang mencabar dengan membawa 10 buah motorsikal
  • Most Determined Rider RRMD 2015: Mohd Aswade Ali. Aku terkejut yang amat sangat apabila namaku disebut.


























Sesi Group Photography:


























Makan Malam
 Berbual-bual dan bergambar dengan penduduk tempatan



Makan malam kami malam itu agak special, kami dihidangkan dengan kambing bakar. Kami makan di kawasan lapang (open air) sambil berbual-bual pasal race petang tadi. Masing-masing menunjukkan gambar-gambar dan video-video yang dirakamkan sepanjang acara "Rimba Raid" ini.
Pasukan KTM dan Husqvarna telah siap mengemaskan booth mereka dan masukkan enduro bike kedalam truck.



Day 03: 15 June 2015 (Isnin)

Masjid Kariah Kg. Mat Daling (N 4.45899, E 102.65662)

Pagi ini, aku ke masjid. Aku mengalunkan azan subuh melalui corong-corong speaker memecah kesunyian pagi di bumi Mat Daling tapi sayang seorang pun tidak datang untuk menyahut "Hayai ala solah, Hayai ala falah".






















Warung Nasi Dagang, Kg. Mat Daling (N 4.45873, E 102.65716)
Kali ini aku mencuba nasi lemak Mat Daling. Ummh memang best!.
Mengisi minyak (Refuel), Kg. Mat Daling
Kedai runcit ini terletak 10m dari dari Warung Nasi Dagang. Terkejut aku apabila mendengar harga minyak RON 95 disini, RM 2.10/ liter. Aku mengisi penuh minyak (9 liter) sebelum memulakan perjalanan pulang ke Semenyih.





















Berhadapan kedai runcit terdapat sebuah binaan restaurant di tepi sungai yang akan dibuka tidak lama lagi. Ianya adalah milik pengusaha kedai runcit tersebut. Panorama yang cantik menghadap Sungai Tembeling.




















Sungai Kembir (N 4.37808, E 102.63859)(15km offroad)
Setelah bersiap, aku mengambil kesempatan bergambar dengan beberapa orang peserta.

Sebelum bergerak kami bergambar secara berkumpulan di pintu masuk chalet.


























Jam 10, tayar bergolek untuk meneruskan perjalanan pulang. Jalan agak licin disebabkan basah. Setelah mengharungi cabaran sebelumnya, aku rasa lebih confident untuk menguasai jenteraku.
Selepas 5km bergerak, terdapat sebuah jambatan balak yang harus kami lintasi.




















Selang beberapa kilometer terdapat satu lagi jambatan kayu balak.



















Terdapat satu mud pool disini



Akhirnya kami sampai di Sungai Kembir. 

Kami mengambil kesempatan ini untuk merasai pengalaman meredah air sungai yang mengalir deras.

































Logging Camp (N 4.21845, E 102.64625)
Perjalanan dari Sungai Kembir - Logging Camp yang paling best. Jalannya kering (well compacted), cuma perlu berhati-hati di corner-corner kerana terdapat batu kelikir bulat seperti "ball bearing". Dilaluan ini kami boleh memecut sehingga 80km/jam pada gear 4. Pada perasaanku kelajuaan itu menyamai 170km/jam di lebuhraya.

Sekali-sekala aku menoleh juga pada panniers, bimbang-bimbang tercabut nanti.



























Lunch, Sungai Tekai (N 04.09858, E 102.66078)(70km off-road)
Laluan berbatu-batu, cukup untuk mengegarkan kepala. Laluan ini agak sibuk dengan lori-lori kayu balak dan jentera-jentera berat.












Kami semua menyeberangi Sungai Tekai melalui jambatan kayu balak yang agak besar dan kukuh.

 Makan tengahari kami



























Aku mengambil kesempatan untuk bergambar di atas jambatan kayu balak.




Restaurant, Tekam (N 03.97623, E 102.58846)(30km off-road)


Pada laluan 10km pertama, agak berbatu dan terpaksa mengelak dari terlanggar batu-batu besar. Jalan semakin berdebu apabila menghampiri kawasan lori balak menghadkan penglihatan kami.
















Akhirnya kami sampai di Tekam pada pukul 3.00 petang.






















Kami berhenti makan dan minum disini. Setelah bersalam-salaman Aku, Asri, Achin, Ishar, Syed, Aznal dan Mustapha bergerak lebih awal menuju ke Jengka 8 untuk mengisi minyak.

Shell, Jengka 8 (N 03.87938, E 102.494702)(24km)
Kami ke Shell, Jengka 8 untuk mengisi penuh minyak untuk pulang ke KL.
Video (Credit: Syed Kechik)


Hentian Sebelah Lanchang (N 03.49336, E 102.10015)(95km)
Kami meneruskan perjalanan melalui Jerantut dan Temerloh sebelum memasuki Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kami sampai di sini pada pukul 5.30 petang. Kami menunaikan solat jamak qasar disini.






















Kami berpisah disini. Aku meneruskan perjalanan menuju ke Semenyih. Alhamdullilah aku sampai di Semenyih pada pukul 8 malam.

----------------------------------TAMAT-----------------------------------
Info:

1. Mat Daling

Kampung Bukit Mat Daling terletak di Hulu Sungai Tembeling, Pahang yang berhampiran dengan sempadan Negeri Pahang dan Terengganu (60km to Kg.Raja, Dungun, Terengganu. Perkampungan ini dipercayai wujud sejak tahun 1928. Nama Mat Daling dipercayai diambil sempena nama seorang asal kampung itu dan ada juga yang percaya ianya berasal dari perkataan "Mandaling". Tiada rekod bertulis, cuma kisah dari mulut ke mulut sahaja.

Kawasan perkampungan tersebut didiami oleh lebih kurang 100 buah keluarga dan hampir 500 orang penduduk. Pun begitu, kebanyakan penduduknya tidak tinggal sepenuh masa di situ kerana bekerja diluar atau tinggal di asrama sekolah di kawasan lain.

Untuk sampai ke Kampung Bukit Mat Daling, kita boleh menggunakan jalan darat dan air. Pun begitu, jalan darat hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda melalui jalan-jalan balak dan hutan tebal. Oleh itu, jalan air menjadi pilihan orang ramai untuk keluar dan masuk ke situ. Perjalanan menggunakan bot bermula di jeti Kuala Tahan berhampiran pintu masuk Taman Negara dan memakan masa 4 hingga 6 jam untuk tiba di sana. Sepanjang perjalanan menaiki bot, kita akan terpukau dengan keindahan alam semulajadi hutan simpan Taman Negara dan kawasan hutan yang tidak diusik oleh pembangunan. Kita juga boleh melihat haiwan liar seperti burung, kerbau, memerang dan unggas hutan. Perjalanan ini akan melalui beberapa perkampungan termasuk perkampungan orang asli seperti Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat dan Kg. Bantal serta melalui beberapa buah jeram.

Kebanyakan penduduknya bekerja sendiri dengan mencari kayu gaharu dan sebagainya untuk menyara kehidupan, ada juga yang bekerja dengan syarikat pembalakan dan bekerja dengan agensi kerajaan. Sebahagiannya pula bekerja sebagai nelayan sungai dengan menangkap ikan kelah dan sebagainya untuk dijual. Walaupun mempunyai tanah kebun yang luas dengan pelbagai jenis tanaman dan buah-buahan, mereka tidak dapat memasarkan hasilnya akibat kedudukan yang terlalu jauh dari kawasan bandar dan kos pengangkutannya juga sangat tinggi. Oleh itu, hasil-hasil tersebut hanya dimakan sendiri dan selebihnya dibiarkan begitu sahaja.

Penduduk Kampung Bukit Mat Daling menggunakan sumber alam sebagai punca kehidupan utama. Mereka menjadikan ikan sungai, udang, tumbuhan dan buah-buahan hutan sebagai lauk-pauk. Kadang-kala kita berpeluang untuk merasa daging rusa, kancil, pelanduk dan sebagainya jika kena pada musim memburu. Pun begitu, kawasan pemburuan adalah sangat terhad kerana sebahagian kawasan hutan terletak dalam kawasan lindungan Taman Negara.

2. Jentera (Bike)
  • Bike: BMW R1200GS LC (2014)(6 months old)
  • Pannier: Aluminium Panniers (Left & Ride)
  • Tyre: Metzeler (Karoo 3)(Front:120/70R-19 / Rear: 170/60R-17) 
  • Tyre Pressure: Road: (Front: 2.3 bar / Rear: 2.5 bar) Off-road: (Front:1.9 bar/ Rear: 2.1 bar). Noted: Tyre Pressure Warning will appear (Just Ignore). 





Comments

Post a Comment